Drama Turki | Magnificient Century (Astro Prima)

Drama Turki | Magnificient Century (Astro Prima)

Magnificient Century (Muhtesem Yuzyil) sebuah drama baru dari turki yg sedang ditayangkan di Astro Prima jam 7.00 malam bagi menggantikan drama Filipina, Pengako Sayo. 

Drama ni dah sebulan rasanya tayang di Astro tapi aku tak pernah ikut. bila terbuka je drama ni kat tv mesti tengok part perang, masuk hutan. tak rasa menarik sangat dan hari ini baru dapat tengok banyak sikit sebab macam best pula episode hari ni.

Episode hari ini yg aku tengok, kisah sultanah muda nama Hurrom (betul kot nama dia kalau tak salah la) yg tengah mengandung termakan racun jadinya kecoh satu istana. Sultan Sulaiman ni aku tak tahu lah berapa ramai bini dia tapi dia memang sayang sangat dengan bini muda bernama Hurram ni. 

orang kuat Sultan Sulaiman iaitu Ibrahim menyiasat siapa yg bertanggungjawab dalam kes ni dan dapat tahu Sultanah pertama yg jadi dalangnya. bila sampai kat pengetahuan Sultan Sulaiman terus murka dan mahu ceraikan sultanah pertama.

walaubagaimanapun baginda tak sampai hati nak jatuhkan hukuman bila terdengar Sultanah bercakap dengan anak mereka, Mustafa dan sultanah juga ibu kepada anaknya. 

untuk tutup kes ini, Ibrahim cuma jalankan hukuman kepada orang suruhan yg buat kerja racun  dan Ibrahim juga bagi amaran kepada sultanah supaya tak ulang lagi benda ni sebab taku nanti susah dia nak protect Mustafa pada masa hadapan.

Hurram pula terselamat daripada racun tersebut tapi tak berapa puas hati cara Ibrahim siasat kes ini. Hurram cuba hasut Sultan Sulaiman untuk hukum Ibrahim tapi Sultan malas nak layan. orang kepercayaan dia kot takkan senang-senang dia nak hukum tanpa ada bukti kukuh.

aku pun tak tahu siapa yg baik dan jahat dalam drama ni. ingatkan Sultanah muda ni baik tapi macam ada agenda sendiri pula.

Drama Turki | Magnificient Century (Astro Prima)

SINOPSIS

Magnificent Century (Turkish: Muhteşem Yüzyıl) is a Turkish Soap Opera based on the life of Süleyman the Magnificent, the longest reigning sultan of the Ottoman Empire.

After the death of his father, Sultan Süleyman is called to reign over the ever-expanding Ottoman Empire at 26 years of age. He resolves to uphold the justice of the law and make the Ottoman Empire greater than it has ever been.

Thus begins his romance with Hürrem, a Crimean concubine in his harem. Originally named Aleksandra Lisovska she was transported to his palace in Istanbul along with other slaves for his harem. The bold woman detests the people who captured and sold her, resisting her captors and wishing to follow her deceased family in death, until she falls in love with the Sultan.

However, this earns her the ire of Mahidevran Sultan, mother of Süleyman’s firstborn son, and Pargalı İbrahim Paşa, the Sultan’s closest advisor and right hand man.

The show begins with Süleyman’s ascension to authority, but the focus of the series are the workings and intrigue of the Sultan’s inner circle and the rivalries between members of the household. The budding romance between İbrahim and Hatice, Süleyman’s sister, the rivalry between concubines and heirs and the manipulations taking place behind the scenes.

7 comments:

  1. saya pun baru nak up entry pasal drama turki ni, drama ni tak banyak scene perang2 sbb lebih fokuskan ttg isu2 dalam istana, drama ni ada 4 season..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak tahulah awal2 tu asal buka je scene perang2, bila tengok semalam mcm best juga tp xtau nak follow ke tidak sebab byk sgt episod.

      Delete
  2. nama dia hurram hehe. lenne suka tengok dia sebab dia cantik sangat! hehe lenne ingat pun nak follow drama ni till the end sbb dah tengok since first episode and nak tahu lah sampai habis kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik lenne bagitau kalau tidak sampai ke sudah dok igat nama dia hurrom.. hahaaha. rajin lenne follow dari first episode kalau kte mmg susah sikit nak follow cite kat tv ni..hehe

      Delete
  3. Dia bukan berdasarkan daripada cerita benarkan? Sebab Sultan Suleyman and Hurrem benar-benar wujud waktu zaman al-Fateh dulu, tak silap saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la kot. sultan sulaiman tu sultan zaman turki ottoman.

      Delete
  4. Best citer ni! Saya tengok kat youtube je..

    ReplyDelete