PTPTN Penstrukturan Semula.


dapat surat cinta dari PTPTN terus hati berdebar, risau nama kena blacklist. bukan tak nak bayar, hutang tetap kena bayar masalahnya belum bekerja. bila dapat surat baru la kenal jalan nak masuk PTPTN kan, aku pergi pejabat yg kat UTC. pergi awal pagi takde orang, amik nombor terus jumpa pengawai yg bertugas. so citer la tentang masalah aku, pasal surat amaran yg aku dapat tu. lepas habis sesi luah masalah tu, pegawai tu bagitahu apa yg aku kena buat. firstly dia bagitahu jumlah tunggakan aku.

dalam hati terus cakap perghhh banyak juga tapi memang lama juga aku tak bayar, aku pinjam time diploma minta penanguhan nak sambung degree dan habis degree menganggur pula. nasib baik la degree aku tak minta PTPTN, sebab malas nak tambah hutang aku terus terang kat ayah aku dan cakap duit diploma dulu ada lagi. so zaman degree memang zaman yg pokai kena banyak jimat tapi lega sebab hutang aku tak sebanyak member yg lain.


ok berbalik discussion dengan pengawai tadi, dia cakap aku kena selesaikan dulu tunggakan untuk mengelakkan nama masuk dalam CCRIS. aku cakap la aku tak bekerja sekarang dan memang takde duit nak bayar tunggakan tu. jadi dia suruh aku buat Perstrukturan Semula. nampak muka aku yg tengah blurr pasal Perstrukturan Semula terus pengawai tu explain. Perstrukturan semula ni dia akan buat jadual baru berapa yg kita kena bayar tiap bulan. jumlah yg nak bayar tu boleh berunding ikut kemampuan kita.

habis sesi discussion, dia bagi borang untuk diisi dan juga prepare benda ni:

  1. kena bayar duit 3 bulan pertama baru boleh proceed buat Perstrukturan Semula contoh kalau dalam sebulan kena bayar RM100 so 3 bulan = RM300 
  2. tak kerja takde la slip gaji jadi bagi penyata KWSP. 
  3. dua keping setem hasil RM10.
bila dah selesai prepare dokumen yg dia nak, aku pergi balik PTPTN. macam biasa ambil nombor dan tunggu dipanggil. nasib baik dapat pengawai yg sama juga tak payah nak citer panjang lagi dia terus proses dokumen aku. kemudian dia print dan bagi semula satu salinan dokumen untuk tandatangan alaa macam first time kau apply PTPTN ni so paham-paham je la banyak mana kertas nak kena sain.

selesai semua pengawai ptptn bagi satu salinan untuk kita simpan dan aku boleh mula bayar lepas 3 bulan, selepas tu tak boleh miss bayar setiap bulan. Pengawai tu siap bagi nasihat lagi jangan miss bayar lepas ni takut nanti tunggakan banyak balik. so, aku hanya mampu berdoa dan berjanji dalam hati moga istiqamah bayar hutang ptptn lepas ni.

No comments:

Post a Comment