Live Up To Your Name


Hai semua.. aku baru je habiskan drama korea terbaru di TVN iaitu, Live Up To Your Nam yg dilakonkan oleh Kim Nam Gil dan Kim A Joong. drama ini mempunyai 16 episode sahaja dan berkonsepkan fantasy dan romance comedy.


Heo Im pakar dalam bidang acupuncture di zaman Joseon dan telah berkhidmat di Haeminseo  (tempat kelas bawahan mendapat rawatan) selama 10 tahun. suatu hari dia dia mendapat peluang untuk merawat raja namun gagal dan dihukum mati.

Apabila tersedar Heo Im mendapati tiada sebarang luka pada dirinya dan telah mengembara ke masa hadapan, satu dunia yg begitu asing buat dirinya. Heo Im kemudiannya bertemu dengan Choi Yeon Kyung seorang doktor pakar bedah di Shinhae Hospital.


pada awalnya aku tak rasa nak tengok drama sebab dah banyak sangat kdrama berkonsep time travel tambahan pula tak pernah tengok lakonan Kim Nan Gil sebelum ni. sekarang memang banyak drama yg aku drop so aku just try la tengok drama ni.

first, aku memang impress sangat dengan lakonan Kim Nan Gil, dia boleh berlakon komedi pada masa yg sama dia boleh jadi serious. bila dia dalam confusing dengan dunia baru agak kesian tapi yg lawak bila dia try explore semua benda baru yg dia nampak.

part yg aku paling suka bila berlaku perubahan pada watak dia yg mana dia decide untuk lupa everything dan start hidup baru dengan nama Heo Bong Tak, time ni aku rasa Kim Nan Gil hot giler ok! haha


second, aku suka tengok relationship dan chemistry antara watak utama. walaupun pada awalnya aku macam annoying sikit dengan Choi Yeon Kyung iye lah sekejap dia ok dengan Heo Im sekejap tak tapi once dia tahu everything pasal Heo Im memang dia terus percaya lelaki ni.

watak mereka ni saling melengkapi antara satu sama lain, Heo Im percaya dengan wang dan pangkat dia tak akan dipandang hina lagi tapi Yeon Kyung berjaya membuka mata dan mengajar dia bahawa nyawa manusia sangat penting dan semua pesakit perlu mendapat rawatan yg sama rata tanpa mengira darjat.


bagi aku drama ni ada keunikan tersendiri dari segi plot dan storyline. banyak benda yg unexpected yg berlaku dalam drama ni yg buat aku rasa tak sabar untuk tahu apa yg berlaku seterusnya. mood dalam drama ni juga ada turun naik kadang kelakar, sedih, happy. pendek cakap tak sempat la nak rasa bosan bila tengok drama ni.

4 comments:

  1. best kan drama ni, lepas tgk drama ni memang makin suka plak dgn Kim Nan Gil ni hehehe, chemistry dia ngan Kim A Joong juga meletop habis hahaha.

    ReplyDelete
  2. Saya pun tengok cerita ni. Mula-mula macam reluctant juga, tapi nasib baik plot dia best. Kalau tak, memang drop tengah jalan je la.

    ReplyDelete
  3. Ada tapi tak tengok lagi drama nie.. Mood macam merudum nak tengok drama..

    ReplyDelete