Novel : Noda Cinta Semalam
Penulis : Aulia Iman
Penerbit : Karyaseni
Harga : RM22 (Shopee Karyaseni)
SINOPSIS NODA CINTA SEMALAM
Jarak Memaksa Kita Saling Merindu.Kematian cinta pertamanya membuatkan Amileya menutup pintu hati daripada bercinta lagi. Meniti usia dewasa, keluarga bersetuju menjodohkan Amileya dengan Iskandar agar sebaris nama yang cukup dibenci, luput dari ingatan si anak.“Saya akan rawat hati awak Leya. Cuma beri masa dan buka ruang untuk saya masuk dan ubatinya.”- IskandarTernyata, bukan Iskandar yang berjaya mengikis sebaris nama itu sebaliknya seorang ketua syarikat berstatus suami orang, Adrian.“Saya yakin! Lambat atau cepat, hati kita akan tetap bersatu. Percayalah.”- AdrianTernyata, dua hati bersatu dalam satu rasa namun cinta sahaja tidak cukup kuat menyatukan dua jiwa. Adrian ialah suami kepada wanita lain dan sudah tentu Amileya tidak tega menjadi perampas kebahagiaan insan lain.Amileya cuba berdamai dengan ketentuan Tuhan kerana perkahwinan dengan Iskandar tetap akan berlangsung.Tanpa disedari, satu kejutan membuatkan hati Amileya mula berbelah-bahagi sebelum remuk berkali-kali.“Kita boleh berkahwin dan dapat anak seorang dua sebelum kita berpisah. Saya janji akan beri nafkah dan serahkan hak jagaan anak kepada awak. Boleh, kan?"- IskandarAmileya terpaku, ikut kata hati, dia tidak mahu memperjudikan masa depannya. Di kiri suami orang, di kanan, pula belum disatukan sudah menyebut kata perpisahan. Apakah ternyata dia hanya mampu hidup dalam kenangan cinta semalam?
Sumber : Penerbitan Karyaseni
banyak konflik... kalau baca ni mesti sakit hati je heheheh tapi nak tahu jugak kesudahnnya
ReplyDelete