Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (TV3)

Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (TV3)

Drama : Aku Cinta Dia
Slot : Lestary TV3
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Hannah Delisha, Aiman Hakim, Nadia Brian, Fahad Iman,

Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (TV3)

Aku Cinta Dia mengisahkan Laila yg membawa diri ke Armsterdam untuk mengubat hati yg kecewa setelah perkahwinannya dengan Ikhwan dibatalkan selepas Ikhwan menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka.

Di Armsterdam, Laila berkenalan dengan Sarina yg banyak membantunya semasa dia di sana dan secara kebetulan Laila juga bertemu dengan Affan yg mana Laila selalu mengikuti posting instagram Affan yg selalu berkongsi tempat-tempat menarik di Armsterdam. Affan berjanji akan membawa Laila untuk melawat tempat yg sering dikongsinya di laman instagram, dari situ hubungan Laila dan Affan bertambah rapat.

banyak konflik terjadi apabila Laila mengetahui sebab mengapa Ikhwan menghilang diri di hari bahagia mereka dan Affan pula berselisih pendapat dengan Sarina yg mahu kembali ke Malaysia untuk mencari ayah mereka.

Novel | Jangan Ganggu Jodohku


Novel : Jangan Ganggu Jodohku
Penulis: Umie Nadzimah
Helaian : 480
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : November 2018


Jangan Ganggu Jodohku kisah mengenai saka keturunan yg mahu diwariskan kepada pewarisnya. oleh kerana pewarisnya menolak, banyaklah onar yg dibuat oleh saka ni hinggakan tak boleh sebut langsung bab jodoh.

at first ingat buku ni lebih kepada seram lagi-lagi bila melibatkan saka tapi bila baca, kisah dia lebih kepada komedi seram yg kelakar sangat dan santai. dari awal bab lagi nak tergelak bila baca buku ni dengan perangai Aliza yg sempoi dan juga si saka yg tak sedar diri sibuk nak kacau orang.

overall, buku yg menarik dan menghiburkan.

Review Novel | The Reason by Rehan Makhtar

Review Novel | The Reason by Rehan Makhtar

Novel : The Reason
Penulis : Rehan Maktar
Helaian : 576
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : Noveber 2018

Review Novel | The Reason by Rehan Makhtar

bagi aku isu dan emosi yg dibawa dalam novel ni agak berat ditambah pula dengan perasaan tak suka dengan watak heronya, agak mencabar juga nak habiskan bacaann. dari awal aku dah boleh teka apa yg terjadi antara Ammara dan Eqram cumanya agak kecewa juga dengan heroin bila tahu senang sangat Ammara percaya dengan janji budak macam Eqram ni sepatutnya dia lebih matang dan tak mudah tergoda dengan janji budak ni.

aku suka dengan gaya penulisan dan olahan Rehan Maktar tapi dalam buku ni banyak babak flashback yg agak menganggu aku waktu membaca The Reason sebab aku selalu confius dan tak sedar bila latar masa berubah, kadang tu memang ada masa aku repeat balik sebab nak pastikan Ammara ni tengah flashback ke apa.

kesimpulannya aku susah nak terima heronya Eqram sebabnya aku lebih suka Eqwan tapi itulah kadang rasa tak adil juga buat lelaki yg terlalu baik macam Eqwan so at the end redha je la dengan pilihan Ammara sebab dia pun berhak hidup bahagia daripada terus menghukum diri sendiri atas kesilapan masa lalunya.

Baca juga: Novel Objection oleh Rehan Makhtar

Review Drama: The Bridge (Viu)

Review Drama: The Bridge (Viu)

Title : The Bridge
Episodes : 10
Duration : 45 minutes
Cast : Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad, Gavin Yap

The Bridge sebuah drama remake dari series The Bridge mengisahkan tentang penemuan mayat di Jambatan Tuas di garisan sempadan Malaysia-Singapura, yg merumitkan keadaan apabila mayat tersebut dikerat dua dan kedua bahagian tersebut milik dua individu berbeza. Inspektor Megat Jamil dari ICD Malaysia dan Detektif Serena dari ICD Singapura ditugaskan untuk bekerjasama dan menyelesaikan kes tersebut.

Character dua watak ni pun sangat berbeza, Serena seorang yg tegas dan kadang terlalu mendesak untuk selesaikan kes manakala Megat pula lebih rilek, berpengalaman dan lebih friendly dengan rakan sekerja. Megat sudah mempunyai keluarga dan kesibukan kerja membataskan masanya bersama keluarga. hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan pada hubungan Megat dan isteri apabila mereka sering bertengkar setiap kali Megat pulang ke rumah.

Review Drama: The Bridge (Viu)

pembunuh pula memang psiko kononnya nak buka mata semua pihak tentang isu social hierarki, duit haram, pemerdagang manusia, keganasan rumah tangga dan juga isu buruh kanak-kanak tapi masalahnya mangsa yg dia guna orang tak bersalah dan tade kena-mengena pun dengan pembunuh. yg geram tu polis sibuk kesana kesini nak selesaikan  setiap kes tapi satu klu atau bukti pun tak ada mengenai pembunuh macam wah hebatnya kau buat kerja.

yg pasti aku suka dengan drama ni memang saspen, jalan cerita pun menarik dan hero dia Bront kot mestilah kena tengok. aku tak pasti drama ni berapa episode tapi kat VIU dah sampai episode 6 so aku harap jalan cerita bertambah best dan lagi saspen.

Review Drama: Jibril (VIU)

Review Drama: Jibril (VIU)

Title : Jibril
Episodes : 10
Duration : 60 minutes
Cast : Aeril Zafrel, Tony Eusoff, Sangeeta, Lisa Surihani, Fezrul Khan, Nadia Aqilah, Amar Ashraff

SINOPSIS

Mengisahkan seorang peguambela, Jibril Azym yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Terdapat juga kisah lampau yang menunjukkan bagaimana Jibril memilki sifat luar biasa tersebut. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri. Jibril dibantu oleh pembantunya yang juga seorang peguam iaitu Jackie

aku ada tertengok promo drama ni beberapa kali di tv tapi tak sempat la nak tengok di tv. memula ingatkan Jibril drama detektif jenayah pembunuhan, ok tak skop drama ni lebih luas sebenarnua iaitu mengenai misteri pembunuhan, kerjaya penguam, terrorist dan juga AI (Artificial Intellingence). 

kiranya banyak isu dan banyak juga benda nak paham walaupun tak berapa nak paham sebenarnya..hihi ditambah pula dengan pacing drama ni yg agak slow agak struggle juga aku nak habiskan so i wish kat VIU ni ada speed button supaya boleh tengok dengan laju sikit. overall, bagi aku not bad la dan ending menarik juga ada plot twist pada watak Jibril ni.

nak puji juga la bila ada production yg nak buat drama genre macam ni dan cuba bawa kelainan dalam drama melayu.

The Beauty Inside


Title : The Beauty Inside
Episodes : 16
Duration : 65 minutes
Cast : Lee Minki, Seo Hyunjin, 
Lee Dahee, Ahn Jaehyun, Lee Taeri, Moon Ji-In.


SIPNOSIS

Han Se Kye is a top actress, also known as a troublemaker, with many rumors around her. To others, her life appears as a mystery, when in fact she is faced with a strange occurrence where she must change into a different body and new identity for one week a month. 

She encounters Seo Do Jae, a brilliant man who is an executive at an airline company. He seems to have it all: a perfect appearance, knowledge, and a good job; but he has a secret too. He suffers from Prosopagnosia, the inability to recognize faces. However, he manages to hide this from the world, every day he makes an effort to remember people by their personalities. 

Seo Do Jae's life begins to change when he meets Han Se Kye. She is the only person whose face he can recognize. But with Han Se Kye's constant disappearance and change how long can she keep her secret?


The Beauty Inside drama adaptasi dari filem yg juga menggunakan tajuk yg sama, mengisahkan Han Sekye top actress di korea yg mempunyai rahsia bertemu dengan chaebol bernama Seo Dojae yg nampak perfect tapi menghidap prosopagnosia atau face blindness.

drama ni sangat menarik walaupun awalnya bila aku baca sipnosis rasa pelik dengan character heroin yg boleh bertukar menjadi orang lain tapi bila follow drama ni memang best ditambahkan pula dengan barisan pelakon yg mantap memang menghidupkan lagi jalan ceritanya cumanya last episode cerita dia agak meleret dan bosan sikit.

chemistry antara Lee Minki dan Seo Hyunji memang sangat serasi walaupun ada part yg bercinta macam cringe giler mengalahkan budak sekolah tapi scene sedih memang rasa nak menangis sekali. salute sebenarnya dengan acting mereka ni sebab boleh buatkan penonton ketawa dan juga menangis dalam masa yg sama.

Review Lakorn 2018

untuk tahun 2018 ni ada beberapa lakorn yg aku dah tengok tapi malas nak tulis review dan ada juga yg peram dalam draft je sampai tak tertulis review. so time mood nak menulis tengah ada ni, aku nak compile je semua dan buat short review sahaja.

Ngao Asoke (2016)


Title : Ngao Asoke
Year : 2016
Episodes : 19
Duration : 60 minutes
Cast : Sean Jindachot, Esther Supreeleela

drama  remake dari lakorn lama, kisah Monthai (Sean) yg bertunang dengan Viyada sebelum belajar ke luar negara. sepanjang tempoh dia di luar negara dia selalu berhubung dengan tunangnya melalui surat tapi dia tak tahu yg balas surat dia tu Bpeeyachat (Esther). Monthai tak tahu tunang dia tu perangai bukan baik sangat sampaikan mak Monthai yg sakit minta nak jumpa bakal menantu, Viyada boleh hantar Bpeeyachat dan mak Monthai tak ingat muka Viyada end up suka Bpeeyacahat. masalah timbul bila Monthai balik dari oversea dan dapat tahu Bpeeyachat berlakon jadi tunang dia.

REVIEW:
  • suka gandingan Sean dan Esther, aku suka couple ni dari Leh Ratree.
  • watak Monthai agak annoying asyik tuduh Bpeeyacahat nak ambil kesempatan, dia tak tahu yg tunang dia tu muka je cantik tapi perangai hodoh.
  • watak Bpeeyachat pula heroin yg terlalu baik sangat. kadang geram juga bila tak reti nak defence diri sendiri
  • jalan cerita yg klise sangat.

Paragit Likhit Ruk


Title : Paragit Likhit Ruk
Year : 2017
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast, Sean Jindachot, Vill Wannarot

mengisah Jarawee (Vill) top star yg mati dalam kemalangan dan rohnya tidak tenang selagi tidak mengetahui bagaimana dia boleh mati. Jarawee berjumpa dengan Teechat yg ada kebolehan boleh melihat hantu dan minta bantuan Teechat untuk siasat kematiannya.

REVIEW :
  • Jalan cerita best juga walaupun ada few part macam merapu sikit
  • poster nampak macam seram kan tapi tak seram langsung.
  • ending dia sedih, nak expect apa bila heroin dia dah sah-sah hantu.

Ngao Jai


Title : Ngao Jai
Year : 2015
Episodes : 15
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Vill Wannarot, Toomtam Yuttana

Ngao Jai pula kisah Ruth (Toomtam) yg nak balas dendam pada Matinee (Vill) sebab dia ingatkan Matinee ada komplot mainkan adik kembar dia iaitu Watit sampai Watit jatuh sakit. jadinya Ruth menyamar sebagai Watit dan Matinee tak perasaan yg mereka dua orang yg berbeza.

REVIEW:
  • ni jenis revenge lakorn yg hero asyik salah paham dan confius dengan perasaan sendiri.
  • heroin pula memang baik hati tapi sayang hero tak nampak kebaikan dia.
  • watak jahat banyak manipulate keadaan
  • tipikal lakorn.

Petch Tud Petch


Title : Petch Tud Petch
Year : 2016
Episodes : 16
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : Weir Sukollawat, Mick Thongraya, Kwan Usamanee

aku tengok lakorn ni dari bulan berapa tak tahu sampai sekarang tak habis lagi bukan apa bila stop aku lupa nak sambung tang mana. lakorn ni mengenai Chart yg mahu melepaskan diri dari diburu satu organisasi rahsia yg terlibat dalam kes pembunuhan tokoh terkenal.

REVIEW:
  • main reason tengok sebab hero dia Weir, itu sahaja.
  • drama action-romance.

Jao Sao Jum Yorm


Title : Jao Sao Jum Yorm
Year : 2018
Episodes : 16
Duration : 1 hour 35 minutes
Cast : Mick Thongraya, Pooklook Fonthip

mengisahkan Maysarin seorang usahawan dan artis terkenal yg terpaksa berkahwin dengan Khet untuk mengelakkan kontroversi bila gambar mesra dia dengan Khet tersebar.

REVIEW:
  • aku suka Mick berlakon watak begini sebab selalunya dia banyak berlakon dalam drama aksi dan mafia. kadang tu aku rasa macam tak sesuai bila gangster tapi muka jambu.
  • heroin annoying! at first suruh hero tu bertanggungjawab bila hero nak bertanggungjawab dia tak mau pula.. hei, apa kau nak sebenarnya perempuan!!
  • selain hero, semua watak dalam drama ni tersangatlah annoying macam nak bagi penampar sorang-sorang.
  • slap & kiss lakorn so lakorn yg tipikal
  • drama yg aku tengah tengok tapi rasa macam nak stop je sebab stressnya ya ampun.

Done.

Your House Helper


Title : Your House Helper
Episodes : 32
Duration :30 minutes
Cast : Ha Seokjin, Bona, Lee Jihoon, Go Wonhee, Seo Eunha, Jeon Soojin,
Yeon Junsuk, Lee Dogyeom, Jo Heebong.


ini drama yg aku nak tengok tapi tak rasa nak tengok bila tak familiar dengan heroin tapi aku decide untuk tengok sebab aku takde mood nak tengok drama berat so this one pilihan yg tepat sebabnya tak expert apa sangat dan jalan ceritanya sebenarnya sangat santai dan tak serabut atau nak buat kau stress.

Your House Helper mengisahkan Kim Jiwoon yg memang pakar dalam kerja membersih dan mengemas rumah. pendek cakap kalau rumah bersepah sampai takde masa nak kemas so bolehlah dapatkan khidmat Jiwoon gerenti anda pasti puas hati dengan service dia.


Im Dayoung pula life dia agak miserable walaupun tinggal di rumah besar peninggalan ayahnya tapi dia juga terpaksa tanggung hutang ayahnya. Dayoung mahu mencari penyewa tapi keadaan rumahnya yg bersepah buat orang pikir dua kali nak duduk situ. Dayoung juga sangat sibuk dengan kerjanya sampai dia takde masa nak mengemas rumah dan terpaksa dapatkan khidmat Kim Jiwoon.

atas beberapa faktor dia sewakan bilik kepada kawan baiknya iaitu Han Somi, pemilik kedai nail salon yg fobia dengan lelaki dan Yoon Sang-A yg sangat mementingkan penampilan tapi sangat struggle dengan life dan bekerja dirumah.


cakap pasal chemistry antara main lead rasanya macam kureng sangat sampai separuh drama pun aku tengok perasaan excited atau bunga-bunga cinta tu macam tak nampak atau maybe aku je yg hati kayu..hihi

maybe aku tak familiar dengan heroin ni kot, acting dia bagi aku biasa-biasa je, nak kata teruk tak juga tapi disebabkan pelakon lain lebih pandai berlakon so acting dia agak tenggelam sebagai main heroin. sebenarnya aku kagum sikit dengan heroin ni, dari awal sampai tamat drama, intonasi suara dia sama je sampai aku dah boleh teka intonasi dan muka macam dia guna pada situasi tertentu.


drama ni bukan the best drama maybe jalan cerita yg smooth dan banyak aura positif buat aku layan sampai habis. dari segi cerita aku suka dengan philosophy Kim Jiwoon (kadang rasa macam nak panggil Jiwoon mai tolong kemas rumah..hihi) tapi plot dan isu yg ada dalam drama ni atau kata lain masalah pada heroin bagi aku benda yg boleh diteka dan tipikal yg biasa jumpa dalam kdrama macam sexual harassment, gender discrimination dan isu buli di tempat kerja.

aku sebenarnya lebih suka pada jalan cerita watak lain macan progress hubungan Sang-A dan Kwon Jinkook, rasa sweet kot Jinkook tengok dia gigih nak mengorat Sang-A. Somi pula cuba nak lawan fobia dia dan juga masalah Kang Hyejoo yg  minat pada bestfriend dia. overall still enjoyable layan cerita ni sebenarnya.

Fukuyado Honpo


Title : Fukuyado Honpo ~ Kyoto Love Story
Episodes : 12
Duration : 30 minutes
Cast : Hayami Akari, Ichihara Hayato, Sasaki Nozomi, Miyani Hina, Yamashita Kenjiro


SIPNOSIS

Fukuyoshi Hina, Arare, and Hana are three sisters whose family run Fukuya, a 450-year-old traditional Japanese confectionery shop in Kyoto. This is the story of their individual romances, love of family and sacrifices for the sake of protecting tradition


Fukuyado Honpo sebenarnya nama kedai yg membuat kuih manisan jepun. tuan kedai ni ada tiga orang anak iaitu Hina, Arare dan Hana. watak utama dalam drama ini adalah anak kedua iaitu Arare.

Arare sangat minat pada japanese sweet dan selalu teman ayahnya membuat manisan. selepas kematian bapanya, ibu Arare jadi makin tegas dan tidak membenarkan Arare masuk ke dapur kedai mereka kecuali kakaknya yg bakal menjadi pewaris Fukuyado Honpo. sejak itu, Arare terasa hati dengan ibunya dan langsung tak ambil peduli urusan perniagaan keluarga mereka.

Suatu hari, Arare diminta oleh ibunya untuk berkahwin dengan Kenji dan menjadi pewaris sebab kakak dia akan berkahwin. awal tu memang Arare memberontak juga bila ibu dia tak habis nak mengatur kehidupan dia. sampailah ibu dia tertiba jatuh sakit, masa itu baru Arare ubah fikiran.


Kenji pula chef di Fukuyado Honpo yg bekerja di situ sejak umur 18 tahun  kiranya dah master dalam membuat japanese sweets. sebab itu juga ibu Arare nak jodohkan Kenji dengan pewaris tapi disebabkan kakak Arare dah ada pilihan sendiri makanya Arare yg perlu mengambil alih tugas tersebut.

sebenarnya jalan cerita awal tu memang menarik yg mana lebih fokus mengenai konflik dalam Arare sama ada untuk terima atau tidak tanggungjawab untuk menjadi pewaris kedai keluarganya tapi lepas tu ceritanya lebih fokus pada kisah cinta kakaknya iaitu Hina dan Hinoyama.


dari mula lagi, aku pun tak paham kenapa Hina nak kahwin dengan Hinoyama sebab diorang tak pernah keluar dating ke apa just Hinoyama ajak kahwin dan dia pun setuju. kisah diorang ni dah jadi complicated sebabnya masing-masing bengong sangat macam Hinoyama asyik kira pride dia dan Hina pula tak pernah nak luah apa yg dia rasa.

akhinya bila berkahwin rumah tangga jadi goyah sebab kurang komunikasi dan keadaan jadi makin rumit bila ada geiko yg cuba nak mengorat Hinoyama. bagi aku kisah diorang dah rosakkan the whole story sebabnya mood tu effect pada watak lain juga. Kenji yg mulanya sweet tetiba makin annoying pula, Arare pula tak pasti lagi hubungan dia dengan Kenji bila Kenji asyik reject dia lepas dia luahkan perasaan.


at first aku tertarik nak tengok drama ni sebab lokasinya di Kyoto, aku suka sangat Kyoto sebab tempat dia memang cantik, drama ni ada juga selitkan budaya yg ada di Kyoto tapi bila kisahnya lebih fokus pada cinta, agak bosannya juga jalan ceritanya.

Novel | Jujur Sebuah Janji


Novel : Jujur Sebuah Janji
Penulis : Xue Yayu
Helaian : 556
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2018


Jujur Sebuah Janji mengisahkan Fateh yg bercuti ke villa milik keluarga Lufya, sepanjang tempoh Fateh bercuti Lufya yg menemaninya tapi dia ingatkan Lufya orang gaji di situ. Fateh ni jenis yg panas baran dan suka maki pekerja bawahan dia dan sepanjang perkenalan mereka Lufya banyak mengubah sikap Fateh. sebelum berpisah, ada perjanjian yg termenterai antara mereka.

selepas tujuh tahun, mereka bertemu kembali namun sikap Lufya jauh berbeza dan menyimpan satu rahsia yg buat dia sukar untuk terima Fateh sebagai teman istimewa. Fateh yg sekarang jauh berbeza, sangat penyabar walaupun Lufya asyik menolak dirinya tapi masih sabar menanti.

bagi aku jalan ceritanya agak menarik walaupun ada beberapa part yg aku rasa penat sikit dengan perangai Lufya yg banyak simpan rahsia sampaikan lepas berkahwin still tak nak cerita apa masalah dia yg sebenarnya dan Fateh yg penyabar pun dah malas nak layan perangai dia. sampai satu tahap Fateh dah terpengaruh dengan cerita orang luar tapi nak salahkan siapa.

aku baca buku ni bulan lepas, agak lambat sikit nak tulis review dan aku pun dah lupa nak tulis apa sebenarnya ni, lama sangat peram entry ni..hihi. overall cerita dia boleh tahan dan agak menarik walaupun ini novel pertama dari penulis ni.

Novel | Infiniti


Novel : Infiniti
Penulis : Farrah Izzlorna
Helaian : 313
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mei 2017


Infiniti mengisahkan Andrian yg mempunyai kelebihan dapat melihat benda yg tidak dapat dilihat oleh manusia lain tapi disebabkan kena brainwash dengan ibunya, Andrian percaya dia menghidap penyakit mental dan semua benda yg dilihatnya itu cuma mainan ilusi. 

sampailah suatu hari, Andrian pulang ke kampung ibunya untuk melawat neneknya yg sedang nazak kemudian dia terlibat dalam kemalangan. apabila sedar, Andrian mendapati keadaan sekeliling jauh berbeza dan dia telah jauh merentasi masa ke tahun 1985. di sini Andrian bertemu Luth, Suri dan Yasmin dan juga tentang rahsia keluarga yg disembunyikan ibunya selama ni.

bagi aku Infiniti memang unik dan terbaik, ada time travel, misteri dan seram dan aku tak expect part seram tu so bila Andrian bercerita pasal Setanggi sangat meremang lagi-lagi bila macam buku ni tengah malam, memang feel sangat. aku suka dengan susunan plot yg kemas sampai aku rasa susah nak stop baca sebab tak sabar nak tahu keseluruhan cerita. 

untuk ending pula macam mana nak cakap ye, ending yg aku boleh terima walaupun masih ada lagi misteri belum terungkai lagi-lagi pasal Noah tetapi sangat sedih untuk kisah Andrian dan Suri juga Luth dan Yasmin, apapun cerita dia memang awesome sangat.