Sinopsis Insan Terpilih (TV3)

Insan Terpilih (TV3)

Telefilem : Insan Terpilih
Produksi : Aniq Communication Sdn Bhd
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip : Yati Chong
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 7 September 209
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan

Sinopsis Telefilem Insan Terpilih

Mengisahkan Firdaus yang digelar sebagai gila dan busuk kerana keadaannya yang tidak terurus dan sering mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau.

Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana Firdaus dangat rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mengenai Firdaus kerana sudah seharian tidak nampak kelibatnya di surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak.

Sinopsis Latah Fighter (Astro Warna)

Latah Fighter

Telefilem : Latah Fighter
Produksi : Fazura Pictures
Pengarah : Bahri Uma
Siaran : Astro Warna 107
Tayangan : 30 Disember 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Fattah Amin, Kamarool Haji Yusoff, Fikry Ibrahim, Amerul Affendi, Al Jufferi Jamari, Mak Wan Latah, Sanjna Suri, Amir Raja Lawak

Sinopsis Telefilem Latah Fighter

Kisah Dani dikenali dengan sifat 'melatah' dan sering dibuli kerana latahnya itu. Pak Ishak, seorang lagenda silat tempatan, melihat potensi besar dalam diri Dani dan memutuskan untuk mengajarnya silat sebelum dia bersara.

Sinopsis The Cadets (Astro Ceria)

The Cadets (Astro Ceria)

Drama : The Cadets
Produksi : Infinitus Films
Pengarah : Faisal Ishak
Siaran : Astro Ceria 611
Mula Tayangan 27 Disember 2023
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Episod : 6
Pelakon : Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Bella Dowanna, Jazmy Juma, Adlin Aman Ramlee, Ibad, Danish, Eqmal

Sinopsis The Cadets (Astro Ceria)

Sinopsis Drama The Cadets

Mengisahkan perjuangan empat sekawan kadet bomba iaitu Amir (Mierul Aiman), Hakim (Fimie Don), Liz (Bella Dowanna) dan Farah (Hawa Rizwana) dalam Team Omega yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal untuk mewakili Kadet Bomba di Kem Jamboree Kebangsaan.

Team Omega mencari idea untuk cabaran pertama iaitu war cry yang paling sempurna. Amir cuba menjadi ketua dan mengawal projek tersebut dan tidak mahu menerima pendapat ahli pasukannya yang lain. Hal ini menyebabkan Amir dan Farah bertengkar.

Manakala Cabaran ketiga pula mencabar kemampuan Liz yang mempunyai fobia pada ketinggian menyebabkan dia tidak mahu mengambil bahagian dan cuba melarikan diri daripada Amir, Farah dan Hakim.

Mampukah perjuangan empat sekawan mengatasi segala cabaran untuk mewakili Kadet bomba di Kem Jamboree Kebangsaan?

Sinopsis Don't Wish Me Merry Christmas (TV2)

Don't Wish Me Merry Christmas (TV2)

Telefilem : Don't Wish Me Merry Christmas
Pengarah : Muhamad Ikhsan Sukiman
Siaran : TV2
Tayangan : 25 Disember 2023
Masa : Isnin | 8.00 Malam
Pelakon : Fabian Loo, Theebaan G, Elvina Chua

Don't Wish Me Merry Christmas (TV2)

Sinopsis Telefilem Don't Wish Me Merry Christmas

Mengisahkan Stanley seorang pengawai bank yang tidak suka menyambut krismas kerana pernah mengalami insiden buruk pada sambutan krismas. 

Berbeza pula dengan David, rakan karib Stanley yang teruja untuk menyambut perayaan tersebut dan cuba mengubah tanggapan buruk Stanley pada sambutan Hari Natal. Pelbagai rancangan dilakukan oleh David supaya Stanley dapat merasai kemeriahan dan menyukai hari krismas malangnya rancangan David selalu gagal.

Suatu hari, David disahkan menghidap kanser perut dan tidak mempunyai banyak masa lagi. Stanley juga mendapat tahu David membuat pinjaman baru dan dengan tahap kesihatan David boleh menyebabkan risiko yang besar dan menjejaskan kafe milik David.

Baca juga :


Keadaan yang berlaku pada David ini menyebabkan Stanley semakin percaya Hari Natal membawa malang dan tidak patut disambut. Namun David cuba menyakinkan keadaan Stanley yang diserang panik melampau. Adakah David dapat mengubah pendirian Stanley mengenai sambutan hari natal?

Sinopsis Kesempatan Kedua (TV9)

Kesempatan Kedua (TV3)

Telefilem : Kesempatan Kedua
Produksi : Country Universal Sdn Bhd
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Penulis Skrip : Azlina Pawan
Siaran : TV3/ TV9
Tayangan Asal : 25 November 2017
Pelakon : Izzue Islam, Kaka Azraff, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Esma Danial, Idris Md Diah

Kesempatan Kedua (TV3)

Sinopsis Telefilem Kesempatan Kedua

Mengisahkan Kepulangan Myra (Kaka Azraff) dengan imej baru bertudung dan berjubah ke kampung halamanannya mengejutkan ibu bapanya iaitu Pak Amin dan Mak Som.

Myra sebenarnya mengandung dan cuba menyembunyikan perutnya yang semakin membesar di sebalik imej baru tersebut. Myra telah terlanjur dengan teman lelakinya, Sani (Izzue Islam) tapi tidak mahu memberitahu Sani kerana takut ditinggalkan. 

Hanya Taufik (Hafeez Mikail) yang mengetahui segala rahsia Myra dan dalam diam Taufik sudah lama menyimpan perasan pada kawan baiknya itu.

Tidak lama kemudian Pak Amin dan Mak Som terkejut apabila mengetahui anak mereka mengandung anak luar nikah. Demi menyelamatkan Myra, Taufik mengaku kepada keluarga Myra bahawa itu adalah anak mereka dan ingin bertanggungjawab atas perbuatannya.

Sinopsis Yang Tersembunyi (TV Okey)

Yang Tersembunyi (TV Okey)

Telefilem : Yang Tersembunyi
Produksi : Enuja Production
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Lily Suhan
Siaran : TV Okey
Tayangan Asal : 19 September 2020
Pelakon : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Sherry Merlis, Sharifah Amani, Hisham Ahmad Tajuddin, Riz Amin, Agurl, Raja Mohammad

Sinopsis Telefilem Yang Tersembunyi

Mengisahkan Zhariff (Que Haidar) seorang suami yang panas baran sehingga sanggup memukul isteri dan anaknya. Zhariff juga dalam diam mempunyai perempuan simpanan bernama Nina.

Suatu hari, Zhariff terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan mengalami kecederaan otak yang serius. Zhariff selalu teringatkan isteri dan anaknya namun sikap Zharif yang sukar diteka menyebabknan orang kampung menganggapnya gila.

Walau bagaimanapun, Ibu Zhariff tetap sabar menjaga anaknya dan selalu berdoa supaya Zhariff berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Tercapaikah impian ibunya untuk melihat Zhariff berubah? Bagaimana penerimaan isteri dan anaknya bila mengetahui tentang kejadian yang menimpa Zhariff? Apa pula yang terjadi pada perempuan simpanan Zhariff, Nina?

Sinopsis Sherry Supir (TV Okey)

Sherry Supir (TV Okey)

Drama : Sherry Supir
Produksi : Ambang Network Sdn Bhd
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Irwan Mansor
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 29 November 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Elly Mazlein, Laila Nasir, Aiman Badrul, Erry Putra, Haikal Qayyum, Kalpana Shree, Zetty, Nazeera Sardi, Shamielya Shamsul, Aishah Sudin, Ahmad Safri Sulaiman, Ikhwan Khairudin, DBoy Hamdan

Sinopsis Drama Sherry Supir

Mengisahkan Sherry (Elly Mazlein) yang terpaksa berhenti kerja sebagai pengawai pemasaran dan membuat keputusan untuk menjadi pemandu e-hailing Angkut bagi menyara kehidupan keluarganya. Pelbagai ragam dan kerenah penumpah yang Sherry temui sepanjang bekerja sebagai pemandu.

Sherry seorang ibu tunggal membesarkan anaknya, Irfan (Aiman Qayyum) selepas berpisah dengan suaminya, Mohsen (Erry Putra) angkara orang ketiga. Selepas bercerai ibunya, Odah (Laila Nasir) tinggal bersama Sherry dan membantu Sherry menguruskan kerja rumah dan anaknya. Selain itu adiknya, Sufian (Haikal Qayyum) juga turut tinggal bersama Sherry.

Hubungan Sherry dengan Irfan agak renggang apabila Sherry sibuk kerja menyebabkan Irfan banyak menghabiskan masa dengan gajet. Hal ini menyebabkan Mak Odah risau dan menasihatkan Sherry supaya tidak mengabaikan anaknya. Dalam masa yang sama, Sherry rimas apabila Mohsen cuba memujuknya untuk bersatu semula.

Sinopsis Bawang Putih Bawang Holland (Astro Warna)

Bawang Putih Bawang Holland

Telefilem : Bawang Putih Bawang Holland
Pengarah : Izuan Mokhtar
Siaran : Astro Warna 107
Tayangan : 23 Disember 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Kazar Saisi, Isyariana, Bella Dowana, Namie, Rosnah Mat Aris, 

Baca juga : Review Telefilem Baby-Sita lakonan Mierul Aiman dan Eric Fuzi


Sinopsis Telefilem Bawang Putih Bawang Holland

Mengisahkan Pak Mat yang susah hati apabila dua orang anak perempuannya masih lagi berlum berkahwin. 

Pak Mat membuat keputusan untuk mencari suami buat anak-anaknya namun pencariannya membawa kepada orang pelik-pelik belaka. Adakah Pak Mat berjaya dalam misinya?

Sinopsis Geng Van Jenazah (TV3)

Geng Van Jenazah

Telefilem : Geng Van Jenazah
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Mejar Zainal Hayat, Zamri Mahmud
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 25 Mei 2019
Genre : Komedi, Seram
Pelakon : Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Azhan Rani, Reen Rahim, Aepul Roza, Wan Sharmila, Aleza Shadan, Man Raja Lawak

Baca juga : 

Geng Van Jenazah

Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah

Mengisahkan Husin lakonan Tomok, yang bekerja sebagai pemandu van jenazah bersahabat baik dengan Mail (Issey Fazlisham). Suatu hari, Husin mendapat tugasan untuk menghantar jenazah Pak Tam (Azhan Rani) yang meninggal akibat tertelan biji durian, ke kampung isteri pertamanya, Mak Uda yang juga merupakan ibu saudara Husin.

Husin mengajak Mail untuk menemani sepanjang perjalanan tersebut manakala Sharifah Zurina (Elisya Sandha) yang mempunyai konflik dalam hubungannya dengan Mail secara tak sengaja mengikut sekali Husin dan Mail untuk menghantar jenazah Pak Tam.

Sepanjang perjalanan tersebut, pelbagai misteri dan kejadian aneh yang menimpa mereka bertiga. Adakah Husin berjaya dalam misi tersebut atau ada seseorang yang cuba mengenakan dirinya?

Sinopsis Waktu Khalil (TV3)

Waktu Khalil

Telefilem : Waktu Khalil
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 21 April 2018
Pelakon : Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, Danish Hazriq, Tengku Zara, Azza Elite, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman

Sinopsis Telefilem Waktu Khalil

Mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Atie (Puteri Aishah) dan Wan (Kamal Adli) yang sibuk bekerja dan selalu menghabiskan masa dengan telefon pintar dan media sosial sehingga lupa akan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada Khalil (Danish Hazriq) dan Kayla (Tengku Zara).

Suatu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya. Atie yang ketika itu terlalu sibuk dengan aktiviti reunion bersama kawan-kawan manakala Wan pula sibuk dengan urusn perniagaannya hanya mengetahui berita kemalangan anaknya apabila melihat gambar kemalangan tersebut yang tular di media sosial.

Sinopsis Adakah Aku Bersalah (TV3)

Adakah Aku Bersalah (TV3)

Telefilem : Adakah Aku Bersalah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifal
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 10 Februari 2018
Pelakon : Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Shah Jaszle, Oktovia Manrose, Wilma Muhammad

Sinopsis Telefilem Adakah Aku Bersalah

Mengisahkan Fathia lakonan Farah Nabilah, yang meminta bantuan Hamzah (Hasnul Rahmat) ketika cuba melarikan diri dari bekas suaminya, Bront (Shah Jaszle).

Hamzah kemudiannya berhasrat untuk mengambil Fathia sebagai isteri keduanya kerana bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan berjanji untuk berlaku adil kepada isteri pertamanya, Zaleha (Wilma Muhamad).

Namun kehadiran Fathia telah mengubah kebahagian keluarga Hamzah dan Zaleha apabila Fathia mula mengawal suaminya menyebabkan hubungan Hamzah dengan Zaleha dan anak-anaknya semakin renggang.

Adakah Zaleha mampu mempertahankan rumah tangganya demi kebahagian diri dan anak-anaknya?

Sinopsis Jodoh Wassap (TV3)

Jodoh Wassap (TV3)

Telefilem : Jodoh Wassap
Produksi : Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pengarah : Khalid Nadzri
Penulis Skrip : Ziera Aziz
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 6 Jun 2019
Pelakon : Kazar Saisi, Elly Mazlein, Didie Alias, Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, Badrul Muhayat, Farra Queen

Sinopsis Telefilem Jodoh Wassap

Mengisahkan Pak Ali yang kehilangan isterinya telah berjinak-jinak dengan whatsapps selepas anak sulungnya menghadiahkan sebuah telefon pintar supaya dapat merawat jiwa Pak Ali yang berduka.

Namun sejak memiliki smartphone, Pak Ali banyak menyertai group whatsapp rakan-rakan sekolah lama. Melalui group whatsapp Pak Ali telah berkenalan dengan Martina dan mula mengambil berat tentang Martina. Perubahan Pak Ali ini disedari oleh anak-anaknya.

Sinopsis Anak Syurga (TV3)

Sinopsis Anak Syurga (TV3)

Telefilem : Anak Syurga
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 5 Mei 2019
Pelakon : Intan Ladyana, Ashraff Muslim, Nik Adam Mika, Sheila Mambo, Rosnah Johari, Hasnul Rahmat

Sinopsis Telefilem Anak Syurga (TV3)

Mengisahkan perkahwinan Ikmal dan Azah sangat bahagia ditambah pula kehadiran cahaya mata bernama Adam yang ditunggu-tunggu mereka selama ini.

Namun kebahagiaan itu tidak berpanjangan apabila Ikmal tidak dapat menerima Adam setelah disahkan autism. Hal ini menyebabkan Ikmal dan Azah sering bertengkar kerana Ikmal mahu menyerahkan Adam ke badan kebajikan manakala Azah tekad untuk melindungi anaknya.

Suatu hari, Ikmal bertembung dengan Pak Sahak di tepi jalan, yang merupakan seorang tukang cuci di tempat Ikmal bekerja. Ikmal mula tersedar tentang kekhilafan dirinya yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi setelah melihat keluarga Pak Sahak yang serba kekurangan dengan dua orang OKU namun kehidupan mereka sangat bahagia.

Sinopsis Rentap (TV1)

Sinopsis Rentap (TV1)

Telefilem : Rentap
Produksi : Azrul Rich Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Zulkifli
Penulis Skrip : Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV1
Tayangan : 16 Disember 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Ryun, Muntazar Ghufran, Nur Kasseh Kishreena, Amin Haridz, Shamsul Ghau Ghau, Raja Azmi

Sinopsis Telefilem Rentap

Mengisahkan Farah (Ryun) yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga menjaga dua orang adiknya, Mizi (Muntazar Ghufran) dan Ain (Kasseh Kishreena) yang masih bersekolah selepas ayah mereka meninggal dunia.

Farah sanggup berkorban menangguh hasratnya menyambung belajar ke menara gading dan mencari duit menyara Mizi dan Ain demi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran. Namun, perangai dua orang adiknya yang tidak bersyukur dan menghargai pengorbanan Farah membuatkan Farah kecewa.

Ain dalam diam membuat keputusan untuk keluar dari sekolah berasrama manakala Mizi pula terjebak dengan masalah sosial dengan berlumba haram kerana pengaruh rakan sebaya. Adakah mereka akan menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh Farah untuk memastikan kebajikan mereka terjaga?

Sinopsis Rentap (TV1)


Saksikan telefilem Rentap lakonan Ryun, Muntazar Ghufran, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi yang akan bersiaran pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Sinopsis Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

Sinopsis Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)
Kredit: Bambam Studios

Drama : Yang Tahu Je Tahu
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 22 Disember 2023
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Episod : 8
Pelakon : Elyana, Wafiy, Idan Aedan, Aref Amran, Arabella, Darien Aeldra, Hawa Rizwana, Jenjooz, Kim Azzim, Zack Aiman, Zarith Zalikha, Shania Hendrik, Asyiqeen Rozlan, Farhana Fahizam, Amyza Aznan, Rashidi Ishak, Idzham Ismail, Haeriyanto Hassan

Sinopsis Drama Yang Tahu Je Tahu

Kes cubaan bunuh diri oleh Burhan yang berusia 17 tahun, hanyalah satu helah bagi menutupi sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama tetapi, polis merasakan kes ini melibatkan lebih dari seorang pesalah. 

Namun, dek kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukaran bagi mencari siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini. Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.


Baca juga: Review Drama Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria) 

Sinopsis Wakaf Dosa (TV3)

Sinopsis Wakaf Dosa (TV3)

Telefilem : Wakaf Dosa
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Citra Abdullah
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 8 Jun 2019
Pelakon : Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Nazafee, Adriana, Awie Dean, Daniell Fiq, Meor Mohd

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa (TV3)

Mengisahkan Bakri Zain (Rosyam Nor) seorang pelakon berpengalaman yang telah memenangi banyak anugerah dan tidak pernah putus menerima tawaran berlakon.

Manakala Danial Muhaimin (Izzue Islam) pula seorang pelakon popular yang makin meningkat naik namun cemburu apabila sering dibanding-bandingkan dengan Bakri Zain. Kemuncaknya Danial tidak puas hati apabila namanya dibuang dalam satu festival filem dan Bakri Zain terpilih sebagai pelakon lelaki terbaik.

Suatu hari, Bakri Zain terpalit dengan kontroversi hangat apabila satu video skandal seks memaparkan dirinya bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri tidak tahu siapa yang cuba mengkhianati dirinya namun hal ini menyebabkan Bakri  mula tersedar yang dirinya hanya sibuk mengejar dunia dan jauh daripada Allah.

Sinopsis Kismet (TV3)

Sinopsis Kismet (TV3)

Telefilem : Kismet
Produksi : Kuasatek Pictures
Pengarah : Mohd Noor Kader
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 30 September 2017
Pelakon : Eman Eman, Vanidah Imran, Miera Leyana, Puteri Syahadah Nurjannah, Liza Abdullah, Kapt.Mohd Nor Bon, Dato Jalaluddin Hassan, Ayuna Yusof, Sherry

Sinopsis Telefilem Kismet (TV3)

Mengisahkan Shahrom seorang ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki perkahwinan yang bahagia bersama Farah dan anak perempuan mereka bernama Rania yang baru berusia 12 tahun.

Namun hubungan Shahrom dan Farah mulai dingin apabila Shahrom menjalinkan hubungan sulit dengan Nora. Shahrom juga merancang untuk mengahwini Nora setelah mendapat restu daripada kedua ibu bapa Nora.

Farah pula terpaksa memendam perasaan kerana tidak mahu mengganggu emosi anaknya yang bakal menduduki UPSR, akibatnya Farah mempunyai sakit jantung tapi mahu merahsiakan tentang penyakitnya itu.

Demi Rania, Farah meminta Shahrom berlakon melayan dirinya dengan baik kerana tidak mahu anaknya bersedih. Keadaan ini menyebabkan Shahrom mula menilai semula hubungannya dengan Farah.

Sinopsis Hati Tercarik Luka (TV3)

Hati Tercarik Luka (TV3)

Drama : Hati Tercarik Luka
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 20 Disember 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Zara Zya, Syarul Ezani, Ryun Ryry, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi

Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka

Didaptasi drama novel karya Aida Asmida, Hati Tercarik Luka mengisahkan kehidupan rumah tangga Eyda Amanda yang bergolak kerana suaminya, Dani Zairie bermain kayu tiga dan mempunyai skandal dengan teman pejabatnya bernama Maya Maria.

Eyda cuba mempertahankan perkahwinannya namun pelbagai dugaan menimpanya apabila ada pihak tidak berpuas hati mengenakan ilmu hitam ke atasnya dan terserlah sisi gelap Dani yang sebelum merupakan seorang suami yang penyayang.

Adakah Eyda akan menemui kebahagian dalam hidupnya? Ikutilah kisah cinta tragis di sebalik derita air mata yang begitu mendebarkan. Menusuk jiwa dan menyentuh perasaan.


Sinopsis Hati Tercarik Luka (TV3)

Baca juga : Drama Menanti Senja lakonan Johan As'ari dan Faizal Hussein


Dibintangi oleh Zara Zya sebagai Eyda Amanda, Syarul Ezani sebagai Dani Zairie, Ryun Ryry sebagai Maya Maria dan ramai lagi. Saksikan drama Hati Tercarik Luka pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam, mulai 20 Disember ini di slot Samarinda TV3.

Sinopsis Hikayat Pak Belalang (Astro Ceria)

Sinopsis Hikayat Pak Belalang (Astro Ceria)
Kredit: Astro Ceria

Drama : Hikayat Pak Belalang
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Razif Ajiboy
Siaran : Astro Ceria 611
Mula Tayangan : 11 Disember 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Bell Ngasri, Muhammad Haziq, Dato Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Sherry Ibrahim, Usop Wilcha, Yassin Senario, Fadhli Masoot, Jabir Meftah

Sinopsis Drama Hikayat Pak Belalang

Mengisahkan Belalang (Haziq) seorang budak cerdik pandai dan ayahnya, Pak Belalang (Bell Ngasri) yang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila Pak Belalang menyamar menjadi seorang nujum.

Belalang terjumpa binatang belaan yang dicuri lalu dapat idea untuk jadikan Pak Belalang seorang nujum. Dalam masa yang sama, Sultan Rimbun Beringin (Jalaluddin Hasan) susah hati apabila nujum negara meninggal terdengar tentang kehebatan Pak Belalang lalu memanggil Pak Belalang untuk menghadapnya kerana mahu mencari harta Sultan yang telah dicuri.

Pak Belalang cuba melarikan diri tetapi takdir telah mengubah kehidupannya apabila Pak Belalang terjumpa harta yang dicuri lalu dilantik menjadi nujum negara oleh Sultan. Puteri Bujur Sirih (Ruhanies) mendekati Pak Belalang dan Belalang untuk mengetahui kebenaran.

Sinopsis Mimpi Sumi (TV3)

Sinopsis Mimpi Sumi (TV3)

Telefilem : Mimpi Sumi
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Abdul Nasir Abd Jalil
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 19 Ogos 2018
Pelakon : Sazzy Falak, Redza Rosli, Aryannya Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin

Sinopsis Mimpi Sumi (TV3)

Sinopsis Telefilem Mimpi Sumi

Mengisahkan perkahwinan kedua Daniella (Sazzy Falak) nampak bahagia bersama Asyar (Redza Rosli) dan anaknya, Eyda (Alyssa Dezek). Namun tidak lama kemudian, Haikal (Zizan Nin) yang merupakan bekas suaminya mahu menuntut hak lawatan ke atas Eyda.

Suatu hari, Eyda telah meninggal dunia akibat tergelincir dari tingkat atas banglo rumahnya ketika berseorangan di rumah. Hal ini menyebabkan Daniella mengalami tekanan emosi kerana kehilangan anak tunggalnya.

Keadaan Daniella bertambah teruk apabila dia kemurungan, mula berhalusinasi dan membuat cubaan membunuh diri. Asyar setia di sisi Daniella untuk memberi kekuatan dan perasang untuk Daniella pulih dan bangkit dari penyakitnya.

Sinopsis Geng Basikal (TV1)

Geng Basikal (TV1)

Telefilem : Geng Basikal
Produksi : Keris Film Sdn Bhd
Pengarah : Emdy Idris
Penulis Skrip : Khairul Kiasan
Siaran : TV1
Tayangan : 9 Disember 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Nik Adam Mika, Aman Graseka, Olan Lam, Ily Mokhtar, Rosedah Amsar, Muhammad Hadi Putra, Muhammad Iskandar Zulkarnain, Muhammad Redzwan Adha

Sinopsis Geng Basikal (TV1)

Sinopsis Telefilem Geng Basikal

Mengisahkan Razlan (Nik Adam Mika) dihantar oleh ibu bapanya ke kampung untuk tinggal bersama atuk dan neneknya. Ibu dan bapanya ke luar negara selama dua bulan atas urusan kerja. 

Di kampung, Razlan mendapat kawan baru iaitu Roy, Remy, Kuzie dan Lim. Razlan seronok tinggal di kampung atuknya. Razlan melakukan banyak aktiviti bersama kawan-kawannya seperti bermain basikal, memancing, bermain bola dan sebagainya. 

Namun, Razlan tidak lama berada di kampung kerana perlu mengikut ibu dan bapanya ke London. Akhirnya, apabila dewasa Razlan pulang ke kampung atuknya dan dia bertemu dengan Roy.

Sinopsis Tukang Curi Hati (TV2)

Sinopsis Tukang Curi Hati (TV2)

Drama : Tukang Curi Hati
Produksi : Gerbang Dermaga
Pengarah : Abdul Latif Ismail
Penulis Skrip : Rosmadewi Zain
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 3 Disember 2023
Masa : Sabtu-Ahad | 1.00 Tengahari
Episod : 13
OST/ Lagu Tema : Aewo (Shiha Zikir ft Noki)
Pelakon : Aishan Azman, Jaslin Puasa, Muaz Fitri, Adam Shahz, Wan Nor Azlin, Emma Akma, Naim Shamshol, Zalfa Zin

Sinopsis Drama Tukang Curi Hati

Mengisahkan Shira seorang gadis yang memilih bidang pertukangan sebagai punca rezeki. Apa-apa saja kerja tukang, dia cukup mahir kerana mendapat didikan sejak kecil dari ayahnya. 

Suatu hari, Shira dan sepupunya membaiki hawa dingin dan paip di rumah sewa Sufian yang baru berpindah ke kampung tersebut. Sufian terus jatuh cinta pada Shira yang bukan sahaja cantik tapi juga pandai bertukang.

Walaupun begitu, Shira seorang yang memilih dalam soal jodoh, mahu berkahwin dengan ustaz sahaja. Masalahnya, Ustaz di kampung itu semuanya sudah berpunya atau duda yang sudah sangat tua. Masihkah ada Ustaz yang muda dan bujang serta tampan bergaya?

Tukang Curi Hati (TV2)

Dibintangi oleh Aishah Azman sebagai Shira, Jaslin Puasa sebagai Azril, Wan Nor Azlin sebagai Asnah, Muaz Fitri sebagai Ustaz Irfan, Adam Shahz sebagai Sufian dan ramai lagi. Saksikan drama Tukang Curi Hati pada setiap hari sabtu dan ahad jam 1.00 tengahari di TV2.

Sinopsis Qalbu (TV3)

Qalbu (TV3)

Telefilem : Qalbu
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharudin
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 19 Mei 2018
Pelakon : Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Izuan Fitri

Sinopsis Telefilem Qalbu 

Mengisahkan Kamal (Faizal Hussein) dipenjarakan atas kesalahan rasuah. Selepas dipenjarakan, Kamal kecewa dengan perangai sebenar isterinya, Marlia (Fasha Sandha) yang mahu bercerai dan berkahwin dengan teman lelakinya sehingga sanggup menggabaikan dua orang anak mereka iaitu Qaseh (Qistina Raisah) dan Aiman (Izuan Fitri)

Kamal yang berada di dalam penjara tidak senang duduk memikirkan nasib anak-anaknya yang tidak diketahui khabar berita. Suatu hari, Toyu (Fauzi Nawawi) yang merupakan rakan satu sel penjara membawa khabar gembira kepada Kamal mengatakan ibunya menjumpai Aiman dan Qaseh dan menjaga mereka seperti cucu sendiri.


Adakah Kamal dapat bersatu semula dengan anaknya? Bagaimana pengakhiran Marlia bersama suami barunya?

Sinopsis Siapa Dia Sebenarnya (TV3)

Siapa Dia Sebenarnya (TV3)

Telefilem : Siapa Dia Sebenarnya
Produksi : Mache Allstar United
Pengarah : Ebby Saiful
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV3
Tayangan : 9 September 2017
Pelakon : Izara Aishah, Remy Ishak, Nina Iskandar, Shah Reza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail, Elly Mazlein

Sinopsis Telefilem Siapa Dia Sebenarnya

Mengisahkan Adriana (Izara Aishah) seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga berada dan kehidupannya serba serbi lengkap kecuali dia belum mempunyai teman istimewa.

Semasa dalam pengajian ijazah master, Adriana telah berkenalan dengan Qalif (Remy Ishak) dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan Qalif selepas empat bulan berkenalan. Qalif telah membawa Adriana bercuti di sebuah pulau untuk meraikan bulan madu mereka.

Suatu malam, Adriana terserempak dengan seorang gadis yang mempunyai parut di muka dan gadis itu seperti terkejut apabila melihat kehadiran Qalif di pulau tersebut. Adriana cuba menyiasat malangnya Qalif cuba membunuh dirinya kerana tidak mahu rahsianya terbongkar.



Sinopsis Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah (TV3)

Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah (TV3)

Drama : Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Siaran : TV3
Tayangan : 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezzany Nizarif, Azza Elite, Serene Claire, Nafiez Zaidi, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Iman Aneesa, Natasha Azizan, Ikhram Juhari, Mosen Nadzli, Putri Dellyna

Sinopsis Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah 

Slot Akasia TV3 bakal membawakan sebuah drama bersiri Cinta Bersemi Di Wadi Saffiyah diadaptasi dari novel Aku Cinta Dia karya Sharifah Abu Salem yang diterbitkan pada tahun 2009.

Mengisahkan Dania lakonan Rita Nadira, seorang gadis bandar yang suka berpeleseran sehingga mengandung anak luar nikah. Datuk Safuan (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa Dania mahu Dani mengugurkan kadungan tersebut namun Datin Kay tidak mahu menanggung dosa lalu menghantar anaknya ke tempat perlindungan gadis-gadis yang mempunyai masalah sosial iaitu Pusat Perlindungan Wadi Saffiyah.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyah, Dania mula berubah dan insaf dengan dosa yang dilakukannya sebelum ini. Dalam diam, Dania terjatuh hati pada Ustaz Iqbal (Aniq Suhair), salah seorang tenaga pengajar di situ. Namun Dania sedar dirinya tidak layak untuk berpasangan dengan Iqbal. 

Suatu hari, Dania menerima hadiah satu mp3 player dan senaskah al-quran kecil daripada Iqbal. Adakah Iqbal mempunyai perasaan yang sama pada Dania?

Sinopsis Selekoh Terakhir (TV3)

Sinopsis Selekoh Terakhir (TV3)

Telefilem : Selekoh Terakhir
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah, Asri Tajuddin
Penulis Skrip : Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 Disember 2018
Pelakon : Ikmal Amry, Nadzmi Adhwa, Jasmine Suraya, Marisa Yasmin, Emelda Rosemila, Zaefrul Nordin, Tony Eusoff, Asry Azizan

Sinopsis Telefilem Selekoh Terakhir

Mengisahkan Kamal (Ikmal Amry) dan Ridzwan (Nadzmi Adhwa) merupakan sepupu yang sangat rapat dan bercita-cita sama untuk menunggang motorsikal di peringkat antarabangsa. Kamal sangat beruntung apabila ayahnya sangat menyokong impiannya dengan membeli motosikal berkuasa tinggi dan mendaftarkan Kamal untuk berlatih secara profesional di litar. Manakala Ridzwan yang membesar tanpa ayah dan menyara hidup dengan bekerja sebagai mekanik.

Kamal cuba memujuk ayahnya, Zain mendaftarkan Ridzwan untuk melatih bersamanya di litar secara profesional namun Zain dengan keras membangkang idea tersebut dan menyebut Ridzwan berusaha sendiri jika mahukan sesuatu.

Tidak lama kemudian Kamal berkenalan dengan Ayu (Jasmine Suraya) yang mahir menunggang superbike dan berlumba di litar. Hubungan mereka semakin rapat tapi Ayu sebenarnya mempunyai motif tersendiri mahu mencari pelumba berpotensi untuk berlumba secara haram di jalan raya. Kamal menolak cadangan Ayu untuk berlumba secara haram kerana berbahaya lalu Ayu berusaha menggoda Ridzwan dan mahu Ridzwan mengikutnya berlumba haram.

Suatu hari berlaku satu insiden yang menyebabkan Zain mengamuk pada Ridzwan kerana memalukan dirinya. Tersingkap juga tragedi hitam yang berlaku dalam keluarga Zain dan isterinya, Shima serta status sebenar Ridzwan yang cuba disembunyikan oleh keluarga mereka. Adakah Ridzwan akan terus terjebak dengan lumba haram?

Sinopsis Jangan Disalahkan Takdir (TV3)

Sinopsis Jangan Disalahkan Takdir (TV3)

Telefilem : Jangan Disalahkan Takdir
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Sha Hanim Ramli, Nieza Nahar
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Oktober 2019
Pelakon : Amar Baharin, Amar Asyraf, Aman Graseka, Fadhil Dani, Zainab Othman, Syerinie Myra, Janisa Jalil

Sinopsis Telefilem Jangan Disalahkan Takdir

Mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Romi (Amar Baharin) dan Mohamad (Amar Ashraf) yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

Romi tekad untuk mencari kerja di Kuala Lumpur setelah mendengar Mohamad berniaga burger di sana. Romi seorang yang tidak bersyukur dan sering merungut. Romi dibuang kerja akibat sikapnya yang membuat kerja sambil lewa dan setelah itu dia bercadang untuk membuat perniagaan atas talian.

Lain pula dengna Mohamad seorang yang positif dan sering bersyukur dengan segala benda. Mohamad membuka gerai menjual burger secara kecil-kecil dan berhasrat mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Mohamad rajin bersolat dan sering menasihati Romi supaya bersolat dan bersyukur dengan nikmat yang diberi-Nya.

Sinopsis Takkan Terlerai (TV1)

Sinopsis Takkan Terlerai (TV1)

Telefilem : Takkan Terlerai
Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd
Pengarah : Isma Yusoof, Jaja Ishak
Siaran : TV1
Tayangan : 2 Disember 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Zahiril Adzim, Amin Haridz, Sharifah Sofea, Susila Devi, Steve Yap

Sinopsis Telefilem Takkan Terlerai

Mengisahkan pengorbanan Afiq menjaga adiknya, Irfan yang pekak dan bisu setelah kematian ibu bapa mereka. Afiq dan Irfan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Irfan meminat sukan badminton dan bercita-cita untuk menjadi seorang atlet yang terkenal.

Afiq bekerjsa di sebuah kafe dalam masa yang juga dia menjual lukisan yang dilukisnya untuk menyara kehidupan mereka. Afiq kemudiannya berkenalan dengan Aira yang sedang mencari pelukis mural. Aira banyak membantu Afiq untuk mengembangkan lagi bakat seni lukisnya.

Di samping meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang dan pada masa sama mahu mengejar cita-citanya sebagai pelukis, mampukah Afiq mengharungi dugaan tersebut?

Sinopsis Derai (TV3)

Sinopsis Derai (TV3)

Telefilem : Derai
Produksi : FJ Pictures
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 5 September 2020
Pelakon : Mimi Lana, Redza Rosli, Syafiq Kyle, Riz Amin, Jay Iswazir, Siti Hariesa, Puteri Rafasya, Wan Hanafi Su

Sinopsis Telefilem Derai

Mengisahkan keluarga bahagia Nurul (Mimi Lana) musnah apabila suaminya, Khalid (Syafiq Kyle) ditipu oleh rakan perniagaannya, Baha (Redza Rosli).

Nurul bangkit membalas dendam dan memburu Baha dan rakan-rakanya yang terlibat dalam pembunuhan suami dan anaknya.

Sinopsis Asam Pedas Pewitt (TV3)

Sinopsis Asam Pedas Pewitt (TV3)

Telefilem : Asam Pedas Pewitt
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 8 Julai 2017
Pelakon : Hazama, Izreen Azminda, Amy Search, Elly Mazlein, Azizah Mahzan, Kazar, Eirma Fatima, Ikhwan Idraqee, Zulkifli, Nur Amisah

Sinopsis Telefilem Asam Pedas Pewitt 

Mengisahkan Leman (Hazama) seorang peminat setia Amy Search dan sering mengikuti perkembangan penyanyi kesayangannya itu di media sosial.

Leman tidak mempunyai kerja dan hal ini menyebabkan ibu dan ayahnya sering berleter. Hubungan Leman dengan kekasihnya, Peah (Izreen Azminda) tidak disukai oleh ibu Peah kerana Leman seorang penganggur yang tidak mempunyai masa depan yang cerah.

Leman nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan Peah juga memilih untuk mengikut Leman lari ke Kuala Lumpur. Namun pelbagai cabaran menanti mereka apabila mahu memulakan hidup di bandar besar, tidak mudah juga untuk mereka mendapatkan pekerjaan kerana hanya lepasan SPM sahaja.

Suatu hari, Leman mendapat idea untuk berniaga asam pedas setelah melihat Amy Search memasak masakan tersebut di media sosial.  Adakah perniagaan Leman akan berjaya?

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Drama : Syurga Itu Bukan Mudah
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 4 Disember 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Anna Jobling, Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Alya Iman, Amir Nafis, Steve Yap, Bulan Terry, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee

Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Manakala Arman (Fadhli Masoot) yang merupakan orang kanan Farid sangat menjaga rahsia Farid. Namun Arman sering dibuli dan dikongkong oleh isterinya, Fara (Alya Iman) yang tampak manja. 

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Saksikan Syurga Itu Bukan Mudah yang bakal bersiaran mulai 4 Disember 2023, pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria saluran 104.

Sinopsis W: Two Worlds (VIU Malaysia)

Sinopsis Drama W: Two Worlds (VIU Malaysia)
kredit: VIU MALAYSIA

Drama : W: Two Worlds
Produksi : Independent Pictures
Pengarah : Yusry Abd Halim
Penulis Skrip : Mamu Vies, Fairul Nizam Ablah
Siaran : VIU Malaysia
Mula Tayangan : 30 November 2023
Episod : 12
Genre : Romantik, Fantasi, Thriller

VIU Malaysia membawakan sebuah lagi drama fantasi romantik popular dari Korea iaitu W: Two World yang dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Saksikan trailer rasmi pada 6 November 2023 jam 12 tengah hari di semua platform rasmi VIU Malaysia dan nantikan pengumuman rasmi tarikh tayangan premier drama W: Two World versi Malaysia.

Sinopsis Drama W: Two Worlds (VIU Malaysia)
Daiyan Trisha sebagai Izara Yusuf

Sinopsis Drama W: Two Worlds

Mengisahkan Izara Yusuf seorang doktor yang berusaha mencari bapanya, seorang pencipta siri webtoon popular W yang telah hilang secara tiba-tiba tanpa jejak. Pencarian Ika telah membawa dirinya ke dunia webtoon dan secara tidak sengaja dia telah menyelamatkan Aliff, watak utama dalam dunia webtoon ciptaan ayahnya.

Disebabkan itu, watak Izara tiba-tiba muncul dalam siri webtoon tersebut, tanpa disedari kehidupannya kini berdepan dengan bahaya dan terjerat antara dunia fantasi dan realiti.

Aliff mencari identiti pembunuh yang membunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff menyedari dirinya dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam dunia webtoon. 

Sinopsis Drama W: Two Worlds (VIU Malaysia)
Hun Haqeem sebagai Aliff

Barisan Pelakon dan Watak

Daiyan Trisha sebagai Izara Yusuf

Seorang doktor yang berdedikasi dengan kerjayanya namun kehidupan Izara berubah apabila termasuk dalam dunia webtoon dan terjerat antara realiti dan fantasi.

Hun Haqeem sebagai Aliff

watak utama dalam siri webtoon W. Aliff mempunyai masa silam yang tragis dan kini dia cuba mencari identiti pembunuh yang membunuh keluarganya.

Elizabeth Tan sebagai Hanna

setiausaha kepada Aliff. Hanna mempunyai soft spot dalam dieinya terhadap Aliff

Mierul Aiman sebagai Ghazi

bodyguard kepada Aliff. Ghazi seorang yang bijak dan setia di sisi Aliff demi menjaga keselamatan Aliff dari pelbagai ancaman.

Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf

merupakan ayah Izara. Omar seorang pelukis webtoon yang popular apabila siri webtoon W berjaya meraih perhatian netizen. Namun kejayaan tersebut menjadi mimpi ngeri buat Omar apabila menyedari watak Aliff kini hidup dn tidak mampu dikawalnya.

Tony Eusoff sebagai Musa

seorang penguam yang masuk ke dunia politik. Musa bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes perbicaraan Aliff, kejayaan dalam kes tersebut menjadi batu loncatan Musa menjadi seorang ahli politik.

Baca juga : Review Drama Korea W: Two Worlds lakonan Lee Jong Suk, Han Hyo Joo dan Kim Eui Sung


Antara barisan pelakon lain dalam W: Two Worlds adalah Shah Kimin membawa watak Rafi, Amerul Affendi sebagai Shawn, Azrul Zaidi sebagai Dr Zul dan Ikhram Juhari sebagai Detektif Ali