My Unfinished Drama



Hai..

bulan ni mood aku untuk tengok drama memang ke laut dan banyak la pula drama dalam list. selalunya aku tengok drama ni waktu malam jarang bebenar la nak tengok waktu siang, sekali tengok banyak juga episode yg boleh habiskan tapi sekarang asal buka je terus rasa mengantuk, nak habis satu episode pun susah hmmm last-last tutup lappy tidur je la.

list drama yg tengah tengok.

igatkan nak habiskan Love Me if You Dare kelmarin sebab dah lama sangat tinggal tapi tak habis juga. chinese drama memang slow sikit tapi bila tengok thriller lagi la terasa slow sangat.

yg pending lama sangat ni kemungkinan besar nak drop je.

aku ni bila habis tengok satu drama dah mula risau nak tengok drama apa pula lepas tu tapi bila banyak sangat drama yg tak habis lagi rasa stress pula..hihi

Review Novel | Magisnya Cinta by Syamnuriezmil


Novel : Magisnya Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 738
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : 2015

SIPNOSIS

Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman


REVIEW

Magisnya Cinta sebuah kisah cinta antara Adib dan Rose. permulaannya sangat menarik,  kadang baca buku ni sampai boleh tergelak dan tersenyum seorang diri bila bahagian mereka bergaduh kemudian mulalah terjatuh cinta. tak banyak sangat konflik antara Adib dan Rose sebab masing-masing sangat serasi.

walaupun begitu, bacaan aku mula terasa bosan apabila banyak sangat watak yang diketengahkan di pertengahan novel ni dan kes Natasha terlalu banyak mendominasi. selain itu, aku rasa macam semua watak dalam novel ni kena jumpa jodoh dulu baru jumpa perkataan TAMAT.

Novel | Trilogi Ngeri #3 : Obsesi

(PNM e-Reader)

Novel : Trilogi Ngeri #3 : Obsesi
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka Surat : 230
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : April 2015


SIPNOSIS

Hampir tiga tahun kemudian, kes Ngeri dan Mangsa masih menghantui jiwa Detektif Hema. Dia tidak puas hati yang penjenayah itu terlepas begitu saja. 

Perihal yang sama juga menghantui Samuel dan Joanne yang pulang setelah menempa nama di Hollywood; Kiran yang mungkin mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu; dan Nazwan dan Natalia yang menghadapi konflik yang paling mencabar dalam hubungan mereka. 

Semua orang mempunyai obsesi masing-masing tetapi hanya satu obsesi yang akan memusnahkan segala-galanya. Siapakah pemangsa sebenarnya?


REVIEW

Obesesi adalah penutup untuk kisah Ngeri dan Mangsa. Detektif Hema masih obsess untuk menangkap Rehan. obsesi yg hampir memakan diri tapi membuahkan hasil.

jujur cakap buku ni macam kurang bagi impak untuk aku kalau nak dibandingkan dengan Ngeri dan Mangsa. walaupun tahu penamat untuk Rehan dan berakhirnya obsesi Hema tapi rasa macam kureng dan masih banyak persoalan yg penulis biarkan pembaca tertanya-tanya.

JoJo's Bizarre Adventure: Diamond is Unbreakable


Title : Jojo's Bizzare Adventure : Diamond is Unbreakable
Country : Japan
Year : 2017
Director : Takashi Miike
Writer : Hirohiko Araki
Duration: 2 hours
Cast : Yamazaki Kento, Ryunosuke Kamiki, Masaki Okada, Nana Komatsu,
Mackenyu, Yusuke Iseya, 


Higashikata Josuke pelajar sekolah, dia tak kisah sangat dengan benda yg berlaku sekeliling dia tapi Josuke paling pantang dengar orang kutuk rambut kalau mengutuk tu memang saja nak cari nahas namanya. kuasa Josuke boleh heal everthing tak kisah luka ke atau benda.

dalam movie ni, orang yg ada kuasa dipanggil stand user, Stand kiranya macam penjaga. orang biasa memang takkan nampak Stand kecuali stand user.


dalam bandar Josuke tinggal banyak berlaku kes pembunuhan yg pelik semua ini dilakukan oleh water stand belong to Angelo. Suatu hari, Angelo nak balas dendam pada Josuke dan family dia sebab Josuke kacau plan dia.

bila water Stand datang serang family dia, Josuke sempat selamatkan emak dia tapi dia tak berjaya selamatkan datuk dia walaupun dia boleh heal everything tapi dia tak boleh hidupkan balik orang mati. lepas datuk dia meninggal, dia nak cari mastermind kes ni.


mastermind-nya ialah Keicho Nijimura, aku tak sure dia ni ada kuasa apa tapi ada satu fight dia dengan Josuke macam gempak giler bila dia bawa bala tentera kecik untuk serang Josuke.

aku minat Masaki Okada dari drama Hanakimi, ni first time tengok dia berlakon jadi jahat memang best la lakonan dia dalam movie ni.


Koichi Hirose ni pula classmate Josuke yg baru pindah ke bandar ni. walaupun dia tak nampak Stand tapi dia tahu Josuke ada special power sebab dia ternampak something happen kat orang yg kutuk rambut Josuke.


Okuyasu pula adik kepada Keicho, memula tu dia memang jahat dan tak puas hati dengan Josuke tapi lepas Josuke selamatkan dia baru mamat ni insaf. kuasa Okuyasu ni boleh erase something dan cantumkan balik seperti asal.


watak Nana Komatsu dalam movie ni sangat misteri, tak tahu sama ada dia Stand user atau tak. bila tengok movie ni memang lupa langsung pasal kewujudan dia.


movie ini diadaptasi dari manga yg ditulis oleh Hiroshi Araki. memula tengok movie ni memang gelak je tengok style rambut memasing, kalau dalam manga maybe nampak cool kot tpi bile live action memang lawak. tengok rambut Josuke teringat Hanamichi dalam Slam Dunk.

for me, drama ni memang best dan dia dia punya cinematography sangat cantik. ditambah pula dengan pelakon yg aku minat semua ada dalam ni memang terbaik.

Review Novel | Mangsa by Gina Yap Lai Yoong

Review Novel | Mangsa by Gina Yap Lai Yoong
(PNM e-Reader)

Novel : Mangsa
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka  Surat : 245
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : November 2012


SIPNOSIS:

MANGSA adalah sambungan kepada novel NGERI.

Nazwan dan Natalia merupakan BFF. Dan juga FWB.

Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka.

Detektif Hema masih obses dengan kes NGERI yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri.

Gadis-gadis mula ghaib dari seluruh pelosok negara. Inspektor Rashid mengetuai pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya juga turut lenyap...

Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi MANGSA seorang pembunuh bersiri yang kejam?


REVIEW:

permulaan memang rasa  slow sikit plus tak nampak apa kaitan watak Nazwan & Natalia dan Hani & Jo dengan Ngeri tapi bila puzzle dah makin complete memang rasa menarik dan lebih saspen dari Ngeri. dari awal tertanya siapa pembunuh dia lepas tu baru paham bila tengok balik cover buku Mangsa sebab itu jawapan dia.

Review Novel | Lelaki Itu Dia by Aleeya Aneesa

Review Novel | Lelaki Itu Dia by Aleeya Aneesa
(PNM e-Reader)

Novel : Lelaki Itu Dia
Penulis : Aleya Aneesa
Muka Surat : 640
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : April 2015


SIPNOSIS

Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu.

"Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink."

Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Baginya, itu gila! Tapi Thaqif tak mahu gopoh, biar macam tarik rambut dalam tepung. Lalu, strategi dirangka. Diamnya bukan tak berisi, tapi diam-diam ubi.

Dan Shana, tak kisah pun. Hatinya sudah imun. Cukuplah sekali putus tunang. Bila wujudnya tak dipandang, sakitnya diheret ke mana-mana.

Cumanya, bila takdir berbeza, perancangan jadi sasar 360 darjah. Mampukah ikatan bertahan, sedang rahsia demi rahsia menggoyahkan kepercayaan?


REVIEW

Perkenalan antara Shana dan Thaqif sangat kelakar dan comel. mula tu aku tak berapa suka juga dengan Shana dah macam awat yg minah ni tergedik sangat kejar mamat ni tapi bila rahsia Shana terbongkar haru jadinya bila Thaqif pula paksa Shana untuk kahwin dengan dia. suka dengan watak Thaqif, watak hero yg tipikal dalam novel Aleya Aneesa.

aku suka isu kekeluargaan dalam novel ni. family Thaqif ni sangat rapat manakala Shana pula ada problem dengan ayah dan adik dia tapi air dicincang memang takkan putus, benci macam mana pun Haidar dengan Shana takkan nak tengok hidup darah daging sendiri musnah. bila baca part ni mata aku banyak masuk habuk sikit..hihi

sebenarnya watak Shana ni watak antagonis dalam novel Cintaku Bukan Murah (tak baca lagi novel ni) dan penulis kembangkan watak tu dalam novel Lelaki Itu Dia. interesting juga bila heroin ada masa lampau yg buruk tapi semua orang berhak untuk dapat peluang kedua kalau dia betul-betul insaf dan nak berubah.

Review Novel | Ngeri by Gina Yap Lai Yoong

Review Novel | Ngeri by Gina Yap Lai Yoong
(PNM e-Reader)

Novel : Ngeri
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka Surat : 231
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : September 2011


SIPNOSIS

Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka?


REVIEW

sebelum baca novel ni, aku fikir banyak kali juga nak baca sebab aku tak suka tengok cover dia yg penuh dengan warna merah tu tapi aku ignore benda tu dan try baca novel ni.

apa yg boleh cakap novel ni tak ngeri sangat tapi bila part bunuh tu seriusly memang mimpi ngeri yg aku tak nak imagine. dari awal lagi dah boleh teka siapa pembunuh dia tapi ada plot twist yg menarik dan ending dia tergantung. pastu aku pi godek-godek pasal novel ni rupanya ada kesinambungan lagi dari kisah ni.