Title : Hapimari : Happy Marriage!?
Release Date : 22 Jun 2016
Episodes : 12
Genre : Romance
Cast : Dean Fujioka, Seino Nana, Shinoda Mariko, Fujiwara Norika, Shirasu Jin,
Diadaptasi dari manga dengan judul yang sama mengisahkan Takanashi Chiwa seorang office lady terpaksa buat part time sebelah malas sebagai hostess untuk membayar hutang bapanya yang suka berjudi.
Suatu hari berlaku pergaduhan sehingga dia dibuang kerja dan keesokan harinya, Chiwa dapat tahu pelanggan tersebut adalah Mamiya Hokuto yang merupaka pewaris Mamiya Empire.
Hokuto datang bertemu dengan Chiwa dan menawarkan kontrak kahwin kepadanya. Chiwa bersetuju sebab memerlukan wang untuk melangsaikan hutang bapanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, Hokuto tetap layan Chiwa dengan baik selepas berkahwin cuma dia tak suka Chiwa masuk campur urusan dia.
Chiwa menyedari banyak benda yang dia tak tahu mengenai Hokuto terutama sekali masalah keluarga Hokuto. pastu Chiwa mula cemburu bila ada seorang wanita bernama Misaki rapat dengan Hokuto. tapi yang paling kelakar bila Chiwa kena menghadap Souma (secretary Hokuto) yang perangai dah macam mak mertua dia.
suka main lead nampak comel sangat walaupun awal-awal tu macam kelakar juga bila Chiwa setuju dengan proposal Hokuta. macam eh senang sangat korang ni kahwin.
drama ni sangat pendek dalam 30 minit, jalan cerita dia bukan benda baru dengan tema kahwin kontrak tapi best juga tengok lagi pula jarang jumpa drama jepun light rom-com macam ni.





























