Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Title : Nigeru wa Haji da ga Yaku ni Tatsu
English Title : The Full-Time Wife Escapist/ We Married As a Job
Release Date : 11 Oct 2016
Episodes : 11
Genre : Comedy, Romance, Life
Cast : Aragaki Yui, Hoshino Gen, Ishida Yuriko, Otani Ryohei, Furuta Arata, Fujii Takashi

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Mengisahkan Mikuri Moriyama, 25 tahun, lepasan universiti yang masih struggle mencari pekerjaan yang sesuai. Suatu hari, Mikuri bekerja sebagai pembantu rumah kepada Tsuzaki Hiramasa, seorang bujang yang berusia 36 tahun. 

Tsuzaki sangat mementingkan kebersihan dan selalu sibuk dengan urusan kerjanya kemudian membuat keputusan untuk terus mengupah Mikuri apabila sangat berpuas hati dengan hasil kerja gadis tersebut.

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Mikuri dalam dilema juga sebab tak tahu masa depannya bagaimana sebab ayahnya dah buat keputusan untuk berpindah ke Tateyama selepas bersara. so kalau tak dapat job juga, terpaksa Mikuri mengikut ibu bapanya kesana.

Dengan berat hati, Mizuki memberitahu Tsuzaki yg dia akan berhenti kerja di rumah Tsuzaki. Ketika bersembang, secara spontan dia membuat cadangan gila mengajak Tsuzaki berkahwin. Alasannya dia memerlu kerja dan Tsuzaki pula memerlukan pembantu rumah. 

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Selepas berpikir panjang Tsuzaki bersetuju dengan cadangan Mizuki dan membuat beberapa syarat termasuk bayaran yg akan diterima oleh Mizuki sebagai pembantu rumah sepenuh masa. Walaupun pada keluarga dan orang luar mereka telah berkahwin tapi hakikatnya hubungan mereka tidak lebih daripada majikan dan pekerja.

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

drama ni tentang kahwin kontrak juga dan masing-masing kepentingan tersendiri menyebabkan mereka bersetuju untuk berkahwin. Overall jalan ceritanya sangat santai dan menghiburkan. chemistry yang mantap antara watak utama dan dia punya lagu tema memang best dan sedap didengar.

3 comments:

  1. Ingat kan apa tadi... sinopsis drama Korea Rupanya.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kita prefer Taiwan or Chinese drama tapi this one mcm menarik. Hehe tq share :)

    ReplyDelete