Review Novel | Aku Lelakimu by Sara Aisha


Novel : Aku Lelakimu
Penulis : Sara Aisha
Muka Surat : 743
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2017


Aku Lelakimu, kisah mengenai wartawan jenayah bernama Tihani Rose a.k.a Tia yg sibuk mengejar berita ntah di mana silapnya dia menjadi target pembunuh bersiri yg digelar White Killer. Alexander Aryan atau Alex, penulis novel jenayah yg sangat diminati Tia  tetiba muncul menyelamatkannya dan melindungi Tia dari menjadi mangsa White Killer.

mula dari prolog, novel ini terlalu mendebarkan dan kadang sangat merimaskan bila dari saat mula baca novel ni terlalu banyak persoalan yg dibiarkan berlalu untuk menambah tahap curiousity tapi bila dah paham jalan cerita dan konflik dalam Aku Lelakimu baru aku boleh membaca dengan tenang. ok tenang la sangat bila baca macam mana White Killer tu bunuh mangsa dia, mimpi ngeri!

aku rasa part yg kurang best bila identiti White Killer dah didedahkan terlalu awal kepada pembaca, kat sini semangat nak meneka siapa pembunuh memang dah hilang dan at the end bila polis dapat tahu siapa White Killer memang dah tak rasa surprise langsung. manakala watak utama Alexander Aryan selalu buat kita tertanya, apa masalah mamat ni sebab Alex terlalu tenang walaupun dalam situasi yg mencemaskan seolah tidak rasa takut dalam diri lelaki bernama Alexander Aryan. ada persamaan antara watak White Killer dan Alex, dua-dua psikopat yg membezakan ialah nilai empati yg ada pada diri mereka.

bagi aku bahagian thriller dan romance dalam novel ni agak balance dan sangat enjoy bila baca babak antara Alex dan Tia walupun kisah mereka takde la over romantik sangat tapi maybe sikap prihatin mereka to each other yg buat aku rasa sweet sangat. yg tahan walaupun tengah baca part serius boleh pula tersengih sampai kena remind diri sendiri yg aku tengah baca genre psiko-thriller bukan romantic comedy. maybe watak Alex yg terlalu tenang kot sampai aku rasa ok nothing will happen sebab Alex ada kat situ..haha

novel ni memang cukup rencah dan watak Tihani Rose, Alexander Aryan dan Rafael Lee memang jarang nak jumpa dalam novel lain. salute pada penulis Sara Aisha sebab berani untuk keluar dari tipikal novel melayu dan bila baca fakta bahagian trivia memang menarik, nampak penulis ni banyak buat researh untuk hidupkan watak dan jalan cerita dalam novel Aku Lelakimu. kalau nak mencari kelainan dalam novel melayu, try la baca Aku Lelakimu, part cover tu sila tolak tepi dulu.

lepas baca novel ni terasa nak cari karya Sara Aisha yg lain, yg dah lama berkenan 
Chan Rak Ter dan Salju Kyoto dan yg paling latest I'm Not a Monster.

Review Novel | Dheo's by Anjell


Novel : Dheo's
Penulis : Anjell
Muka Surat : 653
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2018

selepas kematiannya ayahnya, Rissa dapat tahu dia telah bankrupt kerana hutang ayahnya dan semua harta miliknya telah diserahkan kepada Dheo Han. untuk melangsaikan hutang tersebut Rissa terpaksa bekerja sebagai housekeeper di hotel lelaki itu.

siapa Dheo Han? adakah mereka saling mengenali? aura Dheo terlalu misteri, terlalu beku tetapi setiap kali dekat dengan Dheo, Rissa rasa mereka saling mengenali tetapi memori silamnya kosong, dia tak mampu ingat kehidupan yg dilaluinya sebelum kemalangan yg berlaku tiga tahun yag lalu. banyak yg berlaku di sekelilingnya, Rissa tekad untuk menyiasat dan mencari memorinya yg hilang.

Just giving you my honest opinion, Tesoro. Be careful with the world around
you. Stoicism is the best facade. People don't know the darkness lies beneath.

All you have to do is remember everything, Rose. Everything. Selagi awak tak ingat,
selagi itulah awak kena ragu-ragu dengan setiap status yg keluar dari mulut orang
yg nyatakan dia kenal awak sebelum ini.

Don't trust a stranger!


aku suka watak Dheo sebab bukan watak hero tipikal yang selalu muncul dalam novel Anjell yang penuh dengan misteri. dari awal lagi banyak hint yg diberi penulis untuk teka hubungan antara Rissa dengan Dheo. apa hubungan mereka? silalah gali nanti jadi spoiler pula.

jalan cerita makin menarik apabila Risa dapat balik memorinya yang hilang dan satu demi satu rahsia Dheo mula terbongkar. yang kesian dengan Rissa ni  sebab dia tak tahu siapa kawan dan siapa lawan sebab masing-masing ada motif tersendiri.

Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)

Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)

Drama : Bila Aidil Ada Fitri
Slot : Astro Oasis
Masa : Isnin-Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Ungku Ismail, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith

Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri

"She is loveable." - Datin Mariam

Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. 

"Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri

Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!

"Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil

Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.

"Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman

Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

Review Novel | Dalam Diam Aku Terpikat by Aulia Iman


Novel : Dalam Diam Aku Terpikat
Penulis : Aulia Iman Muka Surat : 656
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : March 2015


SIPNOSIS


SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula...


REVIEW

Pertemuan pertama, Misha dan Megat Danial langsung tak sependapat kerana terperangkap dengan agenda buruk keluarga Danial sehingga memaksa mereka bernikah.  konflik dalam novel ini adalah bapa saudara dan emak saudara Danial yang tidak berpuas hati dengan pembahagian harta kerean Danial itu adalah cucu.

sebenarnya aku tak suka dengan watak Megat Danial yang kurang matang, walaupun kena kahwin paksa cuba jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. watak sampingan menyakitkan hati juga, rasa macam terjumpa watak begini dalam lakorn atau drama thailand.

tak habis main taktik kotor nak perangkap orang guna cara yang sama, bosanlah. cubalah kreatif dan cari benda yang bijak sebab banyak benda kot yang boleh buat selain repeat benda yang sama. plot dan jalan cerita pun sangat mudah diteka.

Musim Hujan, Musim Demam.



Assalamualaikum.

sekarang ni musim hujan, yg demam pun ramai juga.

bulan puasa kena demam memang tak best tapi sabar je la..

sakit itu kan ujian. 😊

Birthday


Rabu, 9 Mei..

HAPPY BIRTHDAY TO ME

pesanan untuk diri sendiri : 

dont be stress, tia



untuk semua

Selamat Mengundi 😊

Hadiah Dari Blog Starlavenderluna


Hai..

hari ni tertanya-tanya juga Pos Laju datang ke tidak sebab aku ada beli buku di PBAKL (guna khidmat personal shopper), bila dengar sampai tu memang happy sangat tapi tak perasan pula ada dua barang yg sampai, iyela balik rumah sibuk nak buat benda lain dulu...kikiki. 

confius juga tengok bungkusan lagi satu, rasanya takde order barang lain. bila tengok nama pengirim baru teringat pasal hadiah yg blogger Shikin Razali janji nak hantar sebab tersenarai antara top comentator kat blog dia.

Dheo by Anjell

kalau belek buku yg dijual di PBAKL memang rasa nak borong semua tapi bila fikir pasal bajet kena kawal nafsu membeli. yg lain dalam wishlist tu nanti la aku beli 😔


hadiah dari Starlavenderluna.

meriah dapat hadiah dari Shikin lagi-lagi birthday aku minggu ni terasa macam dapat hadiah hari jadi pula, good timing..hihi. apapun terima kasih ye Shikin untuk hadiah ni 😊

Review Novel | Hari-Hari Aku Rindu by Izz Alejandra


Novel : Hari-hari Aku Rindu
Penulis : Izz Alejandra
Muka Surat : 680
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2014


SIPNOSIS

Angkara kisah hitam yang menghantui hayatnya sebelum ini, NUR SARAH NADYA trauma tidak berkesudahan. Harga diri dan hatinya juga hancur lebur. Apa yang dia mahu adalah membuang jauh peristiwa pahitnya ketika bersama FARIZ yang telah membuatkan kehidupannya kelam derita.

Tatkala memori hitam terpendam bersama Fariz masih tidak dapat dilupa, hadir pula insan lain menambah luka.

“I tak nak kahwin dengan you. I bencikan you. I tak tipu. I tak boleh kahwin dengan orang yang I benci. What do you expect from me? You ingat I boleh jadi isteri yang baik untuk you selepas apa yang dah jadi ni? You ingat I ni tak ada upaya? Dah tak ada jalan lain dan terdesak sangat sampai terpaksa jadi isteri you?” – Dhia.

Dialah KHALISH NAUFAL. Lelaki yang sukar diramal hati dan tingkah lakunya. Pandai bermain kata-kata manis. Tiada yang baik tentang empunya diri. Benarkah dia lelaki yang hanya tahu ambil kesempatan?

“Tak payah nak baik sangat dengan I.” – Dhia.

“Why? You takut jatuh hati dengan I?” – Naufal.

“You buat lawak ke apa, ni? You tahu I benci you, kan? You dah hilang ingatan kut? Hari-hari hidup I celaru sebab you! Hari-hari I rasa nak bunuh you!” – Dhia.

“Esok lusa you akan rindu I pula. Hari-hari. I’m sure of it.” – Naufal.

Rentetan sebuah rahsia yang sengaja disembunyikan, hidup Nur Sarah Nadya tambah tertekan. Rahsia yang menyebabkan Fariz kembali mengganggu dirinya. Apa yang dimahukan oleh Fariz? Antara harta dan dan kasih sayang, mungkinkah nyawa menjadi taruhan?


REVIEW

permulaan novel ni banyak benda yg aku tak suka sebenarnya dengan perangai kasanova Naufal yg sesedap hati heret anak dara orang balik rumah dan juga Dhia yg nak lari dari masalah lain muncul pula masalah lain bila mereka terlanjur, ini penyebab kepada perkhawinan mereka.

menariknya bila nampak perubahan pada watak Naufal yg kasanova tetiba setia dengan Dhia sebab dah jatuh cinta. bab nak mengayat dan memujuk memang serah kat Naufal. watak Dhia pula consistent je tak pernah nak percaya dan benci dengan laki sendiri. konflik dalam novel ni lebih kepada Dhia yg tak percaya dengan Naufal.

watak antagonis dalam novel ni pula selalunya akan muncul tetiba dan setiap kali muncul mesti bawa masalah dan akan bagi impak pada Naufal dan Dhia untuk perbaiki hubungan mereka.

walaupun terjumpa bad review yg banyak compare novel ni dengan first novel penulis tapi bagi aku novel ni best juga baca cuma kadang tu bosan dengan watak Dhia sebab point dia nak gaduh dengan Naufal benda yg sama je tapi nasiblah dapat suami jenis penyabar.

Review Novel | Pelangi Untuk Ara by Azura Rasiddin


Novel : Pelangi Untuk Ara
Penulis : Azura Rasiddin
Muka Surat : 718
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : November 2017

SIPNOSIS


Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak.

"Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - Ara

"In case kau terlupa, aku ni abang kau." - Eiyad

"In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - Ara

"Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - Eiyad

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh. Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible.
Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Do you still love me?" - Eiyad

"Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - Ara

Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible? Atau sebenarnya Eiyad sememangnya ditakdirkan untuk Ara? Adakah Ara akan bertemu dengan pelangi yang dia nantikan selama ini?


REVIEW

Pelangi Untuk Ara sebuah kisah cinta bertemakan love-hate relationship antara Ara dan Eiyad. Ara seorang yang degil dan suka memberontak kerana terkesan dengan penceraian ibu bapanya. Eiyad pula abang angkat yang dijaga keluarganya dan Ara benci dengan lelaki itu yang terlalu mengongkong kehidupannya

Namun begitu, perasaan benci itu bertukar menjadi cinta dan menjadi konflik dalam diri Ara apabila lelaki itu cuma menganggap dirinya sebagai adik.

Walaupun Pelangi Untuk Ara nampak macam tebal tapi jalan cerita dan konflik tak terlalu meleret. aku suka dengan gaya penulisan Azura Rasiddin dan ini juga pertama kali aku baca novel dari penulis ini. plotnya tersusun kemas dan setiap konflik yang berlaku, boleh nampak progress watak Ara belajar untuk menjadi lebih baik

Pada permulaanya cerita, suka dengan Eiyad yang protect diri Ara cuma kadang tu overprotective sangat. lepas hampir separuh buku kena brainwash yang Ara + Eiyad = Impossible, aku dah macam tak kisah dengan hubungan mereka, tetiba nak twist kat sini, boleh tak? hahaha. penat nak tunggu Eiyad sedar perasaan dia.

Crisis : Special Security Squad


Title : Crisis : Special Security Squad
Episodes : 10
Duration : 45 minutes
Cast : Oguri Shun, Nishijima Hidetoshi, Tanaka Tetsushi, 
Nomaguschi Tohru, Araki Yuko

SIPNOSIS

The Special Investigation Unit is a secret force of specialists in various fields under the direct control of the head of the Tokyo Metropolitan Police Department’s Security Bureau. Its members all have pasts they are trying to put behind them.

Inami Akira sustained serious trauma in a special mission and was discharged Self-Defense Forces; Tamura Saburo is also a special missions veteran, but due to an incident was ordered to transfer tothe mobile unit from the Public Security Department in the wake of an incident. Picked out by their chief Yoshinaga , they're joined up by ex-hacker Oyama and explosives expert Kashii to form a special team that will tackle politically "dangerous" threats to the State that the government wants kept secret.

However, they find themselves regularly confronting morally conflicting cases, which they begin to realize could shake up the country, depending on their success or failure.


Dalam Crisis, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk handle kes berprofil tinggi yg melibatkan ahli politik atau menteri, tugas mereka untuk mematahkan serangan terrorist yg cuba menjatuhkan kerajaan dan juga melindungi individu yg menjadi sasaran puak terrorist ni. pasukan khas ini terdiri daripada lima orang yg mempunyai kepakaran tersendiri dan mereka juga mempunyai dark past masing-masing.

selalunya dalam drama atau movie, kita selalu tengok watak utama cuba menjatuhkan kerajaan tapi drama ni terbalik sebab mereka kena mengelak benda ini daripada berlaku walaupun orang yg mereka protect takde la perangai semengah mana pun tapi dah nama tugas kena la buat juga.


penjahat pula ada motif sendiri, ada tu kumpulan anak muda yg cuba ubah sistem negara mereka sebab berasa kerajaan tak adil dan ada juga individu yg ada alasan tersendiri untuk balas dendam pada menteri. bila follow setiap episode aku rasa semua problem ni memang berpunca dari pihak atas sebab mereka akan gunakan orang tu untuk capai sasaran mereka tapi bila rasa orang tu dah tak berguna, mereka akan abaikan saja hmmm macam mana kes terrorism macam ni tak meningkat.


aku admit at first aku tengok drama ni sebab Oguri Shun tapi first episode memang best dan rasa macam tak cukup nafas tengok scene lawan-lawan perghh boleh bagi perfect score untuk action. last episode ada benda yg mengejutkan terjadi yg aku rasa mereka ni macam dipergunakan oleh pihak atas. tak tahu la kenapa i hope ada season two nak tengok mereka ni beralih arah jadi penentang kerajaan pula.

Love Me If You Dare


Title : Love Me If You Dare
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Wallace Huo, Sandra Ma, Wang Kai, Andrew Yin

SIPNOSIS

Simon/Jin Yan is a criminal psychologist who returns to China from the US after a close encounter with a serial killer, but his ordeal is not over. Together with his assistant, Jian Yao, they solve mysterious and violent criminal cases.


Love Me If You Dare bukan drama romantik biasa tapi lebih kepada thriller crime drama. first impression drama ni memang gempak sebelum start digest apa sebenarnya berlaku dalam drama ni sebab starting dia nampak seram sangat dengan identiti Simon yg sangat misteri, tu belum lagi flashback scene kena torture.

Kisah bermula bila pihak polis meminta bantuan Simon yg baru balik dari US untuk selesaikan kes budak hilang. ada beberapa kes yg jadi tapi pihak polis tak yakin yg penjenayah ni orang yg sama. bila kes ni berakhir terdapat benda mengejutkan yg mereka jumpa dari kes ni. dari satu kes ke satu kes yg Simon selesaikan memang sangat rumit dan pembunuh pula jenis psiko, bila habis satu kes tu mesti Simon dapat mesej dan baru tahu kes yg dia selesaikan semuanya berkait.


Jianyao pula assitant Simon, dia juga banyak Simon untuk siasat kes walaupun ni bukan bidang dia. hubungan Simon dengan Jian Yao awalnya lebih kepada kerja tapi bila Simon start suka dengan Jenny agak kelakar juga sebab kalau pasal kerja dia memang expert tapi bila bab cinta dia sangat nerd.


bagi aku, my favourite watak dalam drama ni Fu Ziyu dengan Li Xunran. Fu Ziyu bestfriend Simon dan kadang macam PA juga sebab dia akan tolong buat semua benda untuk Simon tak kira benda personal atau kerja. bila scene yg ada dia memang best sebab Ziyu ni sangat funny tapi kadang confius dia kerja apa sebab banyak sangat benda yg dia buat.


Li Xunran pula kawan baik Jinyao dan bekerja sebagai polis. aku rasa watak dia paling normal sikit kalau nak bandingkan dengan yg lain.


pembunuh dalam drama ni sangat psiko dan cara dia bunuh pun sangat kejam tapi nasib la Simon pun jenis yg psiko dan boleh baca pemikiran pembunuh. yg tak tahan bukan seorang je pembunuh dalam drama ni dan motif mereka nak jatuhkan Simon untuk dapatkan Allen. 

dari first episode sampai last episode memang banyak plot twist menarik yg buat drama ni so exciting to watch but somehow ada juga bosan maybe drama ni bergerak terlalu perlahan. lastly, boleh komen drama ni not bad untuk tengok walaupun ada flaw.