Campus Confidential


Movie : Campus Confidential
Country : Taiwan
Release Date : 2013
Duration : 1 hr. 42 min
Starring : Ivy Chen, Chen Bolin


Campus Confidential mengisahkan Kiki Liang (Ivy Chen) yg sangat popular di kolej dan mempunyai ramai peminat termasuklah dari geng nerd ataupun geek. Kiki sangat anti dengan geng nerd ni dan dia sudah mempunyai teman lelaki bernama Chang Sheng juga pelajar popular di kolej tersebut.

Suatu hari, terjadi fenomena aneh di mana tasik di kolej mereka, Tasik Lu tiba-tiba menjadi kering dan Kiki yg menyaksi peristiwa tersebut terjatuh di dalam tasik yg kering itu dan pada yg sama terdapat seorang lelaki yg turut terjatuh ke dalam Tasik Lu.


Keesokan harinya peristiwa tersebut telah heboh di kolej mereka dan ramai tertanya pasangan yg terjatuh ke dalam tasik yg kering itu kerana terdapat legenda yg mengatakan jika terdapat lelaki dan perempuan yg jatuh ke dalam Tasik Lu yg kering mereka akan jatuh cinta dan hidup bersama selamanya.


Kiki kemudiannya mendapat tahu lelaki yg jatuh bersamanya ialah Lucky Wu (Chen Bolin) seorang geek, Kiki yg benci dengan golongan nerd cuba menyiasat kesahihah legenda tersebut dan mencari jalan untuk menghalang dirinya daripada jatuh cinta dengan Lucky.


REVIEW

Kiki ni terlalu pentingkan penampilan seseorang bila berkawan dan mempunyai tanggapan negative pada golongan nerd. bila orang asyik cakap pasal dia dan Lucky memang dia benci sangat dengan Lucky so aku macam kesian kot kat Lucky. Lucky ada 10 ciri yg ada pada geek yg Kiki benci. mula tu aku rasa Chen Bolin yg jadi nerd tak kisah lah sebab dia hensem kan  tapi bila part yg selekeh dan pengotor tu aku pun surrender..haha

movie ni best la juga plus chen bolin yg jadi nerd tu kan..haha kisah kiki dan Lucky ni macam dah boleh predict tapi sampai la kat plot twist terus macam tergamam sekejap, why jadi macam tu why BoBo?? daripada kesian terus speechless macam hmmm korang tengoklah sendiri but dont worry ending dia happy ending. just nak bagitau tang plot twist memang unexpected langsung 👍

2 comments: