When I See You Again


Drama ini mengenai cinta pertama antara You Qian dan An Xi disebabkan peristiwa buruk 10 tahun yg lepas You Qian telah berubah dan menjadi seorang yg berjaya dalam hidupnya. Selepas 10 tahun dia telah kembali ke kampungnya dan berjumpa dengan An Xi. apa yg pasti An Xi langsung tidak ingat pada You Quan. You Quan menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam kepada An Xi.

Apabila selalu bersama An Xi, You Qian berasa keliru kerana baginya An Xi yg diingatinya dulu seorang yg kejam, pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasanan orang lain tetapi An Xi yg dikenalinya sekarang adalah seorang yg baik hati dan suka menolong orang lain walaupun dirinya ditimpa kesusahan namun perkara yg menjadi persoalan kepada You Qian ialah mengapa An Xi berlaku kejam kepadanyanya 10 tahun yg lalu.

Jasper Liu
Xia You Qian

Mandy Wei
An Xi


Plot drama ini pada awalnya sangat menarik ditambah pula dengan hero yg hensem memang satu bonuslah tetapi untuk 20 episod bagi aku jalan cerita  dia slow, sangat slow. aku banyak fast foward juga kat tengah cerita ni sebab isunya sama je pusing-pusing asyik cakap pasal benda yg sama. kalau dipendekkan episod sikit dan buang scene merapu maybe drama ini akan jadi lagi menarik. 

Review Drama Korea: Signal (2016)

Review Drama Korea: Signal (2016)

Title : Signal
Release Date : 22 January 2016
Episode : 16
Genre : Mystery, Thriller, Sci-fi
Cast : Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, Jo Jin Woong, Kim Won Hae, Lee Yoo Joon, Jang Hyun Sung, Jung Han Bi, Kim Min Gue

SYNOPSIS:
Fifteen years ago, a young girl was kidnapped on the way from school, and Park Hae Yeong, who was an elementary school student at that time, witnessed the crime. A few days later, the girl was found dead, and the police were not able to find the culprit. As time went by, Hae Yeong started distrusting the police. 

Fifteen years later, Hae Yeong is now a police officer and criminal profiler. One day, he finds a walkie-talkie that allows him to get in contact with Detective Lee Jae Han who is in the past. Police officers Hae Yeong, Jae Han, and Cha So Hyun then set out on a journey to solve cold cases.

Lee Je Hoon

Park Hae Young seorang anggota polis dan criminal profiler. Suatu Park Hae Young terjumpa walkie talkie yang memboleh dia berhubung dengan detective dari masa lalu seterusnya menyelesai cold case dan menyiasat tentang perkara sebenar yg berlaku kepada abang dia.

Review Drama Korea: Signal (2016)
Kim Hye Soo

bagi aku Kim Hye Soo really do a great job as Cha Soo Hyun. 15 tahun yang lepas, Cha Soo Hyun seorang detektif baru yang clumsy tapi in present, dia seorang detektif yang tegas dan berani. best tengok acting dia.

Review Drama Korea: Signal (2016)
Cho Jin Woong

Lee Jae  Han is a detective dari masa lalu yang dapat berhubung dengan Park Hae Young melalui walkie talkie untuk meyelesaikan cold case. Dia sangat berani untuk mencari kebenaran dan tidak takut dengan pihak atasan yang menghalang dia dari menyiasat.

Review Drama Korea: Signal (2016)

Kisah bermula apabila Park Hae Young terjumpa walkie talkie lama yang boleh berhubung dengan Lee Jae Han dari masa lalu untuk memberitahu dia tentang mayat yang dijumpa di sebuah hospital terbiar. 

pada mulanya Hae Young tidak percaya dan cuba menyiasat untuk membuktikan tidak bermimpi tentang walkie talkie tersebut berfungsi, dan perkara yang disampaikan oleh LJH adalah benar. dia menjumpai rangka yang mana identitinya adalah suspek kes pembunuhan yang berlaku 15 tahun yang lalu.

Kejayaan menyelesaikan kes tersebut menyebabkan Park Hae Young ditempatkan dalam pasukan baru yang ditubuhkan untuk menyiasat semula cold case. Cha Soo Hyun dilantik sebagai ketua pasukan. dalam masa sama Hae Young cuba mencari maklumat mengenai Lee Jae Han  tetapi  tiada maklumat detektif tersebut pada tahun 2015 yang didapati hilang pada tahun 2000.

Review Drama Korea: Signal (2016)

drama ini berlaku pada tahun 2015, pada masa yang sama Park Hae Young berhubung dengan Lee Jae Han dari masa lalu tapi timeline LJH sering berubah-ubah.

mula-mula keliru juga sebelum terbiasa dengan jalan ceritanya. plot drama ni best dan banyak plot twist yang berlaku. setiap kali mereka cuba mengubah masa lalu mesti akan memberi kesan pada masa depan sama ada keadaan bertambah baik atau buruk.

contohnya bila mereka cuba menyelamatkan seseorang dari masa lalu kemungkinan besar orang lain pula yang akan menjadi mangsa keadaan.

Review Drama Korea: Signal (2016)

setiap episode bertambah saspen dan menarik, banyak persoalan yang dibangkitkan seperti siapa sebenarnya Lee Jae Han? bagaimana dia boleh hilang dan adakah dia masih hidup di tahun 2015? kalau masih hidup di manakah Lee Jae Han.

seriusly drama ni wajib masuk dalam list dan maybe antara best drama in 2016. aku bukan peminat drama thriller tapi drama ni buat aku  rasa tak menyesal pun tengok

P/S: ending yg tak macam ending buat akak xboleh nak move on..huhu

PTPTN Penstrukturan Semula.


dapat surat cinta dari PTPTN terus hati berdebar, risau nama kena blacklist. bukan tak nak bayar, hutang tetap kena bayar masalahnya belum bekerja. bila dapat surat baru la kenal jalan nak masuk PTPTN kan, aku pergi pejabat yg kat UTC. pergi awal pagi takde orang, amik nombor terus jumpa pengawai yg bertugas. so citer la tentang masalah aku, pasal surat amaran yg aku dapat tu. lepas habis sesi luah masalah tu, pegawai tu bagitahu apa yg aku kena buat. firstly dia bagitahu jumlah tunggakan aku.

dalam hati terus cakap perghhh banyak juga tapi memang lama juga aku tak bayar, aku pinjam time diploma minta penanguhan nak sambung degree dan habis degree menganggur pula. nasib baik la degree aku tak minta PTPTN, sebab malas nak tambah hutang aku terus terang kat ayah aku dan cakap duit diploma dulu ada lagi. so zaman degree memang zaman yg pokai kena banyak jimat tapi lega sebab hutang aku tak sebanyak member yg lain.


ok berbalik discussion dengan pengawai tadi, dia cakap aku kena selesaikan dulu tunggakan untuk mengelakkan nama masuk dalam CCRIS. aku cakap la aku tak bekerja sekarang dan memang takde duit nak bayar tunggakan tu. jadi dia suruh aku buat Perstrukturan Semula. nampak muka aku yg tengah blurr pasal Perstrukturan Semula terus pengawai tu explain. Perstrukturan semula ni dia akan buat jadual baru berapa yg kita kena bayar tiap bulan. jumlah yg nak bayar tu boleh berunding ikut kemampuan kita.

habis sesi discussion, dia bagi borang untuk diisi dan juga prepare benda ni:

  1. kena bayar duit 3 bulan pertama baru boleh proceed buat Perstrukturan Semula contoh kalau dalam sebulan kena bayar RM100 so 3 bulan = RM300 
  2. tak kerja takde la slip gaji jadi bagi penyata KWSP. 
  3. dua keping setem hasil RM10.
bila dah selesai prepare dokumen yg dia nak, aku pergi balik PTPTN. macam biasa ambil nombor dan tunggu dipanggil. nasib baik dapat pengawai yg sama juga tak payah nak citer panjang lagi dia terus proses dokumen aku. kemudian dia print dan bagi semula satu salinan dokumen untuk tandatangan alaa macam first time kau apply PTPTN ni so paham-paham je la banyak mana kertas nak kena sain.

selesai semua pengawai ptptn bagi satu salinan untuk kita simpan dan aku boleh mula bayar lepas 3 bulan, selepas tu tak boleh miss bayar setiap bulan. Pengawai tu siap bagi nasihat lagi jangan miss bayar lepas ni takut nanti tunggakan banyak balik. so, aku hanya mampu berdoa dan berjanji dalam hati moga istiqamah bayar hutang ptptn lepas ni.

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)

Title : Cheese In Trap
Release Date : 4 January 2016
Episodes : 16
Genre : Romance, Life
Cast : Kim Go Eun, Park Hae Jin, Seo Kang Joon, Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk, Park Min Ji

SYNOPSIS:
Hong Seol and Yoo Jung attend the same college but they couldn't be more different. Seol is a poor, unpopular student with no money, while Jung is rich, well-liked, extremely smart, and popular but he harbors a dark side.

Seol just want to get through her college career quietly but finds herself getting caught up in whatever Jung drags her into. Even stranger, an unlikely alliance is forged between these two classmates from opposite sides of the track.

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)
Park Hae Jin sebagai Yoo Jung

Anak orang kaya, hensem, diminati ramai tapi ramai orang tak tahu dia ni psiko dan sangat misteri. sebab Jung sangat misteri aku pun jadi penasaran nak tahu pasal dia. first episod aku rasa mamat ni macam ada aura pembunuh upahan buat akak rasa meremang je bulu roma ni wei..aiyooo~ 

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)
Kim Go Eul sebagai Hong Seol

Seol pula pelajar biasa, muka pun biasa-biasa, lebih pentingkan study tapi dia seorang  yang boleh nampak sisi gelap Jung. Disebabkan dia seorang yang perasan ada benda tak kena dengan Jung so dia selalu mengelak dari Jung bila tiada siapa yang percayakan dia.

Walaupun Kim Go Eun tak cantik macam heroin korean yang lain tapi dia sesuai sangat bawa watak Hong Seol, comel kot dengan rambut curl tu lagi.

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)

MY REVIEW:
First episode macam seram sikit sebab Seol selalu fikir Jung tu mamat psiko. tapi next episode tu dah makin menarik bila Jung selalu cuba mendekati Seol, ajak Seol keluar makan tapi Seol selalu juga menolak.

kalau orang yang selalu tak pandang kau, ignore kau tetiba jadi peramah ajak makan mestilah pelik dan menakutkan maybe itu kot feeling Seol time tu.

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)

Bila Seol dan Jung jadi couple, alahai comel pula tengok dua orang ni. Jung memang sangat take care semua hal mengenai Seol, orang lain pun tak dapat layanan istimewa macam ni.

so bila someone mistreat seol we can see how the jung's dark side will manage them. i really love this couple seriusly walaupun something wrong dengan jung..hmmm

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)

jalan cerita dia best sebab tak serabut sampailah di pertengahan cerita ke ending, aku jadi confius siapa hero dia sebab direction drama ni lebih fokus pada watak Baek In Ho and his crap piano story. actually watak dia not too bad tapi sebab terlalu banyak scene dari hero buat aku menyampah.

Review Drama Korea: Cheese in the Trap (2016)

Bora dan Eun Taek pula kawan baik Seol di universiti yang sentiasa bersama Seol. suka tengok couple ni sebab mula-mula tu mereka macam teman tapi mesra tapi bile Eun Taek suka orang lain, barulah Bora cemburu dan sedih kalau tidak langsung tak layan member tu.

Overall, best juga tapi tak suka ending dia. ntahlah maybe kena cari webtoon kot sebab ramai yang cakap webtoon dia best dan versi drama ni dah lari banyak dari cerita asalnya.

Review Drama Korea: One More Happy Ending (2016)

Review Drama Korea: One More Happy Ending (2016)

Title : One More Happy Ending
Release Date : 20 January 2016
Episodes : 16
Genre : Romance, Comedy
Cast : Jang Nara, Jung Kyung Ho, Yoo Da In, Kwon Yool, Yoo Inna, Seo In Young, Kim Tae Hoon, Hwang Sun Hee, Ahn Hyo Seop, Sandara Park

SYNOPSIS:
Drama series despicts the story of marriage, remarriage and divorce. Han Mimo was once idol group member but she now works as representative of a remarriage consulting business. She gives honest answer to her customers who hope to remarry. Song Soo Hyuk is a single father, good looking reporter and very good at his job. One More Happy Ending will deal with the stories of the divorced, who dream of becoming happy one more time

My Review:
tipikal drama korea tapi layan dua episod pertama memang kelakar, berdekah aku tengok drama ni. scene yang tak tahan bila Han Mimo lakonan Jang Nara dengan yakinnya rasa BF dia nak melamar dia sekali melamar musuh ketat dia. aduh sakit betul feeling tu. pastu Mimo mabuk dengan Song Soo Hyuk (Jung Kyung Ho) sampai decide nak kahwin.

Review Drama Korea: One More Happy Ending (2016)

jalan cerita makin menarik apabila Mimo tiba-tiba meluahkan perasaan pada Dr Goo Hae Joon (Kwon Yool).

sejujurnya sebagai perempuan tipulah kalau kau tak jatuh cinta pandang pertama dengan doktor ni seriusly dah la hensem, sweet and charming tap itulah muka hensem pun tak menjamin masa depan. doktor ni ibarat kau boleh admirer dari jauh bila dah dekat BOSAN..haha

Review Drama Korea: One More Happy Ending (2016)

masalah Song Soo Hyuk ni dia lambat menyedari perasaan sendiri pastu timing dia selalu tak kena. tapi Soo Hyuk ni sangat caring, sikap itu jugalah yang menyebabkan Mimo sedar kewujudan Soo Hyuk sampai confuse sama ada dia suka Soo Hyuk atau doktor muka hensem tu.

Review Drama Korea: One More Happy Ending (2016)

Mimo sebenarnya pernah menjadi anggota kumpulan Angels yang terkenal suatu ketika dahulu sebelum kumpulan ini berpecah dan bawa haluan masing-masing. Selain kisah Mimo terselit juga kisah cinta kawan baik Mimo yang pernah join Angels juga.

Review Drama Korea: One More Happy Ending (2016)

One More Happy Ending sebuah drama ringan yang santai dan barisan pelakonnya memang best bawa watak masing-masing. chemistry antara Jang Nara dan Jung Kyung Ho nampak mantap dan comel. overall sangat enjoy untuk hiburan santai.

Intro


Assalamualaikum..

saja buat blog baru, rasanya blog lama macam dah malas nak update. rasa serabut je tgk blog tu iyelaa blog tu lebih kepada meluah perasaan ntah apa-apa..
zaman remaja purba biasala..hehe

so, malas nak emo bagai kat sini nak update benda yg saya suka kat sini..
AZAM BARU

well, maybe dengan blog baru ni datang mood nak menulis..
berharap

Sekian..