Review Novel | Dr. Alpha Male by Anjell


Novel : Dr Alpha Male
Penulis : Anjell
Muka Surat : 691
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2017


SIPNOSIS

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?


REVIEW

Kisah cinta antara pensyarah dan pelajar, Hilman dan Hazel. mula-mula benci pastu tersuka. novel Anjell kali ini berlatarkan tentang kehidupan Hazel sebagai seorang pelajar universiti. banyak juga mention pasal alpha male macam tajuk depan tu, ok memang sebelum ni aku xpernah nak amik tahu apa tu alpha male kalau curious tu silalah baca..haha.

dalam novel ada babak romantik, babak saspen sikit dan kalau part gaduh memang salute dengan ayat penulis ni sebab banyak petik bahasa kimia yg ntah apa-apa yg nampak kreativiti penulis di situ. ada juga babak klise yg macam terjumpa dalam drama korea lika oh drama sangat wei dan kadang macam boleh diteka apa yg bakal terjadi.

tapi satu yg aku perasaan bila baca novel Anjell. mood membaca aku selalu menurun kat pertengahan novel dia, ada bahagian yg meleret-leret terus hilang fokus nak baca daripada laju habiskan half novel dalam masa sehari terus jadi berhari-hari.nak habiskan sebahagian lagi. overall nak cakap novel ni okla masih enjoy untuk dilayan sebab aku terhibur dengan bahasa dia.

oh ye dalam novel ni juga Anjell ada selitkan pasangan cameo dalam novel Dr Alpha Male iaitu Tengku Ian dan Medina (Hero Seorang Cinderella) dan watak baru iaitu Dheo dan Nurissa, i guess maybe Dheo dan Nurissa ini watak untuk next novel Anjell sebab ternampak title Dheo tu kat blog Anjell..

Review Novel | Kahwin Dengan Saya by Aleeya Aneesa


Novel : Kahwin Dengan Saya
Penulis : Aleya Aneesa
Muka Surat : 672
Penerbit : Alaf21 Sdn Bhd
Terbitan : Mac 2014


SIPNOSIS

Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak.

Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut.

Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia.

Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.


REVIEW

Bila tengok nama yg besar gedabak kat cover buku dah tahu ini penulis otai so dari gaya bahasa penulis memang no komen la plus ini penulis favourite aku. kebanyakan novel Aleya Aneesa banyak difokuskan kepada isu kekeluargaan dan juga persahabatan.

suka dengan watak Haq yg tenang yg selalu protect Qara bila Qara dalam problem. dan watak Qara yg penyayang dan lemah lembut dan sayang dengan Irham lebih dari segalanya walaupun Irham bukan anak kandung dia.

ada juga perangai manusia yg menjengkelkan dalam novel ni melayan Qara tak adil hanya disebabkan status dia yg anak yatim. apalah punya manusia yg terlalu penting darjat dan harta. kisah cinta antara Haq dan Qara memang comel sangat tak terlalu banyak konflik antara mereka berdua melainkan gangguan dari orang luar yg tak senang tengok mereka bahagia. 

Big Bang - If You



[Romanization]

Geunyeoga tteonagayo
Naneun amugeosdo hal su eopseoyo
Sarangi tteonagayo
Naneun babocheoreom meonghani seoissneyo

Meoreojineun geu dwismoseupmaneul baraboda
Jageun jeomi doeeo sarajinda
Sigani jinamyeon tto mudyeojilkka
Yet saenggagi na
Ni saenggagi na

IF YOU
IF YOU
Ajik neomu neujji anhassdamyeon
Uri dasi doragal suneun eopseulkka
IF YOU
IF YOU
Neodo nawa gati himdeuldamyeon
Uri jogeum swipge gal suneun eopseulkka
Isseul ttae jalhal geol geuraesseo

Geudaeneun eotteongayo
Jeongmal amureohji anheun geongayo
Ibyeori jinabwayo
Geudael ijeoya hajiman swipjiga anhneyo

Meoreojineun geu dwismoseupmaneul baraboda
Jageun jeomi doeeo sarajinda
Nugungal mannamyeon wiroga doelkka
Yet saenggagi na
Ni saenggagi na

IF YOU
IF YOU
Ajik neomu neujji anhassdamyeon
Uri dasi doragal suneun eopseulkka
IF YOU
IF YOU
Neodo nawa gati himdeuldamyeon
Uri jogeum swipge gal suneun eopseulkka
Isseul ttae jalhal geol geuraesseo

Oneulgati ganyeorin biga naerineun narimyeon
Neoui geurimjaga tteooreugo

Seorap soge mollae neoheodun uriui chueogeul
Dasi kkeonae hollo hoesanghago

Heeojimiran seulpeumui mugereul
Nan wae mollasseulkka

IF YOU
IF YOU
Ajik neomu neujji anhassdamyeon
Uri dasi doragal suneun eopseulkka
IF YOU
IF YOU
Neodo nawa gati himdeuldamyeon
Uri jogeum swipge gal suneun eopseulkka
Isseul ttae jalhal geol geuraesseo


[English Translation]

She is leaving
And I can’t do anything
Love is leaving
Like a fool, I’m blankly standing here

I’m looking at her, getting farther away
She becomes a small dot and then disappears
Will this go away after time passes?
I remember the old times
I remember you

IF YOU
IF YOU
If it’s not too late
Can’t we get back together?
IF YOU
IF YOU
If you’re struggling like I am
Can’t we make things a little easier?
I should’ve treated you better when I had you

How about you?
Are you really fine?
Guess our break up is setting
I should forget you but it’s not easy

I’m looking at her, getting farther away
She becomes a small dot and then disappears
Will I feel better if I meet someone?
I remember the old times
I remember you

IF YOU
IF YOU
If it’s not too late
Can’t we get back together?
IF YOU
IF YOU
If you’re struggling like I am
Can’t we make things a little easier?
I should’ve treated you better when I had you

On days where thin rain falls like today
I remember your shadow

Our memories that I secretly put in my drawer
I take them out and reminisce again by myself

Why didn’t I know
About the weight of sadness that comes with breaking up?

IF YOU
IF YOU
If it’s not too late
Can’t we get back together?
IF YOU
IF YOU
If you’re struggling like I am
Can’t we make things a little easier?
I should’ve treated you better when I had you

Review Novel | Jangan Menangis Cinta by Siti Rosmizah


Novel : Jangan Menangis Cinta
Penulis : Siti Rosmizah
Muka Surat : 987
Penerbit : SR Publication
Terbitan : 2017


SIPNOSIS
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.


Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.


Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.


Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.


REVIEW

lama juga tak membaca novel Siti Rosmizah, last baca zaman belajar dulu, novel Takdir Itu Milik Aku. novel ni pun tak terkecuali banyak main dengan emosi dan banyak watak yg menguji kesabaran aku untuk terus baca novel ni sampai habis.

watak Zafran memang terlalu tinggi ego dia  dan terlalu bermegah dengan diri dan status keluarga. walaupun sayang dengan isteri tapi kerana anak yg dilahirkan kurang sempurna sanggup buang anak, buang isteri.

banyak watak dalam novel ni yg sangat menyakitkan hati, ada yg terlalu bermegah dengan kemewahan dan keturunan, ada pula yg tak boleh terima takdir hingga hati penuh dengan dendam dan benci. novel yg penuh dengan pengajaran.

Sinopsis Drama Andainya Takdir (TV3)

Sinopsis Drama Andainya Takdir (TV3)

Drama : Andainya Takdir
Slot : Samarinda TV3
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahya, Nina Iskandar, Puteri Balqis

Sinopsis Drama Andainya Takdir 

Kisah rumah tangga Fatihah bersama Airil yg penuh dengan cabaran dan mereka mempunyai anak bernama Aleya. Walaupun luarannya Airil seperti seorang suami yg penyayang dan romantik tetapi sikap cemburu buta dan panas barannya sukar dijangka sehingga Fatihah dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya demi anak mereka. Ketabahan Fatihah bukan sahaja diuji dengan perangai suaminya malah sikap ibu mertuanya, Normah yg gemar mengata dan berprasangka buruk. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah dan sikap Airil yg selalu menyebelahi ibunya selalu membuatkan Fatihah rimas untuk balik balik ke rumah ibu mertuanya.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? 

Sinopsis Drama Andainya Takdir (TV3)
Sinopsis Drama Andainya Takdir (TV3)

REVIEW

memang geram dan menyampah dengan watak Airil. depan orang sweet tak terkata tapi kat rumah bila angin tak betul datang kau buat bini macam punching bag seriusly scary kot bila suami ada split personality macam ni. bertambah scary bila orang luar langsung tak perasan yg isteri jadi mangsa keganasan rumah tangga.

betul la cakap Fatihah tu, jangan tengok luaran sahaja dan terima lelaki tu sebab nampak sweet dan romantik tapi siasat dulu background dan asal usul dia sebelum kahwin. mana tau sebelum kahwin lembut gigi dari lidah tapi bila dah dapat tak hargai langsung. itulah realiti yg kadang kita tak sedar.

skrip yg bagus dan banyak pengajaran yg boleh diambil dari drama ni. kalau tak sempat tengok  kat tv jom tengok online..hihi

Sinopsis Drama My Sweet Lavender (TV9)

Sinopsis Drama My Sweet Lavender (TV9)

Drama : My Sweet Lavender
Slot : Slot Azalea TV9
Masa : Selasa-Ahad | 8.30 Malam
Pelakon : Zara Zya, Adi Putra, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, Haliza Misbun.

Sinopsis Drama My Sweet Lavender

Laila (Zara Zya) seorang pengawai insurans dan mempunyai kekasih bernama Danish (Aeril Zafrel) yg merupakan anak orang kaya. Percintaan mereka tidak disukai oleh kedua ibu bapa Danish dan mereka juga mempunyai calon menanton pilihan iaitu Sara.

Kenyataan Sara yg mengaku sebagai kekasih Danish menyebabkan Laila bergaduh dengan Danish dan membawa diri di samping menyelesaikan kerjanya di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita bernama Kalsom.

Kalsom adalah isteri kepada Amirul (Adi Putra). Kesan daripada kemalangan tersebut Laila hilang ingatan dan kesempatan tersebut digunakan oleh Amirul untuk membalas dendam terhadap Laila. Amirul mengatakan Laila adalah isterinya dan ibu kepada anaknya.