Malaysian Short Film - Homebound

Malaysian Short Film - Homebound

Hai..sekarang ni mood melayan chinese drama je, memang tak pandang drama korea dah..hehe. yg stressnya melayan chinese drama ni episode panjang sangat so aku stop kejap buka youtube then terjumpa satu filem pendek yg bertajuk Homebound. walaupun filem ini filem Malaysia tapi tak kenal pula pelakon dia siapa tapi best juga layan drama ni plus movie cuma 20 minit, sekejap je tengok dah habis.

Malaysian Short Film - Homebound

Homebound mengisahkan Alan yg pergi ke Cameron Highland untuk mencari ibu kandungnya. sewaktu tiba di sana Alan terserempak dengan Ah Ling yg kebetulan kenal dengan ibunya dan Ah Ling menawarkan diri untuk membawa Alan berjumpa dengan ibu kandungnya.

destinasi Alan satu je iaitu ke tempat ibunya tapi Ah Ling bawa dia pusing satu Cameron Highland siap masuk hutan lagi. kalau aku jadi Alan pun aku mengamuk dengan si Ah Ling ni. apa motif Ah Ling dan berjayakah Alan bertemu dengan ibunya? itu kenalah tengok untuk tahu jawapannya.

Malaysian Short Film - Homebound

cinematograpgy dalam movie ni memang mantap ditambah pula berlatarkan permandangan di Cameron Highland yg cantik memang bestlah layan citer dia. walaupun agak simple dan pendek tapi jalan cerita dia sangat menarik dan ada mesej yg cuba disampaikan melalui filem ini.

2 comments: