Review Drama Turki: Strawberry Smell (Cilek Kokusu)

Review Drama Turki: Strawberry Smell (Cilek Kokusu)

Dah lama nak tulis pasal cerita ni tapi tak tahu awat yg malas pun tak tahu. Drama Cilek Kokusu atau Strawberry Smell ada lebih kurang 23 episod sahaja tapi subtitle dia pending lama sangat sebab tu kot macam dah hilang mood sikit nak tengok.

Review Drama Turki: Strawberry Smell (Cilek Kokusu)

Cilek Kokusu
Strawberry Smell

Mengisahkan Asli yang bekerja di kedai kek dan sangat suka mebuat kek. Suatu hari, Asli disuruh oleh bossnya untuk menghantar kek kepada pelangan. Ketika dalam perjalanan, Asli hampir dilanggar kereta dan keknya rosak. 

Pemilik kereta tersebut adalah Burak, anak orang kaya dan juga seorang kaki perempuan. Asli mahu Burak meminta maaf kepadanya sebaliknya Burak enggan dan ingin membayar ganti rugi. Berang dengan lelaki itu, Asli bertindak merosakkan kereta Burak dan berharap mereka tidak akan bertemu lagi.

Kerana kejadian tersebut, dia dipecat oleh bossnya. Asli sangat sedih kerana dia sangat memerlukan pekerjaan. Gonca, kawan baiknya mencadangkan Asli mengikutnya kerana dia telah menerima tawaran bekerja di sebuah hotel di Bodrum. Dia bersetuju dengan cadangan tersebut.

Malangnya, apabila sampai di Bodrum, hotel yg sepatunya mereka bekerja ditutup untuk pengubahsuaian. Gonca dan Asli buntu dengan situasi tersebut dan mereka tiada duit untuk membeli tiket penerbangan kembali ke Istanbul. Gonca dan Asli membuat keputusan untuk meminta kerja di hotel yg lain. Dan Asli tidak tahu yg hotel dia bekerja tersebut adalah milik keluarga Burak dan dia bertemu sekali lagi dengan Burak.

Review Drama Turki: Strawberry Smell (Cilek Kokusu)

Masuk yg ini, dah tiga drama turki yg aku tengok so kadang dia ubah persepsi aku sikit pasal turki. Kalau kita sebut pasal turki sudah tentu kita fikir Turki negara Islam tapi dalam drama mereka tak menunjukkan ciri islamik langsung. dan aku oleh cakap drama melayu lebih islamik dari drama turki. Aku ada terbaca satu komen tu, mostly stesen tv di sana milik non-muslim dan mungkin sebab tu drama dia macam ala barat sikit. tak tahula.

tapi yg aku suka pasal drama mereka ni sebab dia banyak promote tempat menarik di turki. Mostly drama mereka banyak shoot di Istanbul tapi Strawberry Smell ni banyak promote tempat lain lagi selain Istanbul macam Bodrum, Izmir, Datca. memang bestlah kalau dapat peluang melancong kat tempat ni semua..haha

1 comment:

  1. Tak pernah tengok citer Turki..
    Bole la try tengok.. 23 episod tu ok kot, tak panjang sangat..

    ReplyDelete