Novel : Nefertiti
Penulis : Lily Haslina Nasir
Helaian : 656
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Disember 2018
waktu baca Raid Arjuna memang curious sangat bila watak Yasmin selalu muncul dan banyak kali juga nama Ziyad disebut so nak tahu juga apa kisah mereka berdua ni makanya kita belilah Nefertiti untuk tahu kisah Yasmin dan Ziyad.
kalau Raid Arjuna kisahnya lebih kepada dunia korporat dan isu ekonomi manakala Nefertiti pula lebih kepada politik. aku boleh cakap penulis ni sangat berani sebabnya bila baca novel ni automatik dah tahu dari mana sumber inspirasinya, dari cara penulis gambarkan watak mereka pun dah boleh bayang muka siapa tu. harapnya tak jadi isu panas..hehe
Nefertiti mengisahkan dunia politik Datuk Adnan yg luaran nampak tenang dan sentiasa murah dengan senyuman tapi sebalik muka tersebut siapa menyangka kejahatan dan penyelewangan yg dilakukan, siapa yg menentang dan mempersoalkan kepimpinan beliau pasti akan terima habuan dalam diam.
Ziyad pengawai peribadi kepada Datuk Adnan dan Datin Naila yg menyimpan segala rahsia mereka. watak dia memang sangat tenang dan penyabar walaupun berulang kali dituduh pengkhianat bangsa oleh Yasmin tapi dari awal aku dah boleh teka Ziyad ni ada topeng lain dan tak seburuk yg Yasmin katakan tu.
Yasmin pula bekerja di bawah satu kumpulan rahsia yg menentang Datuk Adnan. memula tu rasa kesian juga dengan Yasmin sebab sejarah silam dia tak seindah orang lain tapi makin lama aku makin annoying juga dengan Yasmin. degilnya ya ampun.. pastu suka sangat buat tuduhan melulu, perangai Yasmin ni banyak juga spoil kan mood aku.
ada banyak benda dalam buku ni yg menjadi persoalan kepada aku. first tertanya apa status Nefertiti tu, sebuah kerajaan atau negara? aku nak tahu juga apa reaksi rakyat marhaen bila Datuk Adnan lari dan pemerintahan dah jadi kucar-kacir, takkan senyap macam tu je. apa jadi pada Nefertiti yg diagung sangat oleh Datuk Adnan?
jujur cakap makin ke belakang cerita makin aku lost dengan buku ni, babak aksi yg ada pun tak mampu nak tarik balik rasa teruja untuk teruskan pembacaan hingga penamat.
walau apapun, salute dengan penulis yg berani untuk keluarkan naskah yg sebegini.
kalau babak aksi ni best bila visual je, kalau pembacaan ni agak kurang menarik. Best kalau banyak plot twist. Mungkin ada sequel kot sebab tu banyak yang tak terjawab lagi
ReplyDeletetak rasa ada sequel sebab dah ada penamat untuk watak jahat cumanya ending kurang kemas sikit.
DeleteTengah usaha nak beli juga.. Tapi macam makin banyak pula senarai buku nak beli.. hahaha..
ReplyDelete