Title : Jao Sao Rim Tang
English Title : Roadside Bride
Release Date : 5 November 2010
Episodes : 10
Cast : Poo Praiya, Salamonay Stephan, Ratree Wittawat, Prae Emery
Alkishanya Akrin anak orang kaya dan playboy terkenal yang tidak suka mempunyai komitmen dalam perhubungan. masalahnya dia kena kahwin jika nak mewarisi syarikat milik keluarganya.
Akrin ada ramai teman wanita tapi tiada seorang pun yang dia rasa sesuai untuk dijadikan isteri sehinggalah dia bertemu dengan Rasa, yang tak tergedik-gedik macam perempuan lain bila nampak dia so Akrin buat tawaran sebanyak 2 million jika Rasa setuju untuk menjadi isterinya
Pada mulanya Rasa menolak tapi disebabkan dia memerlukan duit untuk membayar kos rawatan ibunya yang sedang sakit terus Rasa menerima tawaran daripada Akrin.
tapi komen jujur dari aku. baca sinopsis dia nampak menarik tapi alahai cerita macam minta maki sorang-sorang. paling annoying scene gaduh, aduyai perempuan dalam drama ni bergaduh boleh tahan dahsyat juga kalah lelaki wei. tak tahulah berapa banyak scene bergaduh boleh dikatakan setiap episod ada je yang kena pelempang. kalau drama melayu macam tu mau ada yg kena saman.
paling menyampah dengan heroin dia, memanjang kena buli dengan mak tiri pastu bukan reti nak melawan dan pertahankan diri sendiri kerjanya asyik menangis je, dan lagi satu tak habis jadi mangsa lelaki gatal. ntah tak fahamlah aku dengan heroin lemah gini macam merelakan diri orang buat jahat kat dia.
ni cerita thailand kan?
ReplyDeleteaah cite thailand :)
Deletehahha..klu camtu tamau tengok awal2 lerr.. sebab dah bulih imagine sangat lah klu thailand drama caner...cer tengok thai drama When A Man Loves A Woman..ok laa..
ReplyDeletehahaha..biasalah drama thai, kalau perempuan dia gaduh bingit telinga tapi part hero & heroin memang suka sangat, sweet..hihi
Delete