Title : Kahogo no Kahoko
English Title : Overprotected Kahoko
Release Date : 12 July 2017
Episodes : 10
Genre : Comedy, Romance, Life
Cast : Takahata Mitsuki, Takeuch Ryoma, Kuroki Hitomi, Tokito Saburo, Mita Yoshiko, Nishioka Tokuma
Mengisahkan Kahoko Nemoto berusia 21 tahun, seorang pelajar universiti di tahun yang sedang dalam fasa mencari pekerjaan.
Namun begitu, Kahoko tidak pandai berdikari dan membuat keputusan sendiri. segala keperluan hidupnya diuruskan oleh ibunya, Izumi yang tersangat protective. pendek cakap kalau ada masalah, Kahoko akan terus tanya pada ibunya.
Izumi (Ibu Kahoko) terlalu protective apabila melibatkan hal anaknya dan akan membuat segala keputusan untuk Kahoko. Kahoko cuma perlu patuh dan ikut.
Masataka (ayah Kahoko) sebenarnya dari awal lagi nampak ada yg tak kena dalam family dia dan tak suka cara isterinya manjakan Kahoko. tapi disebabkan Izumi seorang dominan dan suka control everything, Masataka memilih untuk berdiam diri.
kesian juga dengan ayah Kahoko sebab pendapat dia selalu tak dipedulikan dan walaupun tak suka dengan situasi di rumah, dia hanya mampu tegur dalam hati sahaja.
Suatu hari, Kahoko bertemu dengan Hajime Mugino seorang pelajar art di universiti yang sama dengannya. kehidupan Hajime sangat berbeza dengan Kahoko.
Hajime sangat straighforward dalam luahkan pendapatnya dan sedikit sebanyak Hajime banyak mempengaruhi Kahoko.
Kahoko mula berubah sejak berkawan dengan Hajime so sudah tentu Izumi tak berkenan dengan situasi tersebut dan melarang Kahoko berkawan dengan Hajime.
Apabila Kahoko membuat keputusan untuk belajar berdikari terjadilah konflik antara Kahoko dan Izumi.
Selain dari konflik Kahoko dan ibunya, drama ni juga fokus pada keluarga besar Kahoko yang pada awalnya nampak seperti sebuah keluarga gembira tapi sebenarnya mempunyai masalah tersendiri.
Walaupun annoying juga dengan Kahoko yang tak reti nak buat keputusan sendiri tapi suka tengok perubahan pada watak Kahoko dalam setiap episod. kalau awalnya semua benda nak kena tanya Izumi tapi Kahoko semakin matang. bila ada masalah dalam keluarga besar dia, Kahoko cuba mencari jalan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.
dari first episode suka dengan watak Hajime sebab dia jenis yang rileks dan santai habis pastu satu agi dia jenis yang straightfoward untuk Kahoko buka mata kenal dengan dunia luar yang sebenarnya tak seindah macam parent Kahoko brainwash anak dia selama ini.
Walaupun pada awalnya Hajime stress juga dengan perangai Kahoko yang terlebih naif tapi dia tak pernah pun rude atau pandang rendah pada Kahoko tapi sebaliknya dia selalu bagi nasihat dan ubah cara Kahoko berfikir.
Kahogo no Kahoko memang best dan kelakar, ada mesej yang cuba disampaikan. paling suka chemistry antara Kahoko dan Hajime dan lakonan mereka pun sangat best.