Singgah Penang dan Ikea


Hai, Assalamualaikum..

Sabtu lepas sempatlah menyinggah di Penang, memang bukan datang angin pun tapi ada kenduri saudara di sana. alang-alang dah sampai Penang parent aku plan nak tidur semalam di sana, rumah saudara pun tak jauh dalam 20 minit dari terminal feri, Penang Sentral.

selalunya bila pergi Penang akan lalu jambatan, time balik baru tukar mood naik feri tapi kali ini first time aku naik Feri dari Butterworth so feeling dia tak best sangat sebab penat menunggu. sampai terminal dalam pukul 2 tambah cuti sekolah lagi ramai orang so beratur kereta menunggu giliran untuk masuk ke dalam feri. bila sampai hotel dah dekat pukul 4 dan hujan sangat lebat petang tu.


sampai Penang pun memang tak pergi mana tapi orang yg paling bersuka ria dah tentu lah anak buah aku sebab dapat mandi kolam, memang puas la mereka dapat main kolam. pagi sebelum check out pun sempat lagi turun kolam. selepas selesai urusan di hotel terus bertolak ke Ikea Batu Kawan, Penang.

berjalan di Ikea kira best juga sebab tak ramai sangat orang dalam showroom, i guess ramai yg datang sebab nak makan meatball ikea sebab boleh nampak sesak giler manusia kat tempat makan. parent aku pun tak nak makan di ikea sebab malas nak beratur dan tunggu lama kat situ jadinya kami masuk cuci mata tengok perabot yg ada di ikea.

gambar yg sempat snap~


sejam kat dalam tu masing-masing pakat tanya mana pintu keluar, memang dah penat berjalan pastu stress juga mau cari kaunter bayaran. kira lama juga bertawaf kat dalam tu rasanya hampir dua jam. aku tak shopping pun, mak la yg shopping sikit dan abang dan kakak ipar beli 2 rak untuk rumah mereka. nak balik tu full juga belakang alza so berhimpitlah anak buah aku dua orang tu kena duduk belakang sementara nak sampai Alor Setar.

pengalaman first time shopping di ikea kira not bad la, yg best sebab tak ramai sangat orang, nak bayar pun senang tak payah nak bersesak tunggu lama. so next time bolehlah singgah lagi di sini, aku pun ada barang nak beli sebenarnya tapi tengah bajet sekarang ni so cuma boleh cuci mata saja.

5 comments:

  1. lama sgt dh xpegi penang..
    dulu sllu jgk ke sana sbb ade abg kat sana..
    skrg abg pon dh duk teganu mmg pyh la nk ke sana lg.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. kalau tak ada kenduri ni memang tak ada la nak ke sana..hehe

      Delete
  2. Best kalau jalan lengang macam nie.. Tak payah nak bersesak-sesak.. Bahagia je menjamu mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat makan je yg sesak bila masuk tak ramai orang pun. memang bahagialah berjalan kat dalam tu..haha

      Delete
  3. hari tu ke penang, lupa langsung wujud nyer ikea kat penang.
    aduhai.
    if not, boleh singgah jamu mata :)

    ReplyDelete