Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Title : Hapimari : Happy Marriage!?
Release Date : 22 Jun 2016
Episodes : 12
Genre : Romance
Cast : Dean Fujioka, Seino Nana, Shinoda Mariko, Fujiwara Norika, Shirasu Jin,

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Diadaptasi dari manga dengan judul yang sama mengisahkan Takanashi Chiwa seorang office lady terpaksa buat part time sebelah malas sebagai hostess untuk membayar hutang bapanya yang suka berjudi.

Suatu hari berlaku pergaduhan sehingga dia dibuang kerja dan keesokan harinya, Chiwa dapat tahu pelanggan tersebut adalah Mamiya Hokuto yang merupaka pewaris Mamiya Empire.

Hokuto datang bertemu dengan Chiwa dan menawarkan kontrak kahwin kepadanya. Chiwa bersetuju sebab memerlukan wang untuk melangsaikan hutang bapanya.

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

Walaupun sibuk dengan kerja, Hokuto tetap layan Chiwa dengan baik selepas berkahwin cuma dia tak suka Chiwa masuk campur urusan dia.

Chiwa menyedari banyak benda yang dia tak tahu mengenai Hokuto terutama sekali masalah keluarga Hokuto. pastu Chiwa mula cemburu bila ada seorang wanita bernama Misaki rapat dengan Hokuto. tapi yang paling kelakar bila Chiwa kena menghadap Souma (secretary Hokuto) yang perangai dah macam mak mertua dia.

Review Drama Jepun: Hapimari: Happy Marriage!? (2016)

suka main lead nampak comel sangat walaupun awal-awal tu macam kelakar juga bila Chiwa setuju dengan proposal Hokuta. macam eh senang sangat korang ni kahwin.

drama ni sangat pendek dalam 30 minit, jalan cerita dia bukan benda baru dengan tema kahwin kontrak tapi best juga tengok lagi pula jarang jumpa drama jepun light rom-com macam ni.

Let's Go, Jets


Movie : Let's Go, Jets
Country : Japan
Release : 11 March 2017
Duration : 2 hours
Cast : Suzu Hirose, Ayami Nakajo, Hirona Yamazaki, Yuki Amami, Mackenyu


Let's Go Jets mengisahkan Hikari pelajar sekolah tinggi yg join pasukan sorak untuk impress kawan dia yg dia minat. first meeting, cikgu cheer dance bagitahu yg aim pasukan ni adalah untuk pergi ke amerika. Hikari rasa benda tu sangat mustahil lagipun dia takde bakat dalam cheerleeding.

dalam club ini, Hikari mula kenal dengan kawan baru yg ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan mula jadi rapat dengan mereka terutamanya Ayano yg sangat berbakat dalam cheerleeding. for me, aku suka pelakon yg pegang watak Hikari ni sebab dia comel bila senyum dan selalu bagi semangat pada team member dia bila memasing tengah down.


banyak juga konflik terjadi dalam pasukan ini dan perjalanan mereka untuk mencapai impian pergi ke Amerika. filem ini sebenarnya ditulis berdasarkan kisah benar kejayaan pasukan cheer dance Jepun iaitu pasukan JETS dari Fukui High School yg memenangi cheer dance championship di Amerika pada tahun 2009.

nak cakap filem ini something yg fresh tak juga tapi storyline dia still interesting. aku suka tengok progress dorang yg dari kosong sampai la boleh bentuk satu pasukan dan ramai yg perlekehkan team mereka tapi masing-masing cuba positif untuk capai impian mereka. at the end tu, aku pun menangis sekali bila tengok kejayaan mereka.

Gomen Aishiteru


Title : Gomen, Aishiteru
Director : Yasuharu Ishii
Writer : Taeko Asona
Episodes : 10
Running Time : 60 minutes
Cast : Tomoya Nagase, Riho Yoshioka, Kentaro Sakaguchi

korean version

Gomen Aishiteru adalah remake dari drama Korea bertajuk I'm Sorry, I Love You lakonan So Jisub, Lim Soojung dan Jung Kyungho yg diterbitkan pada 2002, versi korea memang sangat popular dan salah satu drama terbaik So Jisub. aku dah lama tengok yg versi korea ni tapi tak berapa ingat jalan cerita ni, yg aku ingat this one is melodrama dan ending dia sangat sedih.


Gomen Aishiteru mengisahkan Ritsu yg terlibat dalam kongsi gelap di Korea dan juga orang kanan kepada Ran (Lee Soo Hyuk). Suatu hari, Ritsu cuba menyelamatkan Ran tetapi dia ditembak di kepala dan cedera parah. apabila tersedar doktor memberitahu yg dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup.

Ritsu kembali ke Jepun dengan misi untuk mencari ibu kandungnya dan kemudian dia bertemu ibunya yg bernama Reiko tetapi dia dapat tahu ibunya ada anak lain bernama Satoru. Ritsu tekad nak balas dendam pada ibunya sebab dia ingat mak dia buang dulu sebab miskin.

sebelum tengok drama ni, aku rasa hero dia macam tua sangat pastu aku baru ingat Nagase yg main watak Ritsu ni pelakon yg sama dalam drama My Boss My Hero. aku jarang nak tengok drama yg remake sebab nanti aku suka compare dengan original version tapi bila tengok Nagase berlakon  dalam drama ni aku memang tak ingat langsung pada So Jisub.


Rinka pula kawan baik Satoru sejak kecil dan sekarang dia bekerja sebagai manager Satoru dan menguruskan dan menjaga Satoru. Rinka dah lama suka pada Satoru tapi terpaksa simpan perasaan dia sebab Satoru suka pada orang lain.

Rinka bertemu dengan Ritsu di Korea ketika dia dalam kesusahan. bila mereka bertemu kembali di Jepun, Rinka menolong Ritsu untuk dapatkan kerja sebagai pemandu Satoru, hubungan mereka semakin rapat.


Reiko seorang pianist dulu tetapi sudah bersara atas sebab kesihatan dan sekarang Satoru mewarisi bakat tersebut dan menjadi pianist terkenal. Satoru ni watak dia anak emak, perangai dia tak matang langsung dan banyak depend pada orang terutamanya Rinka dan mak dia.

watak mereka dua ni agak selfish la walaupun Satoru baik sikit dari mak dia, aku tak suka cara mereka layan Rinka. walaupun Reiko tahu Rinka suka pada Satoru tapi tak pernah peduli pasal perasaan dia tapi bila Rinka dah move on dorang nak Rinka terima Satoru tanpa tanya pendapat atau perasaan dia.

layanan Reiko pada Ritsu sangat dingin, dia selalu pandang rendah pada Ritsu disebabkan background Ritsu dan lelaki tu pernah terlibat dengan kongsi gelap. bila jadi something pada Satoru mesti dia nak salahkan Ritsu. kadang tu kesian juga pada Ritsu sebab dia just nak Reiko baik pada dia tapi dia selalu dapat layanan yg tak adil.


versi korea still lagi my favourite but Jepun punya pun best juga dan pada pendapat aku Jepun sangat bagus bila buat remake drama sebab dorang cuba buat versi mereka sendiri tapi masih lagi tak lari dari jalan cerita asal. ada few part yg depa ubah sikit untuk beri kelainan pada drama ni macam contoh watak Ran sepatutnya perempuan bukan lelaki dan versi jepun tak terlalu sarat dengan emosi yg melampau tapi masih lagi sedih untuk ditonton.

aku rasa aku lagi suka ending yg jepun punya sebab dia ada good message yg tak nak galakkan  kes bunuh diri (kalau tengok drama asal mesti tahu macam mana hero dia mati) so mereka tak tunjuk cara Ritsu mati tapi nak kita pikir sendiri dan at least Rinka ni tak bodoh macam heroin original version.

Drama Turki: Heart Of The City (TV2)

Drama Turki: Heart Of The City (TV2)

Drama : Bu Sehir Arkandan Gelecek / Heart of the City
Slot : TV2
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Cast : Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas,
Nilperi Sahinkaya, Burak Tamdogan

SIPNOSIS

Derin and Ali are two people from different worlds. Derin is the daughter of a rich man, on the otherside Ali is a 28 years old boy who saw his mom being killed by his dad when he was young. So rauf anne took him as his son and now after many years he is back to istanbul , where he will meet derin and they start to figure out the truth about the night ali his father killed his mom

Drama Turki: Heart Of The City (TV2)

lepas habis drama Healer kat TV2 tak tahu pula dorang nak tayang drama Turki. walaupun jarang tgk drama korea kat tv tapi petang-petang bila bosan tak tau nak buat apa memang aku buka channel ni je la. dah lama juga tak tengok Healer kat tv tahu-tahu dah tayang drama lain. 

nak  review pun tak tahu sebab episode hari ni pun aku tengok last 15 minit so tak tahu best ke tidak, bila baca sipnosis dan tengok trailer macam complicated juga, selalunya drama turki ni aku layan rom-com je..hehe

Review Drama Korea: Black Knight : The Man Who Guards Me (2017)

Review Drama Korea: Black Knight : The Man Who Guards Me (2017)

Title : Black Knight : The Man Who Guards Me
Director : Han Sang Woo
Writer : Kim In Young
Release Date : 6 December 2017
Episodes : 20
Running Time : 60 minutes
Cast : Kim Rae Won, Shin Se Kyung, Seo Ji Hye

Review Drama Korea: Black Knight : The Man Who Guards Me (2017)

SIPNOSIS
Soo-Ho (Kim Rae-Won) is a successful businessman who lives abroad. Those that oppose Soo-Ho always seem to suffer misfortune. He decides to go to South Korea find Hae-Ra (Shin Se-Kyung), but first he goes to Slovenia.

Meanwhile in Seoul, Hae-Ra works at a travel agency, but she has never had a chance to travel abroad. She had a happy childhood until her parents died. Her life has been miserable ever since. She thinks back to a purple cashmere coat that her parents ordered for her as a Christmas present, but she could not pick up because of their demise. She decides to go to Sharon's Boutique and look for that coat in hopes of changing her fortune.

After meeting Sharon (Seo Ji-Hye) at the boutique, she opens her eyes and finds her purple cashmere coat. Afterwards, people who give her a hard time suffer misfortune. She goes to Slovenia and meets Soo-Ho. Their fate has been intertwined since their past lives.

Review Drama Korea: Black Knight : The Man Who Guards Me (2017)

tengok drama ni sebab Kim Rae Won, watak dia dalam ni macam dalam drama Doctors, romantik gitu tapi ayat dia dalam ni macam terlebih gula pula dengan pickupline dia yang cheese. tak pasal aku pula tersengih sorang-sorang..haha

Drama ni best dan menarik juga jalan ceritanya sebab penuh dengan misteri dan persoalan yang buat kita tak sabar nak tahu apa kaitan semua watak ni bila tengok flashback kehidupan mereka yang lepas.

Selain watak Haera, watak lain juga sangat misteri terutamanya Sharon dan Baekhee sampai mula tu aku terpikir mereka dua ni keturunan vampire ke boleh hidup sampai 200 tahun.

Review Drama Korea: Black Knight : The Man Who Guards Me (2017)

Dalam kehidupan yang lepas, Sharon adalah anak orang kaya manakala Boonyi iaitu Haera adalah hambanya. Sharon dijodohkan dengan Sooho tapi sebelum mereka berkahwin Sooho dah jatuh cinta dengan Boonyi. 

Disinilah berlakunya konflik apabila Sharon tak puas hati dan cemburu dengan Boonyi sampailah dia membunuh mereka berdua tapi Sharon terkena sumpahan Boonyi.

tak tahu nak kesian ke nak annoying dengan Sharon sebab dah hidup sampai 200 tahun pun masih lagi tidak tahu apa kesalahannya pada Sooho dan Boonyi. (hellooo kau bunuh orang kot) dan still nak try goda Sooho walaupun dah nampak sangat yg Sooho dan Haera saling mencintai hmmm buat sakit hati diri sendiri je la.

walaupun aku tak suka watak Sharon ni tapi lakonan Seo JiHye ni memang terbaik 👍

Review Drama Korea: Black Knight : The Man Who Guards Me (2017)

drama ni best tapi bila sampai episode 18, aku dah start pelik dengan jalan ceritanya. tiba-tiba Sooho ada super power pula, time ni juga takde mood sangat nak tengok. seriusly jalan cerita dia dah jadi abnormal lepas tu. bila sampai habis ending aku rasa macam nak dush je writer drama ni, omg rasa sakit hati dan frust bebenor.

Yorozu Uranaidokoro Onmyoya e Yokoso


Title : Yorozu Uranaidokoro Onmyoya e Yokoso / 
The Fortune Telling Shop, Omyouya
Director : Masato Hijikita
Writer : Tsutomu Kuroiwa
Episodes : 11
Cast : Nishikido Ryo, Kana Kuraishina, Yuri Chinen


Drama ni mengisahkan Abe Shoumei yg pergi ke sebuah bandar untuk buka kedai fortune telling. penduduk kat situ tak senang dengan kehadiran Abe lebih-lebih lagi dia pernah bekerja sebagai host di bar so mereka takut dia akan bawa pengaruh tak baik. Abe ni pula jenis tak kisah dengan gosip penduduk kat situ pasal dia dan relax je.


Shota pelajar sekolah tinggi, dia ada problem dalam pelajaran dan suka tidur dalam kelas. mak dia stress la lepas jumpa cikgu dia dan pergi tilik nasib lepas nampak kedai Abe. Shota ni actually smart dia tahu yg Abe menipu tapi secara tak sengaja dia rosakkan barang kat kedai Shota. disebabkan takde duit bayar ganti rugi dia terpaksa kerja sebagai pembantu Abe.


Abe tak ada kebolehan menilik tapi keluarga dia sebenarnya kaya dan famous dalam fortune telling cuma bakat tu tak sampai dekat dia. Abe juga someone yg genius, sejak kecil lagi dia banyak membaca buku pasal fortune telling tapi dia guna knowledge dia tu untuk amik hati perempuan sebab tu kebanyakkan pelanggan dia wanita.

selain itu, Abe datang ke bandar ni pun ada tujuan tertentu dan dari awal lagi dia dah tahu yg Shota ni ada kuasa sebab tu dia amik Shota bekerja dengan dia. Shota ni sebenarnya ada connection dengan Abe dan kena la tengok untuk tahu kisah sebenar..hehe


Michiko pula guru kelas Shota, dia tak suka dengan Abe dan juga Shota yg kerja di situ. dia selalu pantau bila Shota bekerja sebab takut Abe bawa pengaruh tak baik kat Shota. Michiko juga tak percaya pasal fortune telling dan benda yg tak boleh diselesaikan dengan sains.


drama ni bukan the latest one, aku pun dah lama tengok drama ni but still enjoy tengok balik this one. setiap episode sangat fun dan impress me especially si Abe ni suka tengok dia yg relaks je dan last sekali dia yg selesaikan semua problem, bila semua orang dah terharu rupanya dia buat pasal duit dan Shota ni pun comel je. Omyouya ni antara drama Ryo yg aku suka. Highly Recommend!

The Fox's Summer


Title : The Fox's Summer / Fox Falls in Love
Director : Yu Zhongzhong
Writer : Shen Cangmei
Episodes : 44
Running Time : 40 minutes
Cast : Jiang Chao, Tan Songyun, Daniel Zhang Xin


Li Yanshu ni sly fox walaupun nampak happy tapi kalau ada orang yg cari pasal dia akan balas balik. kehidupan dia sebenarnya agak sedih bila parent dia bercerai dan mak dia kahwin dengan orang kaya. walaupun bapa tiri dia sangat baik tapi kakak tiri yg sebaya memang benci sangat dengan dia dan nak sisihkan Yanshu dan mak dia.

Gu Chengze CEO Shenghong Mall Corporation tapi sebenarnya dia cuma anak angkat family Gu so Madam Gu nak cucu sebenarnya untuk jadi pewaris tapi masalahnya Gu Jinyun tak berminat langsung dengan bisnes family mereka dan lebih gemar berfoya-foya. walaupun begitu, Chengze cuba cari jalan supaya Jinyun join dalam management. Chengze ni ada  OCD germophobia so everything kena bersih dan dia allergy kalau orang bohong dengan dia.


Li Yanshu adalah fashion designer di syarikat bapa tiri dia dan suatu hari satu persatu nasib malang menimpanya apabila hasil kerja dia dituduh sama dengan pereka dari Shenghong tanpa diberi peluang kakak tiri dia, Han Junyou mengambil kesempatan ini memecat Yanshu dan disebabkan parent mereka tiada di rumah waktu tu, Junyou juga menghalau Yanshu keluar dari rumah.

Chengze kemudiannya dapat tahu yg Yanshu adalah first love Jinyun, dia mendapat idea untuk mengambil Yanshu bekerja di syarikatnya walaupun Yanshu telah dituduh telah menciplak hasil kerja Shenghong dengan harapan kewujudan Yanshu di situ dapat mengubah perangai Jinyun.

disebabkan waktu tu Yanshu tak ada tempat tinggal dan duit, dia buat macam-macam taktik untuk tinggal di rumah Chengze. Chengze yg mulanya tak suka akhirnya dia terpaksa beralah dan biar Yanshu tinggal dirumahnya dan mereka selalu tak sependapat tapi lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat.


Gu Jinyun dan Yanshu bercinta waktu sekolah tapi tetiba sahaja Yanshu hilangkan diri. bila jumpa balik, Jinyun masih marah dan tak puas hati kerana takkan sebab nenek dia senang-senang je Yanshu tolak dia dulu tapi lepas dia tahu kenapa Yanshu tinggalkan dia dulu so dia try nak pikat Yanshu balik.

tapi bagi Yanshu pula, Jinyun ni macam sejarah lama dan dia pun memang tak ada perasaan dah pada Jinyun. yg Yanshu sakit hati bila Chengze memandai nak kenenkan dorang balik. yg bestnya bila Chengze dah sedar yg dia sebenarnya dah suka pada Yanshu, part nak memikat tu macam kelakar sikit sebab mamat ni tak pernah bercinta.


the thing yg aku suka dalam drama ni ialah interaction antara Yanshu dan Chengze sangat comel dan sweet dengan character mereka yg sangat opposite dan itu yg buat drama ni really fun to watch.

but the other characters agak annoying dan tak consistent. macam Madam Gu yg terlalu tegas dengan pendirian dia dan Han Junyao yg terlampau benci dengan Yanshu, yg aku tak paham kejap dia macam ok kejap dia macam benci balik dengan Yanshu then baru tahu sebenarnya dia ada hati pada Jinyun.

actually drama ni split kepada 2 season. first season (ep 1-21) bagi aku agak light dan fun dan season 2 pula (ep 22-44) macam banyak sangat halangan dan banyak plot twist yg klise sangat  lepas satu satu so itu macam benda yg tak best la bila aku tengok drama ni.

Review Drama Korea: Prison Playbook (2017)

Review Drama Korea: Prison Playbook (2017)

Title : Prison Playbook / Wise Prison Life
Director : Shin Won Ho
Writer : Jung Bo Hoon
Episodes : 16
Running Time : 1 hour 30 minutes
Cast : Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Kang Seung Yoon, Jung Hae In, Sung Dong Ii, Jung Woong In, Choi Moo Sung, Kim Sung Cheol


Prison Playbook mengisahkan tentang kehidupan banduan di dalam penjara dan juga staff yg menjaga mereka. masing-masing mempunyai kisah sendiri.


Kim Jehyeok merupakan pemain baseball terkenal. walaupun dihukum penjara, ramai peminat yang memberi sokongan kepadanya. 

Jehyeok agak slow dan lurus perwatakan. di awalnya agak struggle juga Jehyeok nak biasakan diri dengan kehidupan dalam penjara. ada yang buat baik kepadannya untuk mengambil kesempatan tapi disebabkan peristiwa diserang rakan sepenjaranya, Jehyeok secara perlahan dapat menyesuaikan diri.


Lee Junho seorang warden penjara. rakan setugas semuanya menyangka Junho peminat nombor satu Kim Jehyeok tapi sebenarnya merupakan kawan baik Jehyeok ketika sekolah. Junho yang banyak membantu Kim Jehyeok berlatih semula bermain baseball dalam penjara.


Kim Min Chul adalah ketua bilik penjara yang Jehyeok dan dahulunya merupakan gangster. Min Chul dipenjarakan selama 25 tahun kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian.

yang kelakarnya budak dalam penjara tak percaya Min Chul seorang gangster dulu disebabkan perwatakannya yang nampak sopan dan soft spoken. kat episode akhir-akhir tu baru keluar taring dia.


Hanyang a.k.a Looney dipenjara atas kesalahan drug abuse. i think ramai orang akan suka dia bila tengok drama ni. watak dia ni bengong sikit dan suka cari gaduh dengan orang maybe habit dia suka kena belasah kot. 

bila tengok drama ni satu persatu personaliti dia akan terkeluar dan banyak benda unexpexted dari Looney ni. ingatkan someone stupid rupanya genius chaebol dan lagi satu dia suka cerita pasal kekasih dia, Jiwon tapi bila tahu identiti sebenar Jiwon memasing tak tahu nak react macam mana. pendek cakap, bila scene dia memang best sebab banyak gelak.


Kaist ni con artist, walaupun dia sebaya dengan Minchul tapi perangai dia tak mature langsung dan selalu bergaduh dengan Looney sebab Looney selalu ejek dia lidah pendek dan sebutan dia salah.


Captain Yoo pula dipenjara atas kesalahan membunuh subordinate dia. kes sangat famous dan digelar Demon Captain. waktu awal dipenjarakan, Captain Yoo ni agak intense dengan cellmates dia yg lain. 

disebabkan satu kes tu baru persepsi orang dalam penjara ni berubah dan mereka baru tahu yg Captain Yoo dianiaya. yg lawak bila Captain Yoo dah ok dan boleh bergaul dengan cellmates dia yg lain, Looney terus ubah target dia cari gaduh dengan Captain Yoo.


Young Cheol digelar juga sebagai Jailbird sebab penjara ni dah macam rumah kedua dia dan dia tahu eveything dalam penjara. Youngcheol sangat rapat dengan Jehyeok waktu awal-awal Jehyeok nak sesuaikan diri dalam penjara. bila dia kena pindah ke cell lain, sedih juga tapi bila dia dapat jumpa balik Jehyeok memang happy sangat dan dia juga yg banyak tolong Jehyeok semasa latihan.


selain itu, banyak lagi watak lain dalam drama ni likes Dr Go yg suka complain, Jeaan Valjean  yg tak boleh lari dengan habit mencuri dan juga warden yg jaga mereka macam Officer Paeng yg nampak rude dan suka curse tapi sebenarnya baik.

walaupun mereka duduk dalam penjara dan agak terhad untuk nak dapat something tapi memasing sangat kreatif untuk dapatkan something. selain itu, hubungan antara watak ni sangat rapat contohnya bila ada problem macam ada inmates lain yg cari pasal dengan Jehyeok diorang akan protect Jehyeok.


banyak emosi dalam drama ni walaupun starting dia bosan sikit dan serius tapi drama ni penuh dengan humor dan buat kita tergelak walaupun diorang tak buat lawak sebenarnya dan background music pun banyak membantu dari serius tetiba bertukar komedi.

walaupun watak ni nampak kelakar dan macam bengong sikit tetapi masing-masing ada kisah sendiri yg sedikit sebanyak banyak main dengan emosi so sediakan tisu awal-awal untuk babak macam ni.


honestly, i really love this drama. jalan cerita drama ni seriusly sangat awesome dan setiap watak sangat amazing dan mempunyai character tersendiri yg menarik. sebelum tengok drama ni, aku igatkan this drama something dark and heavy but actually this drama really fun and  amazing.