Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro)


Drama : Rindu Awak Separuh Nyawa
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Siti Rosmizah, PGRs Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 23 Mac 2021
Episod : 40
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Syukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan Londoh, Fizo Omar, Noreen Iman, Ikhlas Jalil, Aida Khalida, Fiza Thomas, Khairil Anwar

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Didaptasi dari novel karya Siti Rosmizah mengisahkan Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yg mempunyai konflik dengan bapanya selepas ibunya meninggal dunia. Sara bertindak membatalkan pertunangannya dengan Aidil (Fizo Omar) untuk memalukan bapanya, Dato Raqib.

Pertemuan pertama Sara dan Nazril Nazim (Syukri Yahaya) dalam satu insiden kemalangan. Sara enggan minta maaf walaupun Nazril cedera akibat terjatuh motor. bagi Sara, lelaki itu sengaja mengambil kesempatan.

Pertemuan kedua mereka pula apabila Nazril diberi amanah oleh Aidil untuk menyampaikan surat kepada Sara. Sara cuba menggoda Nazril malangnya bukan setakat kena reject tapi tak pasal juga  dapat ceramah percuma daripada Aidil.

Sally yg juga musuh ketat Sara teruja melihat Sara yg merupakan playgirl kampus ditolak oleh Nazril. Sally mencabar Sara untuk memikat dan menjadi isteri Nazril dalam masa sebulan. Sara yg pantang dicabar bersetuju dengan cabaran Sally itu.

dengan perwatakan Nazril yg alim bukan mudah bagi Sara mengejar dan memikat Nazril walaupun mengubah penampilannya dengan lebih sopan. Nazril sendiri terkejut bila Sara beritahu yg mahu berkahwin dengannya. apa yg penting buat Nazril adalah untuk menamatkan pengajian masternya.

tanpa Sara ketahui, keluarga Nazril sebenarnya sudah mempunyai calon isteri yg solehah buat Nazril iaitu Nurul Huda (Marsha Milan). apa yg Sara akan lakukan untuk pastikan  menang dalam pertaruhan tersebut dan menjadi isteri Nazril.

4 comments:

  1. thank you sharing the links :)

    ReplyDelete
  2. best ke.. lama tak tengok drama melayu hehe

    ReplyDelete
  3. Teruk betul perangai si Sara ni. Geram pulak, tak pasal Nazril jadi mangsa.

    ReplyDelete