Review Novel | Hari-Hari Aku Rindu by Izz Alejandra


Novel : Hari-hari Aku Rindu
Penulis : Izz Alejandra
Muka Surat : 680
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2014


SIPNOSIS

Angkara kisah hitam yang menghantui hayatnya sebelum ini, NUR SARAH NADYA trauma tidak berkesudahan. Harga diri dan hatinya juga hancur lebur. Apa yang dia mahu adalah membuang jauh peristiwa pahitnya ketika bersama FARIZ yang telah membuatkan kehidupannya kelam derita.

Tatkala memori hitam terpendam bersama Fariz masih tidak dapat dilupa, hadir pula insan lain menambah luka.

“I tak nak kahwin dengan you. I bencikan you. I tak tipu. I tak boleh kahwin dengan orang yang I benci. What do you expect from me? You ingat I boleh jadi isteri yang baik untuk you selepas apa yang dah jadi ni? You ingat I ni tak ada upaya? Dah tak ada jalan lain dan terdesak sangat sampai terpaksa jadi isteri you?” – Dhia.

Dialah KHALISH NAUFAL. Lelaki yang sukar diramal hati dan tingkah lakunya. Pandai bermain kata-kata manis. Tiada yang baik tentang empunya diri. Benarkah dia lelaki yang hanya tahu ambil kesempatan?

“Tak payah nak baik sangat dengan I.” – Dhia.

“Why? You takut jatuh hati dengan I?” – Naufal.

“You buat lawak ke apa, ni? You tahu I benci you, kan? You dah hilang ingatan kut? Hari-hari hidup I celaru sebab you! Hari-hari I rasa nak bunuh you!” – Dhia.

“Esok lusa you akan rindu I pula. Hari-hari. I’m sure of it.” – Naufal.

Rentetan sebuah rahsia yang sengaja disembunyikan, hidup Nur Sarah Nadya tambah tertekan. Rahsia yang menyebabkan Fariz kembali mengganggu dirinya. Apa yang dimahukan oleh Fariz? Antara harta dan dan kasih sayang, mungkinkah nyawa menjadi taruhan?


REVIEW

permulaan novel ni banyak benda yg aku tak suka sebenarnya dengan perangai kasanova Naufal yg sesedap hati heret anak dara orang balik rumah dan juga Dhia yg nak lari dari masalah lain muncul pula masalah lain bila mereka terlanjur, ini penyebab kepada perkhawinan mereka.

menariknya bila nampak perubahan pada watak Naufal yg kasanova tetiba setia dengan Dhia sebab dah jatuh cinta. bab nak mengayat dan memujuk memang serah kat Naufal. watak Dhia pula consistent je tak pernah nak percaya dan benci dengan laki sendiri. konflik dalam novel ni lebih kepada Dhia yg tak percaya dengan Naufal.

watak antagonis dalam novel ni pula selalunya akan muncul tetiba dan setiap kali muncul mesti bawa masalah dan akan bagi impak pada Naufal dan Dhia untuk perbaiki hubungan mereka.

walaupun terjumpa bad review yg banyak compare novel ni dengan first novel penulis tapi bagi aku novel ni best juga baca cuma kadang tu bosan dengan watak Dhia sebab point dia nak gaduh dengan Naufal benda yg sama je tapi nasiblah dapat suami jenis penyabar.

3 comments:

  1. Siqah tak pernah baca novel daripada penulis ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time baca novel penulis ni, rasanya not bad sangat..hihi

      Delete
  2. Boleh try nie kalau dah habis bahan bacaan.. kikiki..

    ReplyDelete