Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang
Kredit: Google

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadan, gigih juga tengok resepi cari idea nak masak untuk berbuk nanti. lama tak update blog ni so sis nak simpan resepi yang best kat sini.

Antara kesukaan aku, sambal ikan bilis kentang. cara nak buat sebenarnya simple dan sedap. Selain makan dengan nasi boleh juga cicah dengan roti tapi lagi best bila makan saja.

Bahan-Bahan: 

  • 2 biji kentang
  • Segenggam ikan bilis
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  •  Cili kering

Cara Membuatnya:

  1. Kupas kulis kentang dan hiris nipis-nipis. Kemudian goreng kentang dan ikan bilis sehingga garing.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kisar agak-agak la nak letak banyak mana. Dengan minyak menggoreng tadi tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
  3. Bila sambal sudah pekat, masukkan gula dan air asam jawa.
  4. Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan gaulkan ikan bilis kemudian masukkan kentang goreng tadi. Kerap kacau dan gaul sehingga semua bahan-bahan sekata.


Post a Comment

3 Comments

  1. sedapnya...ni makan dengan nasi panas-panas. bertambah nasi ooo

    ReplyDelete
  2. Hari tu dah cuba goreng kentang, tempe dan ikan bilis. Sudahnya tak disambal because I failed bab sambal. Haha

    ReplyDelete