What's Wrong With Secretary Kim


Title : What's Wrong With Secretary Kim
Episode : 16
Duration : 65 minutes
Cast : Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan


What's Wrong With Secretary Kim sebuah drama romantik komedi mengisahkan Lee Young Joon yg merangkap vice chairman untuk syarikat besar milik keluarganya. dia seorang yg bijak tapi masalahnya jenis masuk bakul angkat sendiri atau ada sindrome narcissist.

Kim Mi So pula setiausaha kepada Lee Young Joon yg cekap, berdedikasi dan sangat sabar melayan kerenah majikan dia yg kerek tu. yg aku suka dengan watak Kim Mi So ni, datanglah masalah macam mana pun dia akan sentiasa tersenyum.

selama 9 tahun bekerja bersama, Kim Mi So buat keputusan untuk berhenti dan berita ni mengejutkan Young Joon sebab dia dah selesa dengan cara Kim Mi So bekerja.



walaupun kerjaya dia kira sangat bagus tapi Miso ambil keputusan untuk berhenti sebab dia rasa cukuplah 9 tahun dia asyik jaga kepentingan majikannya dan sekarang masa untuk dia fokus pada diri sendiri dan fikir pasal soal kahwin.

Lee Young Joon memang tak boleh terima bila Miso cakap nak berhenti. bila dengar alasan Miso, Young Joon buat plan untuk mengurat Secretary Kim. part ni macam kelakar juga bila majikan yg kerek dan poyo tetiba buat baik nak mengurat memang kena reject dengan Miso sebab Young Joon ni bukan taste Miso sebab dia nak cari someone yg sweet dan prihatin dengan diri dia.


drama ni juga bukan hanya fokus pada hubungan romantik antara Young Joon dan Miso tapi ada juga terselit misteri dan buat kita tertarik mengenai konflik dalaman Young Joon. Young Joon ni luaran nampak sangat perfect tapi sebenarnya dia masih trauma dengan kejadian yg berlaku sewaktu umur dia 9 tahun. 

bagi aku episode 11 my favourite episode sebab banyak kali rasa nak give up tengok drama sebab watak Young Joon gosh poyo sangat tapi episode ni baru nampak watak sebenar Young Joon dan kenapa dia pilih Miso sebagai secretary dia padahal ramai lagi calon yg lebih layak. episode ni juga baru rasa, sweet lahai Young Joon dan aku suka moment waktu zaman kanak-kanak Young Joon sebab budak ni sangat matang dari usia.


sebenarnya aku kurang kdrama rom-com sekarang ni, ntahlah kalau drama korea aku lebih suka something yg mencabar dan thriller tapi sekali sekala layan drama macam ni terhibur juga plus aku suka drama dari tvN sebab drama diorang mostly sangat best dan lebih variasi. untuk yg suka romantic comedy ringan, aku suggest korang untuk tengok drama ni dan maybe korang akan suka dengan drama ni.

8 comments:

  1. anis ter-stop watch this drama waktu episod 11, sampai skrg tak tahu bila nak sambung tgk sampai habis :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ter-stop tu yg bahaya. fighting anis! semoga berjaya habiskan drama ni..hihi

      Delete
  2. macam best jer cerita ni..haha

    ReplyDelete
  3. nampak menarik.. pelakon pun cantik2.. hehe

    ReplyDelete
  4. Tak tengok lagi drama ni. Tak tahu bila nak pick up sebab sekarang rasa macam takde mood.

    ReplyDelete
  5. Tak boleh nak layanlah drama nie.. episod 1 pun tak habis habis lagi tgk.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..boleh paham kot sebab saya pun tak boleh nak masuk sangat dengan drama ni tapi ntah macam mana boleh berjaya habiskan..hihi

      Delete
  6. Ahaaaa, drama ni pun dh habis layan. Sweet boleh potong kaki dan annoyed sikit dgn hero yg suka perasan handsome hahaha.

    ReplyDelete