Novel : Terus Cintai Aku
Penulis : Aleya Aneesa
Muka Surat : 692
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : Mac 2012
SIPNOSIS
Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.
REVIEW
Zalis ni memang seorang yg setia pada janji tapi bila terlalu berharap pada janji seorang kanak-kanak tak tau nak komen apa sebab tak semua orang nak ambil benda tu seriusly contohnya si Khilfie ni. Khilfie pula dah bertunang tapi sibuk nak kejar orang lain alasannya dia rasa tercabar bila Zalis selalu mengelak dari jumpa dia. ntahlah urusan jodoh ni bukan kita yg tentukan.
tak berapa berkenan panjang sangat adegan tarik tali antara Zalis dan Khilfie memang rasa bosan juga kat situ, kalau dipendekkan benda tu maybe novel ni jadi lebih menarik.
tak berapa berkenan panjang sangat adegan tarik tali antara Zalis dan Khilfie memang rasa bosan juga kat situ, kalau dipendekkan benda tu maybe novel ni jadi lebih menarik.
Ini buku kedua yg aku baca di PNM e-Reader, selalu dengar apps ni dari blogger lain dan kali ini baru terasa nak cuba pinjam online. semoga hobi membaca aku dapat disemai kembali..haha
i am still stuck at Gantung , tak habis lagi baca to move on to new novel..
ReplyDeleteada kisah cinta tiga segi tak dlm novel ni?
rasanya lebih kepada cinta beralih arah..haha
Deletehahaha betul tu! Janji kanak-kanak ada sesetengah orang tak ingat langsung.
ReplyDeletedramatik sgt heroin ni..haha
Deletemacam best je novel ni....dah lama nya tak beli novel...rindu plk nak membaca..
ReplyDeletepinjam je kak lin. nak beli mmg malas sekarang ni..hihi
DeleteDapat pinjam online? Macam mana tu Tiara?
ReplyDeletekena download app PNM e-reader dulu kat phone kalau nak lebih paham try tgk kat blog kak sha >> http://kasihkuamani.blogspot.my/2018/01/pnm-e-reader.html
Deletechaiyokk !
ReplyDeletemek dah lame tak bace novel.
review tiara nampak macam cite ni tkde la sarat nk kne fkir.
good !
Chaiyok~~ haha
Delete