Sinopsis Drama Red Velvet (Astro Ria)

Sinopsis Drama Red Velvet (Astro Ria)

Drama : Red Velvet
Slot : Megadrama Astro Ria
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman

Sinopsis Drama Red Velvet

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

Review Novel Red Velvet (Acik Lana)

Sinopsis Drama Red Velvet (Astro Ria)

aku ada beli novel Red Velvet beberapa bulan yg lepas sebab tertarik dengan tajuk novel ni tapi  lepas habis baca tak rajin nak tulis review. jujur cakap aku tak berapa suka sangat isu Helena yg bercinta dengan suami orang dan lagi satu aku macam tak boleh nak feel sangat bila baca novel ni, gaya penulisan Acik Lana dalam novel ni macam kurang sikit.

untuk drama pula aku rasa best pula untuk first episode ni sebab tengok Alif Satar berlakon. watak Izzat dalam novel macam kasar sikit, bila bercakap bukan je Helena tapi aku pun rasa macam nak sentap juga tapi bila Alif Satar pegang watak Izzat macam comel la pula plus suka lakonan dia yg bersahaja.

3 comments:

  1. Drama baru rupanya. I bet my mum and my sisters semua bertenggek menunggu depan TV nak tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  2. nak tengok tapi ada neelofa la pulak hahaha

    ReplyDelete
  3. Tak baca novel ini.. Drama pun tak tengok.. Tapi ramai yang puji lakonan alif..

    ReplyDelete