Review Drama Korea: Prison Playbook (2017)

Review Drama Korea: Prison Playbook (2017)

Title : Prison Playbook / Wise Prison Life
Director : Shin Won Ho
Writer : Jung Bo Hoon
Episodes : 16
Running Time : 1 hour 30 minutes
Cast : Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Kang Seung Yoon, Jung Hae In, Sung Dong Ii, Jung Woong In, Choi Moo Sung, Kim Sung Cheol


Prison Playbook mengisahkan tentang kehidupan banduan di dalam penjara dan juga staff yg menjaga mereka. masing-masing mempunyai kisah sendiri.


Kim Jehyeok merupakan pemain baseball terkenal. walaupun dihukum penjara, ramai peminat yang memberi sokongan kepadanya. 

Jehyeok agak slow dan lurus perwatakan. di awalnya agak struggle juga Jehyeok nak biasakan diri dengan kehidupan dalam penjara. ada yang buat baik kepadannya untuk mengambil kesempatan tapi disebabkan peristiwa diserang rakan sepenjaranya, Jehyeok secara perlahan dapat menyesuaikan diri.


Lee Junho seorang warden penjara. rakan setugas semuanya menyangka Junho peminat nombor satu Kim Jehyeok tapi sebenarnya merupakan kawan baik Jehyeok ketika sekolah. Junho yang banyak membantu Kim Jehyeok berlatih semula bermain baseball dalam penjara.


Kim Min Chul adalah ketua bilik penjara yang Jehyeok dan dahulunya merupakan gangster. Min Chul dipenjarakan selama 25 tahun kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian.

yang kelakarnya budak dalam penjara tak percaya Min Chul seorang gangster dulu disebabkan perwatakannya yang nampak sopan dan soft spoken. kat episode akhir-akhir tu baru keluar taring dia.


Hanyang a.k.a Looney dipenjara atas kesalahan drug abuse. i think ramai orang akan suka dia bila tengok drama ni. watak dia ni bengong sikit dan suka cari gaduh dengan orang maybe habit dia suka kena belasah kot. 

bila tengok drama ni satu persatu personaliti dia akan terkeluar dan banyak benda unexpexted dari Looney ni. ingatkan someone stupid rupanya genius chaebol dan lagi satu dia suka cerita pasal kekasih dia, Jiwon tapi bila tahu identiti sebenar Jiwon memasing tak tahu nak react macam mana. pendek cakap, bila scene dia memang best sebab banyak gelak.


Kaist ni con artist, walaupun dia sebaya dengan Minchul tapi perangai dia tak mature langsung dan selalu bergaduh dengan Looney sebab Looney selalu ejek dia lidah pendek dan sebutan dia salah.


Captain Yoo pula dipenjara atas kesalahan membunuh subordinate dia. kes sangat famous dan digelar Demon Captain. waktu awal dipenjarakan, Captain Yoo ni agak intense dengan cellmates dia yg lain. 

disebabkan satu kes tu baru persepsi orang dalam penjara ni berubah dan mereka baru tahu yg Captain Yoo dianiaya. yg lawak bila Captain Yoo dah ok dan boleh bergaul dengan cellmates dia yg lain, Looney terus ubah target dia cari gaduh dengan Captain Yoo.


Young Cheol digelar juga sebagai Jailbird sebab penjara ni dah macam rumah kedua dia dan dia tahu eveything dalam penjara. Youngcheol sangat rapat dengan Jehyeok waktu awal-awal Jehyeok nak sesuaikan diri dalam penjara. bila dia kena pindah ke cell lain, sedih juga tapi bila dia dapat jumpa balik Jehyeok memang happy sangat dan dia juga yg banyak tolong Jehyeok semasa latihan.


selain itu, banyak lagi watak lain dalam drama ni likes Dr Go yg suka complain, Jeaan Valjean  yg tak boleh lari dengan habit mencuri dan juga warden yg jaga mereka macam Officer Paeng yg nampak rude dan suka curse tapi sebenarnya baik.

walaupun mereka duduk dalam penjara dan agak terhad untuk nak dapat something tapi memasing sangat kreatif untuk dapatkan something. selain itu, hubungan antara watak ni sangat rapat contohnya bila ada problem macam ada inmates lain yg cari pasal dengan Jehyeok diorang akan protect Jehyeok.


banyak emosi dalam drama ni walaupun starting dia bosan sikit dan serius tapi drama ni penuh dengan humor dan buat kita tergelak walaupun diorang tak buat lawak sebenarnya dan background music pun banyak membantu dari serius tetiba bertukar komedi.

walaupun watak ni nampak kelakar dan macam bengong sikit tetapi masing-masing ada kisah sendiri yg sedikit sebanyak banyak main dengan emosi so sediakan tisu awal-awal untuk babak macam ni.


honestly, i really love this drama. jalan cerita drama ni seriusly sangat awesome dan setiap watak sangat amazing dan mempunyai character tersendiri yg menarik. sebelum tengok drama ni, aku igatkan this drama something dark and heavy but actually this drama really fun and  amazing.

1 comment: