Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3)

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3)

Drama : Romantika 4 Hari 3 Malam
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Wizana Emilia
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 10 Mac 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Ziela Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris

Drama adaptasi novel Romantika 4 Hari 3 Malam karya Wizana Emilia mengisahkan Lana Analia (Emilia Henderson) seorang penulis artikel yg diberi tugas menulis mengenai blind date. 

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Cik Nor (Aida Aris), ketuanya menyuruh Lana sendiri pergi blind date untuk mendapat inspirasi menulis. hasilnya, artikel Lana Analia menjadi artikel paling popular yg ditulis melalui pengalamannya sendiri.

Amar (Sean Lee) tertekan bila ibunya tak habis mahu menjodohkan dia dengan gadis pilihan ibunya. Amar membuat keputusan pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya.

Tanpa diduga, Lana Analia memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana cuba menghubungi tapi Amar terus menyepi tanpa pesan mahupun menjawab panggilannya. Lana putus harap dan cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

6 comments:

  1. Tak tengok pulak malam tadi. nanti baru layan :)

    ReplyDelete
  2. wahhh..dah ada cerita baru ye :P

    ReplyDelete
  3. tapi ni mcm sama dengan cerita org putih...tgk jalan cerita mcm sama je, dedua penulis article

    ReplyDelete
  4. Rasanya ada ternampak novel ini dekat PNM e-Reader..

    ReplyDelete
  5. benci klu hubungan has no closure ni huhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. Tak minat pulak heroin cerita ni huhuhu

    ReplyDelete