Sinopsis Telefilem Angin (TV1)

Sinopsis Telefilem Angin (TV1)

Telefilem : Angin
Pengarah : Danny Alamsyah
Penulis Skrip : Azrie Izham Hamzah 
Siaran : TV1
Tayangan : 2 September 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Hairi Safwan, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Taufiq Hanafi, Amanda Tan

Sinopsis Telefilem Angin

Mengisahkan tentang dua beradik, Khabir dan Sufiah yang lahir dalam keluarga pengamal seni tradisional Mek Mulung, di sebuah kampung bernama Wang Budi. Ayah mereka, Pak Saad adalah pengasas kepada gerakan seni tradisional Mek Mulung Seri Mayang.

Setelah Pak Saad meninggal dunia, kedua anaknya itu diamanahkan untuk mewarisi amalan seni tradisional tersebut. Konflik bagaimanapun timbul apabila kedua beradik ini mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza mengenai hala tuju seni persembahan tradisional itu.

Keadaan bertambah buruk apabila Sufiah membawa orang luar yang merupakan bangsa lain masuk menyertai Seri Mayang membuatkan Khabir yang mempunyai pendirian konservatif bertambah berang.

Di satu sisi lagi, Khabir pula menggadaikan tanah pusaka tempat di mana Mek Mulung di Wang Budi bertapak menyebabkan kumpulan Seri Mayang berisiko kehilangan tempat. Perseteruan antara dua beradik ini kemudiannya menyebabkan kumpulan Seri Mayang berpecah sekaligus menjejaskan masa depan seni dan budaya Mek Mulung di Wang Budi yang semakin hilang ditelan arus pemodenan. 

Apakah kesudahannya? Dapatkah kedua beradik ini bersatu semula demi menunaikan amanah arwah ayah mereka mempertahankan warisan budaya ini?

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos (TV2)

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos (TV2)

Telefilem : Tentang Ogos
Produksi : Early Bird Production
Pengarah : Yus Yusop
Siaran : TV2
Tayangan : 28 Ogos 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Eman Manan, Syafie Naswip, Hilal Azman, Umar Al-Amsyar, Zack Zabhas, Ammar Bahri, Sri Idrina, Shahkimin, Siti Ruwiwani, Naque Ariffin

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos

Mengisahkan Ismail seorang bekas tentera yang masih dibayangi rutin tugasnya masuk hutan memburu komunis yang dianggapnya masih menjadi ancaman negara, sehingga beliau dianggap nyanyuk oleh orang kampung.

Namun kebiasaannya itu akhirnya memberi manfaat kepada penduduk kampung kerana Ismail berjaya membongkar sindiket menyeludup minyak bersubsidi.

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos (TV2)

Saksikan telemovie khas, Tentang Ogos sempena Hari Kemerdekaan ini pada Isnin 28 Ogos 2023 pukul 9:00 malam hanya di TV2.

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)

Telefilem : Misi Penculikan Cinta
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2 Februari 2019
Pelakon : Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nor Aliah Lee

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta 

Mengisahkan Cinta Farhani seorang penyanyi popular yang mahu melarikan diri daripada kehidupan glamor seorang bintang terkenal. 

Hal ini kerana kehidupan Cinta dikawal oleh ibunya, Datin Julia yang mengupah seorang pengawal peribadi bernama Mika untuk menjaga dan mengawal pengerakkannya.

Cinta berjaya melarikan diri ketika bekerja di Langkawi dengan bantuan seorang peminat setianya bernama Lili. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?. 

Sinopsis Telefilem Purnama (TV3)

Sinopsis Telefilem Purnama (TV3)

Telefilem : Purnama
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Yeop Hitler
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Siaran : TV3
Tayangan : 26 Ogos 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail 

Sinopsis Telefilem Purnama

Mengisahkan penduduk Kampung Cenderang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Anum yang saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah tergantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan telah trauma menyebabkan dia menjadi kurang waras.

Hal ini menyebabkan Taib, abang ipar kepada Anum sangat marah dan tidak berpuas hati lalu merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Saksikan telefilem khas sempena hari kemerdekaan ini bertajuk Purnama yang bersiaran semula pada hari sabtu jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Sinopsis Telefilem Nadi Luna (TV3)

Sinopsis Telefilem Nadi Luna (TV3)

Telefilem : Nadi Luna
Produksi : Tenview Production
Pengarah : Harris Fadzillah
Penulis Skrip : Sofea J Rhyland
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 15 Disember 2018
Pelakon : Amelia Henderson, Azrel Ismail, Nik Hadiff Dani, Qistina Raisah, Elisya Sandha, Afiq Muiz

Sinopsis Telefilem Nadi Luna (TV3)

Keterujaan Fira menyambut hari jadi anaknya, Riyyan bertukar malang apabila Riyyan terjatuh ketika bermain sehingga menyebabkan Riyyan koma kerana mengalami pendarahan dalam otak. Hal ini menyebabkan Amri menyalahkan Fira.

Manakala Luna pula mempunyai komplikasi jantung memerlukan pemindahan jantung dengan segera. Doktor cuba memujuk keluarga Riyyan untuk menderma jantung anak mereka tapi Amri dan Fira.

Hubungan Fira dan Amri terpisah apabila Fira mendermakan organ anaknya tanpa berbincang dengan Amri dan Fira juga merahsiakan penerima jantung Riyyan.

Pertemuan Amri dengan Rizal telah membongkar rahsia yang cuba disimpan oleh Fira.

Sinopsis Telefilem Gergasi (TV2)

Sinopsis Telefilem Gergasi (TV2)

Telefilem : Gergasi
Produksi : Matahari Emas Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Nolan
Siaran : TV2
Tayangan : 21 Ogos 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Afiq Muiz, Risteena Munim, Fad Anuar, Annie Mosha, Chuo Jasni, Zaidi Omar.

Sinopsis Telefilem Gergasi

Mengisahkan Ajak lakonan Afi Muiz, serang pemuda yang membuah sebuah kedai menjahit pakaian.

Suatu hari Ajak menerima tempahan untuk menjahit sebuah bendera Malaysia bersaiz besar. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapinya untuk menyiapkan bendera gergasi itu.

Sinopsis Telefilem Gergasi (TV2)

Saksikan telefilem khas sempena hari Kebangsaan, Gergasi yang akan bersiaran pada hari isnin ini jam 9.00 malam di TV2.

Sinopsis Telefilem Hanya Johari Mengenal Maniam (TV1)

Sinopsis Telefilem Hanya Johari Mengenal Maniam (TV1)

Telefilem : Hanya Johari Mengenal Maniam
Pengarah : Dato Zulkifli M Osman
Siaran : TV2
Tayangan : 14 Ogos 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Reza Hasbi, Loganthan, Mubarak Majid, Kenji Sawahii, Sheila Mambo


Sinopsis Hanya Johari Mengenal Maniam

Kisah dua orang pemuda kampung yang akrab dan dibesarkan bersama-sama di sebuah ladang estet. Mereka menjalani kehidupan bagaikan saudara mara sendiri sehingga dewasa dan merancang mencipta kejayaan juga saling menyokong antara satu sama lain.

Saksikan telefilem Hanya Johari Mengenal Maniam sempena bulan kemerdekaan ini, yang ditayangkan pada hari isnin ini, jam 9.00 malam di TV2.