The Player (2018)


Title : The Player
Episodes : 14
Duration : 65 minutes
Cast : Song Seungheun, Krystal, Lee Siun, Tae Wonseuk, 
Kim Wonhee, Yoo Yebin


at first bila tengok trailer drama The Player teringat drama Seo Inguk, Task Force 38, cite lebih kurang pasal geng scammer tapi dalam The Player bukan calang-calang orang yg mereka menipu kiranya modus operasi mereka melibatkan orang yg berpengaruh dan hasilnya pun lagi lumayan.

The Player mengisahkan satu kumpulan jenayah yg terdiri daripada Kang Hari (swindler), Byungmin (hacker), Jinwoong(fighter) dan Cha Aryung(driver) yg mana mereka terlibat dalam kegiatan penipuan dan mencuri duit. mangsa mereka pula dalam kalangan tokoh politik dan juga ahli perniagaan pendek cakap orang yg terlibat dalam rasuah kiranya duit yg mereka curi ialah duit haram dan mangsa pun tak boleh report jenayah yg mereka lakukan kepada pihak berkuasa.


Prosecutor Jang Ingyu pula seorang pendakwaraya yg komited untuk memerangi kegiatan rasuah masalahnya walaupun dia cuba menangkap pihak terlibat dengan undang-undang yg wujud tapi setiap kes yg dia handle selalunya gagal sebab orang kaya ni ada duit so mereka boleh beli orang ni rasuah orang tu, terlepaslah dari tuduhan.

sampai satu tahap Prosecutor bengang sangat dia minta bantuan Kang Hari walaupun pada mulanya dia tak setuju dengan cara Kang Hari so Hari boleh guna apa cara sekalipun termasuklah ambil duit haram tu dengan syarat semua bukti dan orang yg terlibat akan diserahkan kepada Prosecutor Jang.


drama ni memang best walaupun nampak macam berat sebabnya dia mengenai balas dendam tapi Hari tak nak terlalu ikut emosi dan buat dengan cara fun so that's why tak terasa drama ni berat sebab memang kelakar, dah la perangai masing-masing agak bengong sikit, macam Hari nampak perfect dan mastermind untuk semua plan tapi tak semua benda dia terer, Byungmin pula banyak menceriakan keadaaan dan Jinwoong yg badan sado tapi unexpected suka buat benda yg comel-comel.

lagi satu aku tengok bond antara character ini semua walaupun awalnya mereka agak awkward dengan Aryung (Aryung ni baru join diorang) tapi ada satu episode bila Aryung kena culik diorang gigih selamatkan Aryung time tu bukan je Aryung, aku pun terharu.


bagi aku, drama ni sangat menarik, gandingan pelakon pun memang best. kalau korang nak lari dari drama cinta ataupun suka dengan drama penyiasatan atau scammer, try layan The Player.

Terius Behind Me


Title : Terius Behind Me
Episodes : 32
Duration : 30 minutes
Cast : So Jisub, Jung Insun, Son Hojun, Im Semi, Sung Joo, 
Kang Kiyoung, Kim Yeojin, Cho Taekwan


Terius Behind Me mengisahkan Go Aerin seorang suri rumah yg menjaga anak kembarnya, Joon Soo dan Joon Hee (Joon-Joon). kehidupannya berubah apabila suaminya meninggal dunia secara mengejut dan Aerin terpaksa mencari kerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga dan Aerin mencari babysitter untuk menjaga kedua anaknya.


Kim Bon pula jiran sebelah rumah Aerin dan Kim Bon ini sebenarnya former agent untuk National Intelligence Service (NIS) tapi kini hidup secara sembunyi selepas gagal dalam misi pasukannya tiga tahun yg lalu. Kim Bon menyiasat satu kes dan secara tidak langsung berkait dengan kematian suami Aerin. bagi mengelak keluarga Aerin diancam bahaya, Kim Bon menawarkan diri untuk menjadi babysitter Joon-Joon.


aku rasa ni first time tengok So Jisub berlakon dengan child actor, bukan seorang tapi dua orang pula tu, seriusly comel giler. cuba bayangkan spy yg dah biasa dengan misi yg mengancam nyawa tetiba nak kena handle dua orang budak. antara scene yg aku suka bila Joon-Joon minta cari barang diorang pastu jadi chaos giler sebab Kim Bon tak paham last terpaksa minta tolong orang. tapi seriusly aku suka tengok scene So Jisub melayan Joon-Joon, comel sangat kot..hihi


antara watak lain yg aku suka ialah Jin Yongtae yg menjadi boss Go Aerin. at first aku rasa watak dia sangat annoying dan ingatkan dia jahat tapi just nak cakap bila tahu siapa dia sebenarnya seriusly memang kelakar sebab unexpected. Unexpected macam mana tu kena la tengok sebab tak boleh cite lebih-lebih nanti jadi spoiler.


KIS (King Castle Information System) ialah geng suri rumah sepenuh masa. walaupun nampak geng ahjumma ni macam kepochi sikit tapi sebenarnya diorang yg banyak take care Aerin lagi-lagi lepas suami dia meninggal. time anak Aerin kena culik atas bantuan KIS mereka dapat jumpa balik anak Aerin dan hampir dapat berkas penculik tersebut. pendek cakap jangan main-main dengan geng KIS ni even So Jisub tak berani lawan diorang..hihi


Terius Behind Me memang best dan bagi aku takde part yg aku rasa membosankan plus So Jisub yg berlakon kan mesti la daebak.

Novel | Cagaran Cinta


Novel : Cagaran Cinta
Penulis : Siti Khadijah
Helaian : 695
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2018


Cagaran Cinta mengisahkan Hail yg ingin membalas dendam kepada kekasih adiknya iaitu Sufi yg menyebabkan adiknya mengalami tekanan perasaan dan merancang untuk menculik Sufi dan memaksa Sufi untuk melakukan kerja berat di ladang milik Hail tapi sebenarnya hero ni tak sedar yg dia salah orang.

bagi aku, Hail ni memang abang yg baik sebab sanggup nak buat apapun asalkan adiknya, Am bahagia tapi cara dia tu salah, dah la tak siasat betul-betul main pakai naluri sendiri aku pun boleh. nak cakap satu, kadang aku rasa annoying sangat dengan Hail, emo mengalahkan perempuan. 

Sufi pula sanggup berkorban lagi satu sebab dia pun rasa bersalah dengan apa yg jadi pada Am. walaupun kena dera dengan Hail dia terima sahaja tapi satu perangai Sufi ni sambil menurut tu dia melawan juga sebab apa yg Hail buat tu memang kadang agak keterlaluan.

aku ada terbaca tentang isu Cagaran Cinta yg dikatakan meniru novel Objection so disebabkan aku baru je baca Objection aku boleh cakap part yg hero nak balas dendam memang sama tapi lepas tu memang nampak kedua buku ni ada hala tuju sendiri kiranya aku enjoy je baca Cagaran Cinta. bagi aku, sedangkan drama thai pun dok recycle storyline yg sama inikan novel melayu yg penting penulis tahu macam mana nak buat karya dia nampak berbeza dengan buku yg lain.

Cerita Sedih dan Gembira


dua minggu ni aku rasa down sikit dengan muka breakout balik, alkisahnya muka aku baru je baik dari breakout dan dalam proses untuk hilangkan parut jerawat tu then tetiba ada someone tegur pasal muka aku (yup, sebelum tu memang takde yg tegur pun) dan esoknya terus jerawat naik penuh kat bawah dagu dan pipi (susah bila diri jadi sensitif sangat sekarang). kau rasa? 😭

yg down tu sebab ada event sama minggu lepas tapi now dah ok pun muka ni cuma struggle nak hilangkan parut jerawat, kalau korang ada tip yg best untuk hilangkan parut jerawat please kongsi sikit..hihi

cerita yg best ialah aku menang topup daripada blogger  Shafyqah Azahar sebab join giveaway Sha aritu. so terima kasih untuk topup ye Sha 😊

Review Novel | Objection by Rehan Makhtar

Review Novel | Objection by Rehan Makhtar

Novel : Objection
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 544
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2017

Review Novel | Objection by Rehan Makhtar

first, aku tertarik dengan cover Objection dan sebab novel ni juga aku gigih baca semua buku Rehan Makhtar yg lain di PNM sebelum decide untuk beli Objection sebabnya sebelum itu memang tak pernah tahu pasal penulis ni.

bagi aku jalan ceritanya lebih kurang #Hurt, pasal hero nak balas dendam kat heroin tapi aku lebih suka dengan Objection sebab cerita dia lagi smooth dan konflik lebih tersusun kemas dan cantik, takde part yg aku rasa meleret. 

ceritanya mengenai Zafiq yg mahu balas dendam pada Aira kerana dia ingatkan Aira yg kecewakan adiknya so dia buat rancangan menculik Aira. apa yg jadi sepanjang tempoh Aira diculik tu? silalah baca..hihi

bagi aku, Zafiq ni terlebih drama selalunya watak perempuan je yg kita tengok suka buat drama. dah la tak tahu hujung pangkal cerita, Zafiq dengar kisah adik dia pun dari orang lain pastu sesedap hati nak jatuhkan hukuman sendiri pada Aira.

Aira pula memang kuat, kalau aku jadi dia mahu nangis kena tinggal dalam hutan tapi Aira ni dia tahu macam mana nak survive dan tahu bawa diri walaupun terkontang kanting seorang diri di situ. beberapa kali juga hati jadi sendu bila baca kesusahan dan apa yg Aira kena tanggung atas kesalahan orang lain.

bila kebenaran terbongkar, aku tak rasa kesian pun kat Zafiq bila dia cuba nak ambil hati Aira balik like seriusly padan la muka ikut suka hati kau nak culik anak dara orang sapa suruh, lain kali siasat dulu. rasanya aku pula yg emo..haha

Review Novel | Hatiku Untuk Dia by Hatiku Untuk Dia


Novel : Hatiku Untuk Dia
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 1025
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : April 2018


buku ni aku beli yg preloved so at first memang tak perasan ketebalan novel ni. sekali dapat nah ambil kau besar gedabak terus hilang mood nak baca jadinya peram sekejap sebelum baca lagi-lagi memang tak rajin nak baca buku tebal sebenarnya tapi antara sebab aku beli novel  ni lebih kepada penulisnya.

Hatiku Untuk Dia mengisahkan Reza seorang drummer untuk band I,Bandel yg turut dianggotai Alfan, kembar Reza sebagai vocalis band tersebut. selepas kematian Alfan, Reza keluar dari dunia glamor dan selesa hidup dalam dunianya sendiri. 

selepas 8 tahun, Reza diamanahkan untuk menjaga dua adik tirinya iaitu, Qaira dan Uwais. bagi Reza amanah ini sangat berat tambahan dia tidak pernah ambil peduli tentang mereka tapi terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut. Reza cuba menerima mereka walaupun dia tidak setuju penglibatan Qaira & Uwais sebagai artis.

antara watak dalam novel ni:

Reza - aku tak suka sangat dengan watak Reza at first sebab dia selesa dengan hidupnya dan dunia dia agak tertutup untuk bergaul dengan orang tapi bila baca dari satu bab ke satu bab, aku mula jatuh hati dengan Reza lagi-lagi bila tahu rahsia dan pengorbanan yg Reza lakukan selama ni. yg kesian dengan Reza bila dia selalu pikirkan orang lain dulu walaupun luaran nampak macam hati kering tapi orang lain tak pernah nak cuba paham dia.

Qaira & Uwais - adik kembar Reza yg lain emak. memang rasa diorang ni adorable memula tu, cuba nak rapat dengan Reza (yelah Reza bukan reti nak tunjuk mesra depan orang) tapi bila dah jadi artis makin kuat memberontak dan buat perangai macam nak minta penampar jepun, langsung tak hormat Reza sebagai abang. time ni memang rasa sakit hati dengan perangai budak dua ekor ni.

Elviana - PA Qaira dan Uwais. aku suka watak heroin ni sebab dia sangat matang untuk selesaikan sesuatu problem contohnya kes nak rapatkan hubungan antara Reza dengan Qaira dan Uwais dan Elviana sangat kuat untuk tempuh setiap dugaan.

Kid, One dan Waie - antara member I, Bandel. lepas band tu bubar mereka masih lagi aktif dalam bidang seni dan mereka juga orang yg bertanggungjawab bawa Qaira dan Uwais ke dunia artis. apa yg aku boleh cakap Kid, One dan Waie jenis kawan yg kononnya susah senang nak bersama tapi sembang je kencang, bila keluar cerita negatif pasal keluarga Reza memasing ntah kemana.

Jad - watak yg paling menyakitkan hati dalam buku. bengang juga sebenarnya dengan benda yg dia buat kat Elviana dan Reza lepas tu kesudahannya watak Jad ni macam terlepas macam tu je. kadang nak juga tengok skill taekwando Reza ajar mamat ni, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

walaupun buku ni tebal tapi isi dalamnya sangat padat, banyak isu yg dipetik dalam novel antaranya tentang HIV, SLE (lupus), dunia artis, isu royalti, video gaming composer dan juga mengenai cyberbullying. bila baca kadang tabik spring juga kat penulis sebab banyak isu yg diketengahkan dan ada antaranya menjadi topik yg agak sensitif bagi kita terutama berkaitan HIV/AIDS.

aku rate buku ni 5 bintang sebabnya walaupun tebal tapi tak ada bahagian yg aku rasa bosan oh yaa maybe slow sikit nak start baca, lagi-lagi part awal tu banyak pasal budak baru nak up jadi artis tapi lepas part kahwin tu susah sangat nak letak buku ni sebab konflik dah makin best, semangat nak tahu apa rahsia Reza dan juga tak sabar nak tahu kesudahan cerita.