Sinopsis Selekoh Terakhir (TV3)

Sinopsis Selekoh Terakhir (TV3)

Telefilem : Selekoh Terakhir
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah, Asri Tajuddin
Penulis Skrip : Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 Disember 2018
Pelakon : Ikmal Amry, Nadzmi Adhwa, Jasmine Suraya, Marisa Yasmin, Emelda Rosemila, Zaefrul Nordin, Tony Eusoff, Asry Azizan

Sinopsis Telefilem Selekoh Terakhir

Mengisahkan Kamal (Ikmal Amry) dan Ridzwan (Nadzmi Adhwa) merupakan sepupu yang sangat rapat dan bercita-cita sama untuk menunggang motorsikal di peringkat antarabangsa. Kamal sangat beruntung apabila ayahnya sangat menyokong impiannya dengan membeli motosikal berkuasa tinggi dan mendaftarkan Kamal untuk berlatih secara profesional di litar. Manakala Ridzwan yang membesar tanpa ayah dan menyara hidup dengan bekerja sebagai mekanik.

Kamal cuba memujuk ayahnya, Zain mendaftarkan Ridzwan untuk melatih bersamanya di litar secara profesional namun Zain dengan keras membangkang idea tersebut dan menyebut Ridzwan berusaha sendiri jika mahukan sesuatu.

Tidak lama kemudian Kamal berkenalan dengan Ayu (Jasmine Suraya) yang mahir menunggang superbike dan berlumba di litar. Hubungan mereka semakin rapat tapi Ayu sebenarnya mempunyai motif tersendiri mahu mencari pelumba berpotensi untuk berlumba secara haram di jalan raya. Kamal menolak cadangan Ayu untuk berlumba secara haram kerana berbahaya lalu Ayu berusaha menggoda Ridzwan dan mahu Ridzwan mengikutnya berlumba haram.

Suatu hari berlaku satu insiden yang menyebabkan Zain mengamuk pada Ridzwan kerana memalukan dirinya. Tersingkap juga tragedi hitam yang berlaku dalam keluarga Zain dan isterinya, Shima serta status sebenar Ridzwan yang cuba disembunyikan oleh keluarga mereka. Adakah Ridzwan akan terus terjebak dengan lumba haram?

No comments:

Post a Comment