Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Title : Koinaka (Love Relationship)
Release Date : 20 July 2015
Episodes : 9
Genre : Romance, Melodrama
Cast : Fukushi Sota, Honda Tsubasa, Nomura Shuhei, Nakano Taiga, Ohara Sakurako, Ichikawa Yui

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Mengisahkan Miura Aoi dan Serizawa Akari yang berkawan baik sejak kecil. Aoi sudah lama menyukai Akari tapi tidak pernah meluahkan perasaannya.

Suatu hari, seorang pelajar baru bernama Aoi Shota berpindah ke sekolah mereka. Walaupun mempunyai nama yang sama, personaliti mereka berbeza. Shota lebih suka bersendirian tapi kemudiannya berkawan baik dengan Aoi dan Akari.

Selepas tamat sekolah, keluarga Akari jatuh bankrupt dan Akari tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang pesan .

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Tujuh tahun kemudian, Aoi bekerja sebagai arkitek dan menetap di Tokyo. tiba-tiba dia menerima kunjungan Shota yang sudah lama tidak bertemu.

Namun berita yang mengejutkan Aoi adalah bila mengetahui Akari yang menhilang dulu kini telah menjadi kekasih Shota. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

chemistry antara Aoi dan Akari memang best nampak sangat natural tapi masalahnya jalan ceritanya slow sangat. sebenarnya mereka saling mencintai tapi tak berani nak confess. bagi hint kat kawan tu pastu nak suruh kawan faham sendiri, memang sayonara je lah..

aku tak berapa suka sangat dengan si Shota ni sebab annoying. dari awal lagi Shota tahu Aoi dan Akari saling menyimpan perasaan so mula-mula tu dia nak tolong juga tapi bila sedar yang dia pun ada perasaan pada Akari terus berubah watak jadi jahat. nyampah!

tapi watak lain memang best, sangat supportive. kalau tak ada supporting cast memang drama ni akan jadi krikk krikk. overall bolehlah nak layan lagi pula aku tengok drama ni sebab hero dia..haha

1 comment:

  1. Terima kasih kongsi.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete