Review Novel | Pelangi Untuk Ara by Azura Rasiddin


Novel : Pelangi Untuk Ara
Penulis : Azura Rasiddin
Muka Surat : 718
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : November 2017

SIPNOSIS


Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak.

"Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - Ara

"In case kau terlupa, aku ni abang kau." - Eiyad

"In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - Ara

"Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - Eiyad

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh. Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible.
Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Do you still love me?" - Eiyad

"Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - Ara

Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible? Atau sebenarnya Eiyad sememangnya ditakdirkan untuk Ara? Adakah Ara akan bertemu dengan pelangi yang dia nantikan selama ini?


REVIEW

Pelangi Untuk Ara sebuah kisah cinta bertemakan love-hate relationship antara Ara dan Eiyad. Ara seorang yang degil dan suka memberontak kerana terkesan dengan penceraian ibu bapanya. Eiyad pula abang angkat yang dijaga keluarganya dan Ara benci dengan lelaki itu yang terlalu mengongkong kehidupannya

Namun begitu, perasaan benci itu bertukar menjadi cinta dan menjadi konflik dalam diri Ara apabila lelaki itu cuma menganggap dirinya sebagai adik.

Walaupun Pelangi Untuk Ara nampak macam tebal tapi jalan cerita dan konflik tak terlalu meleret. aku suka dengan gaya penulisan Azura Rasiddin dan ini juga pertama kali aku baca novel dari penulis ini. plotnya tersusun kemas dan setiap konflik yang berlaku, boleh nampak progress watak Ara belajar untuk menjadi lebih baik

Pada permulaanya cerita, suka dengan Eiyad yang protect diri Ara cuma kadang tu overprotective sangat. lepas hampir separuh buku kena brainwash yang Ara + Eiyad = Impossible, aku dah macam tak kisah dengan hubungan mereka, tetiba nak twist kat sini, boleh tak? hahaha. penat nak tunggu Eiyad sedar perasaan dia.

3 comments:

  1. Cepatnya Tiara baca buku!! Siqah dah beli novel ni tapi macam biasalah, tak tahu nak baca bila. Hihi. Tertarik dengan cover novel ni dan ramai review best kat GR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk bahan bacaan laju la baca, kalau xde slow la..hihi

      yup cover dia memang menarik itu yg grab dulu. bila baca byk review yg best lg semangat nak baca :)

      Delete
  2. Tersuka cover novel ini.. Tambah suka lepas baca review Tiara.. Nanti nak beli.. masuk list dulu..

    ReplyDelete