Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia by Suri Ryana

Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia by Suri Ryana

Novel : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 855
Penerbit : Suara Hati Publication
Terbitan : Mei 2018

Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia by Suri Ryana

Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Selepas kejadian kebakaran, Tuan Faleeq menghidap agoraphobia dan aktiviti dia selaku CEO syarikat agak terjejas sebab dia akan diserang panik bila berada di luar comfort zone dia jadi dia lebih selesa berkurung dan sibukkan diri dengan kerja. yg anehnya bila dengan Thalia a.k.a penyelamatnya, Tuan Faleeq ada menunjukkan perubahan positif dan keluarga Tuan Faleeq mahu menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh sepenuhnya.

untuk 400 muka surat pertama, point dia nak cite benda ni je tapi aku tak tahu apa benda yg dia melalut, perghh meleret dan payah benar nak habiskan separuh dari novel ni. fuhhhh~ lepas Tuan Faleeq dan Thalia kahwin baru rasa cite dia macam best sikit, baru nampak konflik best sikit, baru nampak Tuan Faleeq ada effort sikit nak lawan phobia dia.

ada watak antagonis yg dibawa masuk dalam novel tapi bagi aku macam tak berapa menjadi sangat. contohnya watak Hanee yg suka giler pada Tuan Faleeq, watak dia seriusly sangat annoying tapi itulah macam tak bersungguh. bila kerja jahat yg Hanee buat kantoi, dia ada cakap nak balas dendam so aku tunggu juga apa lagi yg minah ni nak buat tapi sampai kesudah watak dia hilang macam tu je. ok maybe aku yg trigger lebih bila dia cakap nak balas dendam!

yg hero memula beku dan kerek sangat tetiba bertukar romantik maybe banyak makan gula kot lepas kahwin tertiba terlebih ayat manis yg keluar. oh please la wei, orang lain maybe rasa sweet kot tapi aku dah malas nak feeling baca novel ni..haha

so kesimpulannya, aku beli novel ni sebab tertarik dengan cover dan sipnosis dia tapi isi dalam novel ni tak begitu memuaskan hati aku.

7 comments:

  1. banyak kot nak habiskan 855 mukasurat tapi plot tak cantik :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaklah, ambil masa sampai 2 minggu nak habiskan novel ni sebab takde mood :(

      Delete
  2. terbaek.. menarik novel ni :)

    ReplyDelete
  3. sakitnya hati tunggu ending. hukhuk

    ReplyDelete
  4. Tajuk dah best.. Olahan tak menarik memang seksa jiwa nak habiskan bacaan..

    ReplyDelete
  5. even dah 2020 , kalau pegi kedai buku selalu lalu depan rak novel mesti ade buku ni , tertarik jugak nak beli sbb ada instincts tak worth it so x jadi beli . Anyways sangat sangat tq for the review.
    sudilah datang ke blog saya
    https://theqyutoday.blogspot.com/

    ReplyDelete