Terius Behind Me


Title : Terius Behind Me
Episodes : 32
Duration : 30 minutes
Cast : So Jisub, Jung Insun, Son Hojun, Im Semi, Sung Joo, 
Kang Kiyoung, Kim Yeojin, Cho Taekwan


Terius Behind Me mengisahkan Go Aerin seorang suri rumah yg menjaga anak kembarnya, Joon Soo dan Joon Hee (Joon-Joon). kehidupannya berubah apabila suaminya meninggal dunia secara mengejut dan Aerin terpaksa mencari kerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga dan Aerin mencari babysitter untuk menjaga kedua anaknya.


Kim Bon pula jiran sebelah rumah Aerin dan Kim Bon ini sebenarnya former agent untuk National Intelligence Service (NIS) tapi kini hidup secara sembunyi selepas gagal dalam misi pasukannya tiga tahun yg lalu. Kim Bon menyiasat satu kes dan secara tidak langsung berkait dengan kematian suami Aerin. bagi mengelak keluarga Aerin diancam bahaya, Kim Bon menawarkan diri untuk menjadi babysitter Joon-Joon.


aku rasa ni first time tengok So Jisub berlakon dengan child actor, bukan seorang tapi dua orang pula tu, seriusly comel giler. cuba bayangkan spy yg dah biasa dengan misi yg mengancam nyawa tetiba nak kena handle dua orang budak. antara scene yg aku suka bila Joon-Joon minta cari barang diorang pastu jadi chaos giler sebab Kim Bon tak paham last terpaksa minta tolong orang. tapi seriusly aku suka tengok scene So Jisub melayan Joon-Joon, comel sangat kot..hihi


antara watak lain yg aku suka ialah Jin Yongtae yg menjadi boss Go Aerin. at first aku rasa watak dia sangat annoying dan ingatkan dia jahat tapi just nak cakap bila tahu siapa dia sebenarnya seriusly memang kelakar sebab unexpected. Unexpected macam mana tu kena la tengok sebab tak boleh cite lebih-lebih nanti jadi spoiler.


KIS (King Castle Information System) ialah geng suri rumah sepenuh masa. walaupun nampak geng ahjumma ni macam kepochi sikit tapi sebenarnya diorang yg banyak take care Aerin lagi-lagi lepas suami dia meninggal. time anak Aerin kena culik atas bantuan KIS mereka dapat jumpa balik anak Aerin dan hampir dapat berkas penculik tersebut. pendek cakap jangan main-main dengan geng KIS ni even So Jisub tak berani lawan diorang..hihi


Terius Behind Me memang best dan bagi aku takde part yg aku rasa membosankan plus So Jisub yg berlakon kan mesti la daebak.

5 comments:

  1. memang bercadang nak tengok drama ni nanti hehe

    ReplyDelete
  2. Baru je habis tengok. For me, cerita dia best sebab kelakar cuma ending dia macam lackluster sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sebab part romantik antara so jisub & jung insun tak banyak kot sebab tu rasa ending dia ada kureng sikit tapi yup apapun memang best..hihi

      Delete
  3. Hahaha.. Memang kelakar part so jisub layan bebudak tu.. Yelah tak pernah handle budak tetibe kena handle budak.. dah lah kejung je.. hahaha..
    Part watak Jin Yongtae, memang setuju.. Memula ingatkan kejam tapi ... hahaha.. antara watak yang sangat best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun cerita dia nampak heavy tapi dengan budak2 ni dan part kelakar, memang best je layan..hihi

      Delete