Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (Astro Ria)

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (Astro Ria)

Drama : Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
Slot : DramaVaganza Astro Ria
Episod : 24
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Uqasha Senrose, Nafiz Muaz, Yusof Bahrin, Elly Mazlein

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Mengisahkan kehidupan Salsabila yg tinggal di kampung bersama ayahnya. Salsabila mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan dia berazam untuk mencari duit bagi membantu ayahnya. namun begitu Salsabila telah dipenjarakan kerana dituduh mencuri duit syarikat.

Kris Al-Hadi pulang ke kampung untuk menjaga datuknya dan juga membantu mengurus ladang milik datuknya. dari situ Kris berkenalan dengan Salsabila dan mula terpikat dengan gadis tersebut. Kris terkejut dengan nasib malang yg menimpa Salsabila dan dia yg mengetahui kisah sebenar cuba mencari jalan  mengeluarkan Salsabila daripada penjara. selepas Salsabila dibebaskan, hubungan mereka semakin rapat dan Kris banyak memberi kata-kata semangat dan membantu Salsabila mendapatkan pekerjaan di ladang datuknya.

konflik semakin memuncak apabila muncul Yasmin seorang pekerja baru di ladang tersebut yg mempunyai agenda tersendiri. Yasmin ialah tunang kepada Khairyl (abang Kris) yg dihantar oleh Khairyl untuk mencuri duit ladang. pelbagai helah dilakukan Yasmin termasuk cubaan menjerat Kris dengan mendakwa Kris melakukan perkara tidak senonoh kepada dirinya.

1 comment: