Sinopsis Telefilem Purnama (TV3)

Sinopsis Telefilem Purnama (TV3)

Telefilem : Purnama
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Yeop Hitler
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Siaran : TV3
Tayangan : 26 Ogos 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail 

Sinopsis Telefilem Purnama

Mengisahkan penduduk Kampung Cenderang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Anum yang saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah tergantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan telah trauma menyebabkan dia menjadi kurang waras.

Hal ini menyebabkan Taib, abang ipar kepada Anum sangat marah dan tidak berpuas hati lalu merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Saksikan telefilem khas sempena hari kemerdekaan ini bertajuk Purnama yang bersiaran semula pada hari sabtu jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

No comments:

Post a Comment