Her Private Life


Title : Her Private Life
Director : Hong Jong Chan
Writer : Kim Sung Yeon
Network : TVN
Episode : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Park Min Young, Kim Jae Wook, Ahn Bo Hyun, Kim Bo Ra,
One, Park Jin Hoo, Hong Seo Young


untuk pertama kali dapat lihat Kim Jae Wook pegang watak utama dan juga berlakon dalam drama genre romantik komedi. yg aku perasan dia bayak ambil watak berat dan watak yg paling aku ingat sudah tentu watak psiko dalam drama Voice. so dalam Her Private Life bergandingan pula dengan Park Minyoung sudah tentu cerita dia lagi best dan menarik.

Her Private Life mengisahkan Sung Deokmi yg bekerja sebagai curator di sebuah art gallery, Deokmi memang sangat berdedikasi dengan kerjanya sebab dari kecil lagi dia minat melukis tapi bakat tu terhalang sebab tangan dia ada masalah. rahsia Deokmi yg orang lain tak tahu. dia adalah peminat nombor satu Cha Sian anggota kumpulan Ocean White. so kerja fangirl ni dia buat secara sembunyi sebab bukan semua orang atau masyarakat sekeliling yg faham dengan passion seorang fangirl.


suatu hari, galeri tempat Deokmi bekerja telah menerima seorang director baru iaitu Ryan Gold yg baru pulang ke korea. Ryan membuat keputusan untuk bekerjasama denga Cha Sian untuk satu pameran seni.

apabila Deokmi dengar projek kerjasama dengan Cha Sian perghh dia punya happy memang tak terkata tapi dalam masa yg sama kena coverline perasaan excited sebab tak nak rakan sekerja lain tahu rahsia dia.

tapi masalah lain pula berlaku apabila ada skandal besar mengatakan Deokmi bercinta dengan Cha Sian. lkisahnya manager Cha Sian upload gambar dari meeting tersebut, gambar Cha Sian sahaja ok tapi fans dia punya level kalah FBI bila diorang zoom gambar tu terpantul gambar perempuan di cermin. mula tu berita ni tak terkesan pada Deokmi sebab muka dia tak clear tapi keadaan menjadi buruk bila Sindy salah seorang fan yg juga stalker Cha Sian ambil gambar Deokmi keluar dari rumah Cha Sian. keadaan jadi makin tak terkawal kesannya juga Deokmi teruk kena serang dengan fans yg lain.


Ryan selaku ketua dan juga orang yg berada di tempat kejadian rasa marah juga bila Deokmi kena serang. yg buat dia geram juga bila pihak Cha Sian tak buat sebarang tindakan untuk protect Deokmi daripada fans yg tengah gila waktu tu. bagi menenangkan keadaan Ryan beri cadang supaya mereka berlakon sebagai pasangan kekasih. walaupun idea tu nampak kurang bijak dengan hubungan mereka bukan baik sangat tapi Deokmi terima juga cadangan Ryan.


Ryan sebenarnya seorang pelukis terkenal di Amerika tapi bersara selepas tak boleh melukis lagi, dia balik ke korea pun sebab terima tawaran untuk jadi director di galeri seni. Ryan ni jenis tak mesra sangat sebab tu Deokmi tak sebulu dengan dia siap panggil Ryan, lion. memang perangai Ryan ni agak annoying time awal-awal tu.

Ryan ni banyak salah faham dengan Deokmi tapi yg aku suka pasal Ryan ni, dia tak malu nak minta maaf dan mengaku kesilapan sendiri. yg best juga bila Ryan secara tak sengaja tahu rahsia Deokmi tapi pura-pura tak tahu. yg tak boleh blah siap follow Deokmi pergi fans meeting lepas tu protect Deokmi daripada Sindy. kiranya banyak juga benda yg dia buat untuk Deokmi sampai bukan Deokmi je yg jatuh cinta, aku pun sekali jatuh cinta dengan Ryan juga..hehe


overall, Her Private Life antara drama rom-com yg best untuk dilayan sebab jalan cerita yg menarik dan santai dan juga wajib tengok. drama ni bukan cerita pasal aktiviti fangirling semata-mata tapi juga tentang family, friendship, career dan juga percintaan Deokmi dan Ryan. aku suka dengan relationship antara Deokmi dan Ryan yg saling memahami, saling support each other so kisahnya tak berat sebab semua problem mereka boleh selesai dengan cara yg baik.

11 comments:

  1. Nak tengok cerita ni. Tapi kat viu.com tak boleh tengok pula. =P

    ReplyDelete
  2. Haritu plan nak tengok jugak drama ni tapi tak sempat lagi.

    ReplyDelete
  3. Currently watching this drama. Tinggal lagi 2 episodes je lagi nak habis. Ryan Gold is so sweet and considerate! Sengih habis kalau tengok dia ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak dia charming sangatlah, memang non-stop tersengih je bila tengok dia..hehe

      Delete
  4. waaa ada lagi drama korea baru

    ReplyDelete
  5. Suka tengok cerita ni. Aduh fanatik giler sungguh fans Cha Sian tu.

    ReplyDelete
  6. Wah pelakon dia hebat2 belaka

    ReplyDelete
  7. Lama tak layan drama romantik ini.. Boleh masuk list nie..

    ReplyDelete
  8. comel laa park minyoung ni kalau dia senyum tu cair hahaha

    ReplyDelete