Review Novel | Mr Dud Next Door by Aisya Rihanna


Novel : Mr Dud Next Door
Penulis : Aisya Rihanna
Muka Surat : 845
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Mei 2016


SIPNOSIS

Nur Julia Arina ialah seorang gadis biasa. Dia mendambakan cinta daripada seorang lelaki kaya. Keadaan dirinya menjadi kacau apabila kakak kandungnya sendiri bersuamikan seorang jurutera dan kerap menghinanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai teman lelaki. Disebabkan itu, api cinta yang datang mula tumbuh kepada duda di sebelah rumahnya dibuang jauh-jauh.


Kota raya Kuala Lumpur menyaksikan pertemuan semula Julia Arina dan Mr. Dud pokai yang dihindarinya. Identiti sebenar lelaki itu kini terbongkar. Mr. Dud pokai itu adalah Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar. Ops, malunya Julia. Apa yang romantiknya, cinta lelaki itu tetap kudus untuk Julia.


Bahagia itu tidak datang bergolek tanpa dugaan. Cinta tiga segi di antara Adam Zafran, Adam Haykal dan Nur Julia Arina membuat ketiga-tiganya merana. Mana mungkin Adam Haykal mengaku kalah kepada abang kandung yang dibencinya. Dan Julia pula, bertahankah dengan hasad dengki kakak kandung sendiri?


REVIEW

kalau nak komen pasal novel memang panjang berkarang benda yg tak berapa nak berkenan di hati so dipendekkan cerita, terlalu klise dan aku rasa aku tak berapa ngam dengan gaya penulisan penulis. rimas sebenarnya dengan watak heroin ni. terpaksa gagahkan diri dan berjaya juga habiskan novel ni dengan speed yg paling laju.

12 comments:

  1. Kalau dah review camtu mesti tak berapa nak best jalan ceritanya kan.. hehee

    ReplyDelete
  2. jadinyaa..novel tu kena tolak tepi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..maybe novel ni xkena dgn jiwa saya..hehe

      Delete
  3. dah lama sgt ni xbaca novel, baca sinopsis pon mcm best je. hihi

    ReplyDelete
  4. sinopsis mcm best tapi review mcm takpayah la baca hehehe

    ReplyDelete
  5. dulu pun selalu jugak beli novel tak best. Rugi betul melabur dekat novel yang tak kena jiwa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebab tu dulu stop lama juga beli novel tp tahun ni baru start balik beli novel sebab macam bosan juga bila tak membaca :)

      Delete
  6. Memang ada masa kita rasa macam penulisan tu tak kena je.. Tapi gigihkan juga baca sebab dah baca kan.. Tapi memang makan hatilah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lain orang lain taste dia. mungkin buku ni tak sesuai untuk saya..hihi

      Delete