Drama China | The King's Avatar (2019)


Title : The King's Avatar
Director : Shi Yiyue
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Yang, Lai Yu Meng, Maggie Jiang, Daisy Li, 
Leon Lai, Fan Ji Wei, Sun Ning, Li Jun Chen


tahun ni banyak chinese drama bertemakan e-sport yg aku dah tengok iaitu Go Go Squid dan Gank Your Heart, dan terbaru ialah The King's Avatar. tak tahu kenapa popular sangat e-sport ni kat sana mungkin satu cara untuk mempromosikan sukan ini di China kot. walaupun banyak drama e-sport aku boleh cakap setiap drama ni ada kelainan tersendiri, kalau dua drama ni macam ada masuk sikit kisah cinta tapi dalam The King's Avatar jalan cerita memang pasal game sahaja, kalau korang jenis kaki game bolehlah layan drama ni.


The King's Avatar mengisahkan Ye Xiu seorang pro gamers yg sudah 10 tahun berada dalam dunia e-sport, Glory World dan sudah membawa pelbagai kejayaan untuk pasukannya iaitu Jiashi Team. konflik bermula apabila manager yg merangkap kawan baik dia mahu gantikan tempat Ye Xiu sebagai kapten dengan seorang budak baru. selama ini Ye Xiu yg banyak lead team dia dalam setiap pertandingan tetiba nak suruh dia ikut cakap budak baru memang tak mungkin dia nak kompromi bab tu last sekali dia terus cakap nak bersara.

passion Ye Xiu dalam dunia Glory sangat tinggi, dia langsung tak terpikir nak bersara sementara bekerja di cyber cafe selepas keluar daripada Jiashi, dia curi masa juga untuk main Glory so dari sini dia create senjata baru, rekrut budak baru dan seterusnya buat team sendiri iaitu Xing Xin.


kebanyakan ahli pasukan Xing Xin bukan professional player, Ye Xiu jumpa diorang dalam game sahaja tapi bila dia nak tubuhkan team sendiri, dia panggil budak-budak ini untuk join team dia. untuk bertanding dengan pro team yg lain memang jurang tu sangat besar apbila mereka masuk competition tapi semua itu tak patahkan semangat mereka untuk berlatih dan improve skill sendiri.


drama ni memang cakap pasal game saja, so kena bagi kredit pada team production sebab buat graphic dan visual yg cantik untuk game baru terasa macam masuk dalam dunia game bila tengok drama ni. semua watak dalam drama ni sangat menarik tapi aku tak puas hati watak jahat dia tak berapa jahat, main kotor sabotaj orang tapi last-last rileks je macam tak ada apa pun. 

overall, jalan cerita dia menarik tapi bila terlalu fokus pasal game kadang tu rasa bosan juga, banyak part game kat hujunghujung yg aku skip je sebab nak jimat masa.

17 comments:

  1. alamak banyaknya episod haha >< cemana bahagikan masa untuk tengok drama eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtahulah..ikut mood juga tengok drama ni..hahaha

      Delete
  2. Esport memang dah popular dekat sana. Dekat Malaysia pun semakin meningkat sambutan dari tahun ke tahun. Siapa suka esport boleh lah tgk drama ni kan.

    ReplyDelete
  3. Masih dalam waiting list drama ini walaupun sebelum keluar hari tu berkobar-kobar nak tengok.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. Sampai la ni belom terhabis tengok lagi. Haha tersangkut sangkut je.

    ReplyDelete
  5. kalau baca tajuk drama, ingatkan cite omputih rupanya Cina hehehe. nampak macam best je tuu

    ReplyDelete
  6. Wahhhh. Nampak menarik cerita ni..

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tengok citer Cina. Gamers mesti suka kan sbb citer macam ini spt yg penulis katakan tu.

    ReplyDelete
  8. Kaki2 games mesti layan drama ni kan. Dah jadi fenomena games ni siap ada drama

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak layan drama chinese. Tema esport tu. Camne gayanye ye.

    ReplyDelete
  10. Aha la betul sekarang ni banyak drama pasal esport, macam saya ni yang tak layan esport taktau la boleh layan ke tak drama ni.. haha

    ReplyDelete
  11. kita ingat cite Korea rupanya China hehehe tak tonton lah macan kurang menarik lak lagi pun kita tak berapa minat e-sport ni heheh tengok Malaysia kalah teruk masa kat sukan Asean tu malu rasa wakakakka..

    ReplyDelete
  12. Woww macam best je.. Cerita pasl game je.. Mesti diaorg berlawan dengan penuhbgaya lagi.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Looking forward nak tonton drama ni. Haritu drama Korea Memories of the Alhambra citer pasal augmented reality game juga. semapt tgk sikit je sebab rasa sedikit bosan.Mesti grafik giler2 best ni.

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik tapi nak habiskan 40 episodes tu agak susah sbb xde masa. Tp tengok pelakon comel2 semuanya

    ReplyDelete
  15. For those who love esport for sure will watch this.

    ReplyDelete