Review Novel | Lelaki Kiriman Tuhan by Umie Nadzimah


Novel : Lelaki Kiriman Tuhan
Penulis : Umie Nadzimah
Muka Surat : 518
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Jun 2017


SIPNOSIS

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...


REVIEW

watak Raid dalam novel ni sangat misteri, memang tertanya juga latar belakang lelaki ni. jatuh cinta pada Naira dan sanggup buat macam hal la untuk bikin Naira suka pada dia.

Naira pula sangat garang, pengalaman yg lepas buat dia tak mudah cair dengan ayat manis lelaki lagi-lagi Raid yg entah dari mana muncul tetiba mengganggu hidupnya. mula-mula memang tak suka lama-lama terpikat juga.

fasa awal memang nampak Raid ni lelaki yg sangat perfect macam kebanyakan hero dalam novel, baik, suka tolong orang dan sangat sabar melayan kerenah Naira yg tak berapa nak matang tu. bila sisi gelap Raid terbongkar macam sangat wow speechless betul, susah nak terima tapi jangan terlalu cepat menghukum sebab kebenaran sebenar belum terjawab.

3 comments:

  1. Menarik novel ni... Dah lama LeYa tak baca novel... Boleh lah try semula membuat pembacaan novel..hehe..

    ReplyDelete
  2. Suka dengan cover dia.. biru je..
    Ada dalam list.. Nantilah beli..

    ReplyDelete