Novel | Sudi Jadi Isteri Saya?

(PNM e-Reader)

Novel : Sudi Jadi Isteri Saya?
Penulis : Maya Adira
Helaian : 704
Penerbit : GedeBook
Terbitan : Januari 2015

Novel ini mengisahkan Irfad yg telah menyelamatkan Aflah yg cuba untuk bunuh diri setelah melihat sendiri kecurangan tunang dan kawan baiknya. untuk menenangkan fikiran, Aflah bekerja di inap desa milik Irfad. sepanjang kehadiran Aflah di situ, Irfad yg pernah kecewa sedikit terubat dengan kehadiran Aflah di situ dan gemar mengusik gadis itu.

Untuk permulaan, novel ni sangat menghiburkan dengan perangai Irfad, ayat yg keluar dari mulut dia boleh tahan sengal juga mamat ni tapi makin lama baca novel ni makin aku annoyed giler dengan perangai Irfad. makin baca makin tak suka dengan perangai hero yg tak reti nak ambil serius asyik dengan loyar buruk dia je, bila datang angin puting beliung dia si Aflah yg jadi mangsa. kalau aku jadi Aflah dah lama aku blah daripada makan hati duduk situ.

persamaan antara Aflah dan Irfad ialah keduanya pernah dikecewakan dengan insan yg mereka sayang, yg bezanya Aflah cuba belajar untuk move on dan mulakan hidup baru tapi Irfad still lagi terkenang cinta lama, apa yg ada dekat Nadya tu tak tahu lah. bila Nadya datang balik senang sangat dia nak terima. kembalinya Nadya ada agenda sendiri.

overall, aku suka gaya bahasa penulis Maya Adira walaupun pertama kali baca karya dia, aku ada plan nak baca novel lain daripada penulis ni tapi bila mengingatkan betapa annoying hero dia, cancel lah. baca buku ni pun aku rasa macam nak hempuk si Irfad ni.

Wonderful Ghost (2018)


Title : Wonderful Ghost / The Soul-Mate
Year : 2018
Country : South Korea
Director : Jo Won Hee
Screenwriter : Kim Sung Jin
Duration : 1 hour 40 minutes
Cast : Ma Dong Seok, Kim Young Kwang, Lee Yoo Young

Wonderful Ghost mengisahkan Taejin, police officer yg koma selepas dibelasah dengan satu sindiket ni, semasa koma roh Taejin telah keluar daripada badan dan orang yg boleh melihatnya cuma Jang Soo seorang. kelakar juga mereka dua ni semasa Taejin sihat dia asyik bertembung dengan Jangsoo dan bila koma pun Jangsoo juga yg boleh melihatnya. 

Taejin cuba minta bantuan Jangsoo kerana geng jahat cuba untuk bunuh dirinya yg koma dan bahayakan teman wanita Taejin tapi Jangsoo tak nak tolong walaupun Taejin dah melutut merayu kat dia. geram juga aku ni dengan Jangsoo sebab Taejin dah banyak tolong dia sebenarnya termasuk cari anak dia yg hilang so at least dia patut kenang budi tu.


tapi lepas tu baru tahu Jang Soo ada sebab juga kenapa dia tak pedulikan atau tolong orang lain.  nak tahu kenapa kena la tengok movie ni. ending drama ni sedih tapi ada manisnya juga. macam part Jang Soo yg selama ni dia ingat menolong orang lain itu kerja yg sia-sia tapi tak sangka at the end ada hikmahnya juga yg baru dia nampak. walaupun sedih aku suka ending dia yg heartwarming.

Novel | Aku Mahu Kamu


Novel : Aku Mahu Kamu
Penulis : Aleya Aneesa
Helaian : 498
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2010

Aku Mahu Kamu ni novel lama dari zaman belajar dulu. aku ni jenis yg sayang giler dengan buku yg aku beli, sampai sekarang aku tak pernah decide nak jual novel lama hurmm maybe next time hurmmm tak tahu bila. time kemas bilik hari tu ternampak buku ni so decide nak baca sebab dah lupa cerita dia macam mana. 

aku baca buku ni mula bahagian tengah bila dah start konflik so dalam semalam pun dah boleh habiskan. Aku Mahu Kamu mengisahkan perkahwinan Ziyad dan Qisya yg bahagia ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata, Faiq yg menyerikan lagi kehidupan mereka. rumah tangga mereka diuji apabila anak mereka meninggal, Ziyad susah nak terima hakikat itu dan menyalahkan Qisya atas apa yg terjadi.

part ni memang sedih sangat, Qisya sebagai ibu sudah tentu sedih tapi bila suami langsung tak nak bercakap sampai sakit pun tak dilayan so dia decide untuk tinggalkan Ziyad. cerita bertambah menarik bila mereka berjumpa empat tahun kemudian, time ni Qisya kembali untuk tengok anak dia. Ziyad pula nak pujuk balik Qisya, dia pun rasa bersalah juga sebab dah abaikan perasaan Qisya dulu.

aku tak tahu sweet macam mana part sebelum mereka kahwin tu (sebab malas nak baca dari awal) tapi yg belakang tu memang sedih betul, sampai menangis pun ada la juga. kejamnya Ziyad sebab tak boleh nak terima takdir dan terus menyalahkan isteri sendiri, kejamnya Ziyad sampai isteri sendiri mengandung dan lahirkan anak kedua pun tak tahu. Qisya pula rela berkorban untuk Ziyad dengan melepaskan anak yg baru dilahirkan untuk Ziyad.

bagi aku, novel ni memang best walaupun konflik dan emosi dalam novel ni agak berat juga tapi isu kekeluargaan yg dibangkitkan memang menarik. dalam novel ni bukan tentang percintaan antara Ziyad dan Qisya semata-mata tapi juga tentang kasih sayang seorang ibu, yg kehilangan anak dan juga terpaksa berkorban lepaskan anak yg dikandungnya untuk melihat orang yg disayanginya dapat tersenyum semula.

Drama China | Because Of You (2017)

Drama China | Because Of You (2017)

Title : Because of You
Year : 2017
Episodes : 56
Duration : 45 minutes
Cast : Sun Yi, Deng Lun, Wu You, Dai Chou, Zhi Nan Li

SIPNOSIS

Zhang Guo Guo grew up in a Wonton shop and is also the food-delivery girl for the town. Although she did not receive high education, she is loved by her neighborhood because of her enthusiastic and sincere personality. But what people don’t know is that Guo Guo is actually a famous embroidery workshop boss‘s daughter, and an accident caused her to grow up in the small town. 

Guo Guo has a unique talent when it comes to embroidery. Guo Guo is very grateful for Wang Aiyu for raising her, so she views Wang Ai Yu’s biological daughter, Zhang Yu Xin, as her own family. On the road to pursuing their dreams, the two girls meet brothers Li Yun Kai and Li Yun Zhe, and love blossoms.

Drama China | Because Of You (2017)

dah lama juga aku nak tengok drama ni tapi bila tengok episod awal-awal tu rasa boring sebab hero tak muncul-muncul, itu yg give up je nak tengok. lepas tengok drama Ashes of Love baru aku tahu hero dalam dua drama ni pelakon yg sama, ok baru semangat sikit nak tengok

drama Because of You remake dari drama Korea, Jang Bo-ri Is Here! kalau versi korea dah 52 episode, versi cina pula panjang sikit dalam 56 episode. aku tak tengok yg korea punya so tak tahu apa beza antara dua versi ni, yg aku tahu chinese hero lagi hensem ok.

Drama China | Because Of You (2017)

permulaan drama ni agak bosan juga sebab banyak cerita konflik yg berlaku dalam keluarga Jin. keluarga Jin ni terkenal dalam menghasil seni sulaman yg terbaik. so episode awal-awal ni nak cerita macam mana heroin yg bernama Yi Bei yg berusia 8 tahun boleh terpisah daripada keluarga lepas tu hilang ingatan tentang family kandungnya then dipelihara oleh ibu angkat. lepas episode 20 macam tu baru drama ni nampak best sikit.

Drama China | Because Of You (2017)

Yi Bei terpisah dari keluarga sejak kecil dan diberi nama Guo Guo selepas dijaga oleh Wang Ai Yu, selama dia hidup dia tak pernah tahu dia anak angkat dan layanan mak angkat pun macam tak ikhlas nak jaga dia. kesian juga hidup Guo Guo cuma tolong di kedai Wang Ai Yu. 

hidup Guo Guo bertambah baik bila dia bertemu sifunya Song Xiu Hua, dari situ dia belajar menyulam dan jumpa talent dia yg sebenar. kemudian Guo Guo berjumpa Li Yun Kai yg selalu support dan bagi semangat pada Guo Guo untuk kejar cita-citanya.

tapi Guo Guo terpaksa lepaskan impianya bila dia terpaksa menjaga Le Tong (anak angkat) yg sakit dan kumpul duit untuk pembedahan Le Tong apabila anaknya itu berusia 5 tahun nanti. dia berjanji pada sifunya yg dia akan pergi belajar sulaman bila Le Tong besar.

Drama China | Because Of You (2017)

Li Yun Kai ni asal family kaya dan seorang penguam. hubungan mereka pada awalnya cuma kawan tapi Yun Kai mula jatuh hati pada Guo Guo. Yun Kai selalu support Guo Guo untuk kejar impannya tapi hubungan mereka terputus bila Yun Kai salah faham bila Guo Guo ada anak. 

selepas 5 tahun mereka bertemu kembali dan selepas Yun Kai tahu kisah sebenar, dia memang tak nak lepaskan lagi Guo Guo macam dulu dan anggap Le Tong macam anak dia sendiri.

Drama China | Because Of You (2017)

Zhang Yuxin watak paling annoying giler. everything pasal perempuan ni fake giler, semua yg keluar dari mulut dia pembohongann semata-mata. sejak kecil Yuxin hidup susah so dia sanggup buat everything untuk mengubah hidup dia termasuk bagitahu kat semua orang yg dia anak yatim dan tak pernah mengaku Wang Ai Yu, ibu kandungnya, paling teruk sanggup buang anak sendiri.

sejak kecil Yuxin terima biasiswa daripada keluarga Jin untuk belajar dan dia selalu berangan nak jadi anak angkat keluarga tu. Yuxin juga tak pernah suka dengan Guo Guo dan bila dia tahu Yibei tu Guo Guo dia buat macam-macam cara untuk halang Guo Guo dan keluarganya daripada tahu fakta sebenar.

Drama China | Because Of You (2017)

Wang Ai Yu pula ibu kandung Zhang Yu Xin dan juga mak angkat kepada Guo Guo. at first dia tak pernah ada niat pun nak amik Guo Guo jadi anak angkatnya tapi disebabkan dia yg langgar Guo Guo sampai hilang ingatan pastu takut jadi kes polis so dia decide untuk bela Guo Guo.

boleh dikatakan Ai Yu ni memang sayang giler dengan anak dia, walaupun Yuxin tak pernah mengaku dia sebagai mak tapi dia still lagi support Yuxin dan sanggup buat apa je untuk anak dia yg tak pernah kenang budi tu termasuk bersubahat dengan kerja jahat Yuxin.

Wang Ai Yu seorang sahaja yg tahu Le Tong tu anak Yuxin tapi dia simpan rahsia tersebut daripada semua orang termasuklah Guo Guo.

Drama China | Because Of You (2017)

Lu Si Chen berasal dari keluarga berada sebab tu sebelum habis belajar Yuxin tak sabar nak menikah dengan dia secara senyap. then bila tahu keluarga SiChen sebenarnya sudah bankrap Yuxin bengang dan terus nak bercerai. time ni SiChen sayang giler dengan Yuxin dan bila tahu isterinya pregnant dia cuba untuk selamatkan rumah tangga mereka.

SiChen mula simpan dendam pada Yuxin bila ayah dia meninggal dan yg paling dia tak boleh terima bila Yuxin sanggup buang anak mereka. dia bersumpah nak balas dendam dengan apa yg Yuxin dah buat.

Drama China | Because Of You (2017)

Li Yun Ze pula abang tiri Yun Kai, dari luaran watak dia nampak cool dan jenis tak menyibuk sangat dengan hal orang lain tapi yg sebenarnya dia tak suka dengan Li Yun Kai so kalau boleh dia nak bolot harta family mereka. dia jadi makin annoying bila jatuh hati pada Yuxin.

Lu Si Chen cuba bagitahu siapa Yuxin yg sebenar tapi Yun Ze tak percaya langsung so padanla muka bila terkahwin dengan perempuan fake tu. dan kebodohan Yun Ze mula hilang bila dia nampak satu demi satu penipuan Yuxin mula terbongkar, time tu memang menyesal tak terkata.

Drama China | Because Of You (2017)

drama ni sangat straighforward, tak ada plot twist sangat sebab daripada awal episode penonton dah tahu perjalanan atau rahsia setiap watak ni so just tengok  la macam mana setiap konflik tu akan terlerai.

dalam drama ni aku suka tengok relationship antara Guo Guo dan Yun Kai, mereka start dengan jadi kawan bila Yun Kai dah mula suka Guo Guo, dia nak hubungan mereka lebih serius dan time ni family Yun Kai menghalang sebab tak suka dengan status Guo Guo yg ada anak sebelum berkahwin. sebenarnya tak banyak pun konflik antara mereka sebab mereka ni saling percaya dan support antara satu sama lain yg banyak masalah dengan orang sekeliling mereka. interaction antara Guo Guo dan Yun Kai pun sweet je ditambah pula dengan Le Tong memang best la tengok mereka ni.

Drama China | Because Of You (2017)

benda yg agak stress dengan drama ni ialah watak antagonis yg mendominasikan keadaan, seriusly aku tak suka dengan Yuxin, aku pun banyak skip part dia sebab perempuan ni bila bercakap tak pernah betul, kaki keletong no 1.

walaupun drama ni agak panjang dan start dengan agak bosan tapi not bad sebenarnya cuma kalau nak tengok drama ni kena prepare mental sikit sebab watak Yuxin dan Wang Ai Yu antara watak yg asyik rasa nak maki je tapi best thing, aku suka Yun Kai dan Guo Guo dengan Le Tong yg banyak menceriakan keadaaan.

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (TV3)

Drama : Utusan Cinta Buat Adam
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam

Sebuah drama adaptasi novel mengisahkan seorang arkitek muda iaitu Aireen Husna yg sering ternampak Adam Firdaus di masjid yg dia singgah. walaupun tidak mengenali lelaki itu, Aireen mula jatuh hati pada Adam lalu bila mengetahui Adam anak kenalan maciknya, Aireen membuat keputusan untuk melamar Adam.

Adam bingung apabila menerima lamaran Aireen kerana jarang dalam adat melayu perempuan meminang lelaki. Adam juga dalam dilema dan rimas apabila Tok Wan sering mendesaknya untuk berkahwin dengan cucu angkat kesayangan Tok Wan iaitu Liyana. Akhirnya, Adam membuat keputusan untuk menerima lamaran Aireen walaupun tidak pernah melihat wajah gadis yg melamarnya itu.

keputusan Adam tersebut telah mengembirakan ahli keluarnya yg mahu melihatnya mendirikan rumah tangga kecuali Tok Wan. Tok Wan sangat marah apabila Adam menolak Liyana dan dia cuba menghalang perkahwinan tersebut namun tidak berjaya.

Perkahwinan Adam dan Aireen sangat bahagia walaupun mereka bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling melengkapi dan saling memahami dalam menjalani fasa baru kehidupan mereka. apabila perkahwinan mereka memasuki bulan ketiga, Tok Wan mula campur tangan dan mempersoalkan kenapa Aireen belum mengandung.

Tok Wan mula mendesak Adam untuk berkahwin dengan Liyana apabila mengetahui Aireen mempunyai masalah untuk hamil tetapi Adam tetap bertegas isterinya cuma Aireen dan tidak akan menduakanya. bengang dengan sikap Adam yg terus membantah keputusannya, Tok Wan mula mencari alternatif lain untuk memisahkan pasangan tersebut. Liyana yg terpengaruh dengan Tok Wan juga turut menghantar sihir untuk menganggu pasangan tersebut.