Review Novel | Dalam Diam Aku Terpikat by Aulia Iman


Novel : Dalam Diam Aku Terpikat
Penulis : Aulia Iman Muka Surat : 656
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : March 2015


SIPNOSIS


SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula...


REVIEW

Pertemuan pertama, Misha dan Megat Danial langsung tak sependapat kerana terperangkap dengan agenda buruk keluarga Danial sehingga memaksa mereka bernikah.  konflik dalam novel ini adalah bapa saudara dan emak saudara Danial yang tidak berpuas hati dengan pembahagian harta kerean Danial itu adalah cucu.

sebenarnya aku tak suka dengan watak Megat Danial yang kurang matang, walaupun kena kahwin paksa cuba jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. watak sampingan menyakitkan hati juga, rasa macam terjumpa watak begini dalam lakorn atau drama thailand.

tak habis main taktik kotor nak perangkap orang guna cara yang sama, bosanlah. cubalah kreatif dan cari benda yang bijak sebab banyak benda kot yang boleh buat selain repeat benda yang sama. plot dan jalan cerita pun sangat mudah diteka.

2 comments:

  1. Jalan cerita mudah nak teka ini.. Kikiki..

    ReplyDelete
  2. kalau drama thai, memang bingit lah makcik2 dia ni hahaha

    ReplyDelete