Death Note: Light Up The New World


SIPNOSIS
10 years has passed since the confrontation between Kira and L. Again, Shinigami sends death notes to the ground and due to this, the world soon falls into chaos. Mishima is a member of the Death Note special task force team with 6 other investigators including Matsuda who experienced the Kira case of 10 years ago.
Mass murders caused by the death note takes place on Wall Street in the U.S., Shibuya in Japan and other places. World famous private investigator Ryuzaki, who is the rightful successor of L, also investigates the mass murders. They discover that 6 death notes exist in the world.
A computer virus called Kira spreads in the world. A message in the Kira virus says to turn in 6 death notes. A person who has 6 death notes overwhelm the world. The confrontation begins between the person who wants Kira’s revival and the people who want to stop it.


REVIEW

Death Note: Light Up The NEW World adalah sequel dari filem Death Note 2 yg diterbitkan pada 2006. kalau belum pernah layan movie atau tak pernah layan manga/anime Death Note maybe susah sikit nak paham jalan cerita filem ni.


selepas 10 tahun pertembungan antara Kira dan L, King of Death nak mencari pengganti Kira dan dia turunkan 6 buah Death Note ke bumi. bila death note ni sampai ke tangan manusia dunia pun jadi kelam kabut, ada yg mahu menjadi seperti Kira dan ada yg guna untuk kepentingan diri sendiri. Mishima bergabung tenaga dengan Ryuzaki untuk mencari siapa Kira dan juga mengumpulkan kesemua death note yg ada.


antara watak yg kekal dari filem asal ialah Reaper Ryuk, Misa Amane dan juga Matsuda. aku pun tak ingat pasal watak matsuda ni..haha tapi part Misa dan Matsuda ni agak sedih dalam filem ini. 


banyak juga persoalan dalam filem ni yg masih buat aku blur. dari awal dorang nak kumpulkan kesemua 6 death note tapi bila kesemua tu dapat dikumpulkan apa yg akan berlaku. ok. memang tak berapa nak paham tapi plot twist dalam filem ni memang unexpected betul. seriusly tak sangka tentang identiti sebenar pengganti Kira. ending memang agak sedih tapi tak pasti apa yg berlaku pada watak Mishima. ada sambungan ke?

Death Note: New Generation


Death Note: New Generation ini merupakan siri pengenalan untuk watak utama yg akan muncul dalam filem terbaru Death Note iaitu Death Note: Light Up the New World. dalam miniseries New Generation ini juga dipecahkan kepada tiga episode yg mana akan fokus pada tiga watak utama.

Episode 1: Mishima's Chapter : Rebith


Tsukuru Mishima dipilih untuk menyertai pasukan penyiasatan Death Note. Sebelum menyertai pasukan ini Mishima tidak tahu langsung mengenai death note. selepas mengkaji tentang death note, dia begitu obsess dengan death note sehingga digelar Death Note otaku oleh rakan sekerjanya. Rebirth juga  merujuk kepada Kira's return.

Episode 2: Ryuzaki's Chapter : Dying Wish


Episode ini pula fokus kepada watak Ryuzaki seorang penyiasat terkenal. Ryuzaki juga merupakan successor kepada L.

Episode 3: Shien's Chapter : Fanataticism


Yuki Shien ialah cyber-terrorist.  dalam episode ini lebih fokus kepada shien dan trauma yg dihadapinya dan kenapa dia mahu menjadi seperti Kira.



Death Note New Generation merupakan sequel kepada filem Death Note 2: The Last Name (2006). New Generation adalah miniseries yg diterbitkan untuk memudahkan penonton lebih faham dengan plot cerita dalam Death Note: Light Up The New World.

Filem Death Note:
  1. Death Note (2006)
  2. Death Note 2: The Last Name (2006)
  3. Death Note L: Change the World (2008)
  4. Death Note: New Generation (2016)
  5. Death Note: Light Up the New World (2016)
filem Death Note ini sebenarnya diadaptasi dari manga Death Note yg diterbitkan pada 2003 hingga 2005. Manga yg ditulis oleh Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata ini mendapat sambutan yg hebat dari peminatnya sehingga diterbitkan dalam versi anime, video game, live action filem dan drama.

Review Novel | Manisnya Souffle by Dila Dyna


Novel : Manisnya Souffle
Penulis : Dila Dyna
Muka Surat : 576
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : April 2017


SIPNOSIS

Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I’m the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” – Zafeeq

“You… did you just talk back to me?!” – Mia

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….

“Kita berpisah.” – Zafeeq

“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.

“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan


REVIEW

novel ni tak terlalu berat, tak terlalu banyak konflik yg annoying. banyak kisah yg berlaku dalam hidup Mia untuk buat watak dia makin kuat dan berubah untuk jadi lebih baik. dari anak orang kaya yg berlagak diva dia berubah jadi seorang yg lebih tabah dan berdikari. 

watak Zaf pula seorang yg low profile dan kerana kerjayanya sebagai chef, Zaf sering diperlekeh oleh Mia walaupun hakikatnya yg Mia tak tahu keluarga Zaf juga setaraf keluarga Mia. banyak babak-babak gaduh sweet mereka sebelum kedua-duanya mengaku cinta dan ada juga gangguan dari orang ketiga tapi itu antara penyebab hubungan mereka bertambah rapat.

kisah mereka lepas berkahwin aku rasa meleret dan bosan sedikit. mungkin disebabkan terlalu fokus kepada hubungan mereka berdua kalau nak dibanding sebelum berkahwin banyak watak yg mainkan peranan untuk menyerikan penceritaan dalam novel ni. apa-apa pun still enjoy layan novel ni.

Drama Turki | Magnificient Century (Astro Prima)

Drama Turki | Magnificient Century (Astro Prima)

Magnificient Century (Muhtesem Yuzyil) sebuah drama baru dari turki yg sedang ditayangkan di Astro Prima jam 7.00 malam bagi menggantikan drama Filipina, Pengako Sayo. 

Drama ni dah sebulan rasanya tayang di Astro tapi aku tak pernah ikut. bila terbuka je drama ni kat tv mesti tengok part perang, masuk hutan. tak rasa menarik sangat dan hari ini baru dapat tengok banyak sikit sebab macam best pula episode hari ni.

Episode hari ini yg aku tengok, kisah sultanah muda nama Hurrom (betul kot nama dia kalau tak salah la) yg tengah mengandung termakan racun jadinya kecoh satu istana. Sultan Sulaiman ni aku tak tahu lah berapa ramai bini dia tapi dia memang sayang sangat dengan bini muda bernama Hurram ni. 

orang kuat Sultan Sulaiman iaitu Ibrahim menyiasat siapa yg bertanggungjawab dalam kes ni dan dapat tahu Sultanah pertama yg jadi dalangnya. bila sampai kat pengetahuan Sultan Sulaiman terus murka dan mahu ceraikan sultanah pertama.

walaubagaimanapun baginda tak sampai hati nak jatuhkan hukuman bila terdengar Sultanah bercakap dengan anak mereka, Mustafa dan sultanah juga ibu kepada anaknya. 

untuk tutup kes ini, Ibrahim cuma jalankan hukuman kepada orang suruhan yg buat kerja racun  dan Ibrahim juga bagi amaran kepada sultanah supaya tak ulang lagi benda ni sebab taku nanti susah dia nak protect Mustafa pada masa hadapan.

Hurram pula terselamat daripada racun tersebut tapi tak berapa puas hati cara Ibrahim siasat kes ini. Hurram cuba hasut Sultan Sulaiman untuk hukum Ibrahim tapi Sultan malas nak layan. orang kepercayaan dia kot takkan senang-senang dia nak hukum tanpa ada bukti kukuh.

aku pun tak tahu siapa yg baik dan jahat dalam drama ni. ingatkan Sultanah muda ni baik tapi macam ada agenda sendiri pula.

Drama Turki | Magnificient Century (Astro Prima)

SINOPSIS

Magnificent Century (Turkish: Muhteşem Yüzyıl) is a Turkish Soap Opera based on the life of Süleyman the Magnificent, the longest reigning sultan of the Ottoman Empire.

After the death of his father, Sultan Süleyman is called to reign over the ever-expanding Ottoman Empire at 26 years of age. He resolves to uphold the justice of the law and make the Ottoman Empire greater than it has ever been.

Thus begins his romance with Hürrem, a Crimean concubine in his harem. Originally named Aleksandra Lisovska she was transported to his palace in Istanbul along with other slaves for his harem. The bold woman detests the people who captured and sold her, resisting her captors and wishing to follow her deceased family in death, until she falls in love with the Sultan.

However, this earns her the ire of Mahidevran Sultan, mother of Süleyman’s firstborn son, and Pargalı İbrahim Paşa, the Sultan’s closest advisor and right hand man.

The show begins with Süleyman’s ascension to authority, but the focus of the series are the workings and intrigue of the Sultan’s inner circle and the rivalries between members of the household. The budding romance between İbrahim and Hatice, Süleyman’s sister, the rivalry between concubines and heirs and the manipulations taking place behind the scenes.

Suspicious Partner



Noh Ji-Wook seorang Prosecutor dan Eun Bong-hee pelajar undang-undang yg menjalani praktikal di bawah Ji Wook. disebabkan mereka berdua pernah bertemu sebelum ini dan terdapat salah faham, hubungan mereka jadi tidak begitu baik dan kerana itu juga Ji Wook selalu membuli Bonghee di tempat kerja.

Bonghee baru sahaja putus dengan teman lelakinya dan sering mengugut untuk membunuh lelaki itu. Suatu malam, bekas teman lelakinya telah mati dibunuh di rumahnya dan Bonghee dituduh sebagai pembunuh.

Ji Chang Wook
Noh Ji Wook

Nam Ji Hyun
Eun Bong Hee

Ji Wook yg terpaksa mengambil kes tersebut sebagai Prosecutor berada dalam dilema kerana dia percaya Bonghee bukan pembunuh tapi disebabkan bekas teman lelaki Bonghee anak orang berpengaruh, dia diberi pilihan sama ada menyumbat Bonghee ke dalam penjara atau mengorbankan kerjayanya.

Walaupun terdapat pihak yg cuba memanipulasi kes tersebut, Jiwook tidak dapat menyembunyikan fakta sebenar yg Bonghee tidak bersalah. Jiwook mengugurkan dakwaan ke atas Bonghee dan terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai prosecutor.


Sebenarnya aku baca sipnosis dia kat wiki tak berapa nak paham, dia tulis pembunuh tu amnesia, aku tengok normal je..hahaha tak tahulah mungkin tak terungkap lagi misteri pasal pembunuh dia.


nak cakap drama ni berat sangat takde la, ada happy, ada sedih, ada triller macam drama Strong Woman Do Bong Soon bukan terlalu fokus pasal pembunuh sangat. suka tengok part Ji Wook dan Bonghee, comel je selalu tak sebulu tapi tang part pembunuh tu ntah la macam malas nak tengok.


drama ni baru tayang 8 episode so aku pun tak tahu nak cakap best ke tidak so far aku rasa best bila tengok Ji Wook dan Bonghee comel je diorang dua dan comel je tengok Ji Wook. bila tengok Suspicious Partner feel dia macam aku tengok drama Strong Woman Do Bong Soon. suka tengok main couple tapi kat part misteri tu tak berapa suka sangat maybe aku dah penat tengok kdrama yg tak habis pasal pembunuhan.

Review Lakorn: Jao Sao Rim Tang (2010)

Review Lakorn: Jao Sao Rim Tang (2010)

Title : Jao Sao Rim Tang
English Title : Roadside Bride
Release Date : 5 November 2010
Episodes : 10
Cast : Poo Praiya, Salamonay Stephan, Ratree Wittawat, Prae Emery

Alkishanya Akrin anak orang kaya dan playboy terkenal yang tidak suka mempunyai komitmen dalam perhubungan. masalahnya dia kena kahwin jika nak mewarisi syarikat milik keluarganya.

Akrin ada ramai teman wanita tapi tiada seorang pun yang dia rasa sesuai untuk dijadikan isteri sehinggalah dia bertemu dengan Rasa, yang tak tergedik-gedik macam perempuan lain bila nampak dia so Akrin buat tawaran sebanyak 2 million jika Rasa setuju untuk menjadi isterinya 

Pada mulanya Rasa menolak tapi disebabkan dia memerlukan duit untuk membayar kos rawatan ibunya yang sedang sakit terus Rasa menerima tawaran daripada Akrin.

Review Lakorn: Jao Sao Rim Tang (2010)

actually tengok drama ni sebab hero dia hensem sangat wei, gigih juga tengok sampai habis sebab hero dia..hahaha. Stephan ni memang sesuai bawa watak sebagai Akrin dipadankan pula dengan heroin dia yang comel nampak sangat serasi.

tapi komen jujur dari aku. baca sinopsis dia nampak menarik tapi alahai cerita macam minta maki sorang-sorang. paling annoying scene gaduh, aduyai perempuan dalam drama ni bergaduh boleh tahan dahsyat juga kalah lelaki wei. tak tahulah berapa banyak scene bergaduh boleh dikatakan setiap episod ada je yang kena pelempang. kalau drama melayu macam tu mau ada yg kena saman.

paling menyampah dengan heroin dia, memanjang kena buli dengan mak tiri pastu bukan reti nak melawan dan pertahankan diri sendiri kerjanya asyik menangis je, dan lagi satu tak habis jadi mangsa lelaki gatal. ntah tak fahamlah aku dengan heroin lemah gini macam merelakan diri orang buat jahat kat dia.

Review Lakorn: Jao Sao Rim Tang (2010)

so kesimpulannya, nak layan drama ni bolehlah, dapat tengok hero hensem tapi kalau takde mood better jangan tengok bikin stress je lebih..haha

Review Novel | Mr Dud Next Door by Aisya Rihanna


Novel : Mr Dud Next Door
Penulis : Aisya Rihanna
Muka Surat : 845
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Mei 2016


SIPNOSIS

Nur Julia Arina ialah seorang gadis biasa. Dia mendambakan cinta daripada seorang lelaki kaya. Keadaan dirinya menjadi kacau apabila kakak kandungnya sendiri bersuamikan seorang jurutera dan kerap menghinanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai teman lelaki. Disebabkan itu, api cinta yang datang mula tumbuh kepada duda di sebelah rumahnya dibuang jauh-jauh.


Kota raya Kuala Lumpur menyaksikan pertemuan semula Julia Arina dan Mr. Dud pokai yang dihindarinya. Identiti sebenar lelaki itu kini terbongkar. Mr. Dud pokai itu adalah Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar. Ops, malunya Julia. Apa yang romantiknya, cinta lelaki itu tetap kudus untuk Julia.


Bahagia itu tidak datang bergolek tanpa dugaan. Cinta tiga segi di antara Adam Zafran, Adam Haykal dan Nur Julia Arina membuat ketiga-tiganya merana. Mana mungkin Adam Haykal mengaku kalah kepada abang kandung yang dibencinya. Dan Julia pula, bertahankah dengan hasad dengki kakak kandung sendiri?


REVIEW

kalau nak komen pasal novel memang panjang berkarang benda yg tak berapa nak berkenan di hati so dipendekkan cerita, terlalu klise dan aku rasa aku tak berapa ngam dengan gaya penulisan penulis. rimas sebenarnya dengan watak heroin ni. terpaksa gagahkan diri dan berjaya juga habiskan novel ni dengan speed yg paling laju.

Green Forest My Home


Sipnosis:

The series is set in the fictional Royal Spencer Academy of Music. Sophie is a wealthy girl. Luoshan is the daughter of Sophie's parents' chauffeur. When Luoshan's father dies in an accident while driving drunk, she is adopted by Sophie's family and takes the name Susan instead of Luoshan. Thereon, Susan plans to take whatever Sophie has.


Drama taiwan ini dah lama sebenarnya, aku rasa tengok zaman sekolah dulu masa tu memang tengah giler dengan drama taiwan kat tv. kebetulan terjumpa drama ni di youtube saja cuti-cuti pulun tengok drama ni. aku tak ingat sangat jalan citer dia tapi boleh ingat drama Green Forest My Home ni sebab hero dia.

Kisah mengenai Sophie yg pulang dari luar negara untuk mengajar di sebuah sekolah muzik terpencil di Green Forest. Sophie sangat sayangkan Green Forest kerana banyak kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya di situ. beza pula dengan Susan yg mengajar di sekolah muzik elit yg terkenal iaitu Spencer. Susan ialah anak angkat keluarga Sophie tapi bila tengok cara parent Sophie layan Susan ni geram pula sebab Susan ni mengada-gada sangat dan macam Sophie ni pula  anak tiri dan selalu kena mengalah dengan Susan.

Konflik terjadi bila William pulang ke Taiwan. sewaktu kecil William pernah jumpa Sophie tapi tak sempat tahu nama Sophie dan kerana satu kejadian berlaku William berjanji akan menjaga dan melindungi Sophie selama-lamanya. Dan bila William pulang ke Taiwan dia ingat Susan tu budak perempuan yg dia jumpa waktu kecil dan melamar Susan jadi teman wanitanya. kesian juga kat Sophie kecewa dan makan hati tapi terpaksa mengalah sebab pikir Susan tu kakak dia. Hubungan Willian dan Sophie juga tidak baik kerana Susan selalu jadi batu api antara mereka.

Dalam drama ni berlaku cinta tiga segi antara William, Sophie dan Owen. Owen ialah kawan baik Sophie sejak dari kecil. bila tahu Sophie ni sebenarnya suka pada William so dia mengalah je la tapi dia selalu protect Sophie. Owen juga tahu perangai sebenar Susan, geram Susan yg selalu buli Sophie, Owen dedahkan hal sebenar kepada William siapa sebenarnya budak perempuan yg dia jumpa waktu kecil dulu. So jadi konflik dan banyak halangan la juga buat William tambah-tambah lagi nak pujuk balik si Sophie ni.


apa yg aku suka mengenai drama ni ialah gadingan hero dan heroin, suka sangat. kalau dulu tengok drama taiwan kat tv mesti balik-balik hero yg sama je, bosan juga dan bila tayang muka orang lain excited la nak tengok. lagi satu aku suka second hero drama ni, baik giler tapi sori i lagi suka hero dia..hahahaha. watak Owen ni memang baik sangat tapi tipu la kalau dia tak jeles dan sakit hati bila tahu Sophie suka orang lain tapi itulah redha habis si Owen ni sanggup tengok dan protect orang yg dia sayang dari jauh je.


bila tengok balik drama taiwan ni, baru ingat balik kenapa aku suka sangat tengok drama taiwan dulu. banyak drama taiwan yg best dan aku minat tapi kadang tu susah nak follow kt tv sebab tayang tak kena masa, ingat dulu kekadang sanggup ponteng tuisyen petang di sekolah dan bagi alasan apatah kat cikgu semata-mata nak balik rumah tengok drama taiwan pastu ada kawan siap pesan lagi esok jangan lupa cerita kat dorang. kenangan zaman sekolah..hahahaha

Sinopsis Drama Shh... I Love You (TV3)

Sinopsis Drama Shh... I Love You (TV3)

Drama : Shhh..I Love You
Mula Tayangan : 3 April 2017
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 6.58 Petang
Pelakon : Gambit Abdullah, Elvina, Hafreez Adam, Tash Yong

Sinopsis Drama Shh... I Love You

Kisah Nadia dan Aidan yg pertama kali berjumpa di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adik mereka. Perkenalan yg singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia di sebaliknya.

Nadia sebenarnya merupakan pesakit jantung sebelum ini dan kini dia memiliki jantung bekas tunang Aidan yg sudah tiada. Dan kerana itu juga Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut rumah tangga mereka melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?