Drama China | Ashes of Love (2018)

Drama China | Ashes of Love (2018)

Title : Ashes of Love
Year : 2018
Episodes : 63
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Zi, Deng Lun, Leo Luo, Adonis Liao, Wang Yi Fei,
Chen Yu Qi, Xia Zhi Yuan

Drama China | Ashes of Love (2018)

banyak juga chinese drama yg aku nak tengok tapi masalah aku dengan drama china ni episode terlampau panjang, itu yg menjadi faktor kemalasan aku untuk tengok, seriusly bila lebih 50 episode keberangkalian cerita tu jadi meleret sangat tinggi. banyak sebab juga aku tengok drama Ashes of Love walaupun episode dia sampai 63 episode salah satu sebabnya drama ni sangat popular dan antara lain jalan cerita dia sangat menarik.

Ashes of Love sebuah drama adaptasi dari novel Heavy Sweetness, Ash-like Frost, drama fantasi mengenai alam dewa dewi yg dikatakan terbahagi kepada 6 alam iaitu Flower Realm, Heaven Realm, Demon Realm dan selebihnya tu aku tak ingat pula alam apa. ceritanya bermula apabila Flower Deity meninggal dunia selepas melahirkan anak yg diberi nama Jinmi. sebelum meninggal dia sempat tinggalkan amanat untuk pengikutnya supaya mereka merahsiakan identiti Jinmi dan tinggalkan sumpahan iaitu tarik rasa cinta dari diri Jinmi supaya anaknya tidak menderita sepertinya.

Drama China | Ashes of Love (2018)

Jinmi membesar sebagai grape sprite dan perwatakan sangat ceria dan keselamatan dia selalu dipantau oleh ahli Flower Realm. suatu hari, Jinmi telah menyelamatkan seekor phoenix yg telah tersesat masuk ke dalam Flower Realm. phoenix tersebut ialah Xufeng (Fire Deity), sebagai tanda penghargaan Xufeng memenuhi impian Jinmi yg mahu ke Heaven Realm.

untuk first 10 episode, drama ni lebih kepada light romantic comedy, seronok dan cute tengok  perangai Xufeng dan Jinmi. konflik terjadi apabila identiti Jinmi sebagai anak kepada Flower Deity terbongkar, start dari sini aku perasan drama ni jadi sangat complicated dan sangat sedih tapi plot dia tersusun cantik yg buat aku stay nak tengok apa yg jadi seterusnya.

aku boleh agak drama ni jadi terlalu panjang sebab banyak watak dan banyak juga kisah di sebalik setiap watak tersebut untuk memanjangkan lagi episode yg ada. sorry to say aku malas nak tengok subplot sebab aku lagi suka follow main character punya story.

Drama China | Ashes of Love (2018)
Jin Mi / anak kepada Flower Deity dan Water Deity

Jinmi jenis happy go lucky dan naif giler bab cinta (sebab sumpahan mak dia). banyak juga benda yg dia buat tanpa sedar dah lukakan hati Xufeng macam terima pertunangan dia dengan Night Deity. nak salahkan dia atau nak meluat dengan dia pun tak boleh juga sebab dah tahu kenapa dia jadi begitu.

bagi aku, watak Jinmi ni memang berat sebab boleh nampak perubahan watak yg makin matang dan banyak main dengan emosi, part yg paling sedih pada watak Jinmi bila dia sedar dengan perasaan dia pada Xufeng tapi dah terlambat sebab time tu dia cuma boleh rasa bersalah sebab dah jadi kejam pada Xufeng. 

Drama China | Ashes of Love (2018)
Xu Feng / Fire Deity

Xufeng anak kepada Heavenly Emperor & Empress juga digelar sebagai God of War. Xufeng jatuh cinta dengan Jinmi dari awal lagi walaupun time tu dia tak tahu identiti sebenar Jinmi dan dia sendiri sampai sanggup pergi jumpa dengan ahli Flower Realm untuk minta restu. walaupun hasratnya ditolak, dia tetap protect Jinmi dari bahaya dan buat apa sahaja untuk Jinmi sampai sanggup lawan mak dia sendiri.

aku rasa watak dia yg paling kesian, sudah cinta tak dibalas lepas tu kena khianat dengan orang yg paling dia sayang so lepas tu bila dia berubah memang boleh nak cakap apa.

aku jarang tengok ancient drama sekarang ni sebab tak suka dengan rambut pelakon lelaki. ntah la dulu zaman sekolah tengok tak rasa apa pun tapi sekarang nampak macam kelakar pula. untuk kes ni, aku rasa Deng Lun nampak hot sangat berlakon dalam ancient drama compare to modern drama..hihi

Drama China | Ashes of Love (2018)
Run Yu  / Night Deity

Runyu adalah abang Xufeng, anak sulung Emperor dengan perempuan simpanan, Princess Suli.  hubungan Runyu dengan Xufeng sangat rapat dan dia berkawan baik dengan Jinmi. Runyu seorang yg baik hati walaupun selalu kena buli dengan Empress tapi itulah orang yg suka pendam ni kau tak boleh predict apa yg akan buat next.

Runyu juga tunang kepada anak Water Deity sebabnya dulu Emperor pernah berjanji dengan Water Deity kalau Water Deity dapat anak perempuan dia akan jodohkan dengan anak sulungnya. jadinya bila dia tahu Jinmi anak kepada Water Deity tetiba dia jadi tamak dan hipokrit, meluat juga bila Runyu cakap dia boleh mengalah semua benda pada Xufeng tapi bukan Jinmi padahal dari awal lagi dia sudah tahu perasaan Xufeng pada Jinmi.

titik tolak perubahan drastik pada Runyu bila dia tahu perbuatan kejam Heavenly Emperor dan Empress pada ibunya. time tu dia sanggup buat apa sahaja untuk balas dendam termasuklah rampas takhta dan gunakan Jinmi untuk bunuh Xufeng.

Drama China | Ashes of Love (2018)
Moon Deity

my favourite character, Moon Deity ni adik kepada Emperor dan juga pacik Xufeng dan Runyu. sejak dari pertama kali Jinmi datang ke Heaven Realm, Moon Deity dah jatuh sayang pada Jinmi dan dia selalu kata Jinmi ni pasangan terbaik buat Xufeng sebab tu dia selalu nak jodohkan Jinmi dan Xufeng.

Drama China | Ashes of Love (2018)

macam yg cakap tadi, 10 episode awal memang banyak scene yg boleh bergelak ketawa tapi lepas tu kisah cinta Xufeng dan Jinmi memang penuh dengan onak dan duri. banyak moment yg happy tapi banyak lagi moment yg sedih. part yg paling heartbreaking bila tengok Xufeng menangis, rasa nak menangis sekali. pendek cakap, drama ni memang sangat sedih. 😭

just nak bagitahu drama Ashes of Love, my favourite chinese drama selepas Love O2O 👍

7 comments:

  1. Hari tu ada juga survey nak tengok drama China tapi hampir semua stok-stok cerita macam ni. And semua drama pun episode pun panjang berjela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..struggle juga nak cari drama china ni nasib la boleh layan drama ni padahal sekarang ni saya tak minat sangat nak tengok drama macam ni..hehe

      Delete
  2. Satu faktor yang buat tak sanggup nak tengok sebab episod dia panjang.. kalau ikutkan banyak je drama china yang menarik dan best tapi episod terlalu banyak huat tak sanggup nak tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, banyak drama china yg best yg rasa nak tengok tapi bila tengok episode je terus give up..hehe

      Delete