Review Novel | Kisah Naz Dan Khaalish by Hanina Abdullah


Novel : Kisah Naz Dan Khaalish
Penulis : Hanina Abdullah
Helaian : 533
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Februari 2013


kisah mengenai pertunangan antara Naz dan Khaalish yg diaturkan oleh ibu Khaalish dengan tujuan untuk memisahkan Khaalish dengan teman wanitanya. dalam tempoh tersebut mereka tidak pernah bertemu dan Naz membuat keputusan untuk sambung pelajaran di luar negara dan terus merantau.

Selepas empat tahun, mereka bertemu semula di Bali tapi sayangnya Khaalish langsung tidak mengenali tunangnya itu. Saat Naz mahu melupakan kisah mereka, Khaalish buat rancangan untuk memikat hati Naz.

jalan cerita novel ni simple je, kisah Khaalish yg nak memikat cik tunang yg tak pernah dia jumpa sebelum ini dan Naz pun haruslah jual mahal sebab bertunang tapi macam tak ada tunang. baca part memikat ni memang best dengan betapa sweet-nya Khaalish tapi sayang Naz bukan jenis perempuan yg mudah cair dengan ayat manis.

overall, menghiburkan cuma tak puas hati sikit sebab ada konflik tergantung macam problem yg berlaku dalam family Naz since hubungan antara Naz dan bapa dia tak baik tapi sampai ke sudah macam tak nampak penyelesaian pun.

4 comments:

  1. terbaek. mesti menarik cerita ni..

    ReplyDelete
  2. Ala.. part konflik tak selesai, tak suka nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la tergantung sangat akak. part hero & heroin ok je tapi of course la nak tahu jadi apa kat watak lain sama walaupun konflik diorang bukan main issue.

      Delete
  3. Teringat cerita apa eh bila tgk cover buku ni. Yang neelofa dgn fattah amin tu hehe.

    ReplyDelete