Review Novel | Klik! Pengantin Musim Salju by Suri Ryana


Novel : Klik! Pengantin Musim Salju
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 750
Penerbit : Kaki Novel Sdn Bhd
Terbitan : Mei 2016

Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkah Adam Putra yg mencari isteri olok-olok untuk bertemu dengan neneknya di Jepun kerana tunangnya buat hal dan lari pada hari nikah mereka. Adam memilih Kaseh Lateefa a.k.a Kay, gadis brutal yg langsung takde ciri-ciri feminin. Kay yg tidak mahu dijodohkan dengan pilihan ibu bapanya bersetuju dengan tawaran itu dan mengikut Adam ke Jepun.

Konflik sebenar berlaku selepas mereka betul-betul berkahwin bila orang ketiga sibuk nak pecah belahkan hubungan mereka suami isteri. kat sini isu percaya antara mereka suami isteri diuji. aku tak suka sangat part ni rasa nak sekeh je sorang-sorang sebab suka bertindak melulu tanpa siasat dulu. Dalam novel ni penulis juga ada selitkan sedikit tentang adat dan budaya orang Jepun dan juga musim salju di Hokkaido.

Untuk habiskan novel ni aku ambil masa beberapa hari juga banyak benda nak buat minggu ni tak boleh nak fokus untuk membaca. yg tak best rasa sakit hati dengan diri sendiri sebab sesedap hati letak novel  merata lepas tu dah terkelepek kulit novel ni angkara sendiri. sabar je la wahai hati.

7 comments:

  1. novel ni lah yang akan diadaptasikan jadi drama bersiri kat Astro nanti lakonan ALif Satar ngan Siti Nordiana, macam best je novel ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada terbaca juga novel ni nak buat drama. hmmm bila tayang tu?.

      Delete
  2. tayang hujung tahun ni kot, sebab diorang baru nak shooting..

    ReplyDelete
  3. Best jugak dr sinopsis 😍 Tapi kalau dh nk difilemkan, tgu kluar tv je la 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. kte kalau dah baca novel tak rajin nak layan drama kecuali kalau tersuka kat someone dalam drama tu..hihi

      Delete
  4. Rasanya my sis ada novel ni, tapi sy lom baca 😏

    ReplyDelete