Review Novel | PA Untuk Dia by Syamnuriezmil


Novel : PA Untuk Dia
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 448
Penerbitan : Penulisan2u
Terbitan : Jun 2014


SIPNOSIS

Penantian itu menyeksakan...
Untuk melupakan, itu juga menyakitkan...
Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit!

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya.

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?


REVIEW

PA Untuk dia sebuah novel yg ringan dan santai dan banyak fokus pada kisah Han dan Yara. benda yg penat bila baca novel watak utama dia banyak sangat main tarik, actually aku tak kisah pun part tu tapi bila Yara melibatkan orang lain sampai beri harapan palsu kat Onn tu memang tak bagus, kesian mamat tu. kadang kita kena percaya petunjuk dari-Nya kalau tidak jadi macam si Yara ni la saja nak memeningkan kepala sendiri.

3 comments: