Review Novel | Hello It's Me by Anna Lee


Novel : Hello it's me
Penulis : Anna Lee
Muka Surat : 319
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2016

REVIEW

Hello It's Me mengisahkan Tiya seorang novelis yg mempunyai prinsipnya sendiri, selesa dengan kerjaya itu sebabnya dia tidak perlu berjumpa dengan orang ramai kerana Tiya mempunyai agoraphobia. tetapi hidupnya tidak kekal aman lagi bila dia tertukar phone dengan Duta. sengaja atau kebetulan?


lebih haru lagi bila dia tanpa sengaja mencipta masalah dan terperangkap dengan masalah Duta. nak tukar balik telefon pun masalah juga bila Duta dah pergi Holland jadi mereka banyak berhubung melalui mesej dan call untuk selesaikan masalah ni semua.

walaupun tak pernah berjumpa dan main mesej je tapi citer dia kelakar dan sweet sangat. baca part ni memang asyik tersengih dan gelak je. plus dengan perangai Duta yg sengal ikut suka hati dia  buat telefon Tiya macam harta dia dan sesedap hati main hack instagram orang.

turning point novel ni bila Tiya melawan rasa fobia pergi jumpa Duta di Holland untuk ambil phone dia. time ni memang rasa ada benda tak kena dengan Duta tetiba dari sengal dah jadi misteri pula. dan daripada romantik komedi bertukar ke thriller action pula cite dia, saspen sangat dan tertanya apa rahsia yg cuba disembunyikan oleh Duta.

kesimpulannya aku suka jalan citer dia, suka watak Duta, suka prinsip Tiya dan pandangan dia tentang lambakan novel yg ada di pasaran sekarang. lastly, suka ending dia.

7 comments:

  1. Eh menarik ni...nak cari lah haha

    ReplyDelete
  2. Yes!! Siqah suka novel ni, dan suka karya Anna Lee. Best. Crush on Duta 😍

    ReplyDelete
  3. haaa. nk bace tp tkde mase. mek pn suka jln crita mcm ni. kalau mainstream bercinta, konflik then bersatu tu dh lama dah novel mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mek, saya suka novel cinta tapi ada variasi jalan cite dia bukan takat cite kawin paksa yg klise..hihi

      Delete
  4. Novel ini memang ohsem.. Jalan cerita yang berbeza dari novel dipasaran.

    ReplyDelete