Review Telefilem: Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

Review Telefilem: Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

Telefilem Mak.. Nak Peluk Boleh telah ditayangkan di slot cerekerama pada 4 Januari 2020. tertarik juga nak tengok cerekarama ni sebab pelakon utamanya ialah Nasha Aziz dan Rita Rudaini, hujung minggu baru sempat tengok drama ni di youtube. Telefilem ini di bawah arahan Rashid Sibir dan antara barisan pelakonnya ialah Norman Hakim, Fizz Fairuz dan Ruminah Sidek.

Mak..Nak Peluk Boleh mengisahkan Daisy (Nasha Aziz) yg membuka pusat jagaan kanak-kanak jadi macam-macam la ragam anak dan perangai mak bapak yg dia jumpa salah seorangnya Syafikah. Daisy mempunyai seorang tunang tetapi dia selalu meminta perkahwinan mereka ditangguhkan kerana ada trauma yg Daisy masih simpan hingga kini.

Syafikah (Rita Rudaini) baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama anaknya Nelly kerana berjaya dinaikkan pangkat, suaminya pula masih lagi tinggal di Sarawak kerana bekerja di sana. kesibukan kerja dan pada masa yg sama terpaksa menguruskan anak menyebabkan Syafikah selalu moody dan melepaskan kemarahan kepada Nelly. Daisy yg melihat keadaan tersebut cuba memberi nasihat namun Syafikah berasa rimas dan menganggap Daisy seorang yg busybody.

Review Telefilem: Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

zaman moden ni mak-mak ada kerjaya yg hebat tapi kerana terlalu pentingkan kerjaya secara tak sedar mereka dah abaikan perasaan anak-anak. mungkin bagi ibu bapa sediakan makanan, pakaian dan pelajaran itu dah cukup padahal anak-anak cuma nak perhatian sahaja, salah sikit habis kena marah..huhu

serius cakap banyak part dalam cerita ni yg memang deep sekali kalau orang yg jenis hati kering je tak menangis tengok drama ni.  tambahan pula lakonan daripada pelakon senior memang mantap dan terbaik termasuk pelakon cilik yg pegang watak Nelly. Mak..Nak Peluk Boleh sebuah drama yg penuh emosi dan pengajaran dan mungkin juga sebagai satu teguran buat ibu bapa yg terlalu sibuk dengan kerjaya.

Review Drama: Black Malaysia (Viu)

Review Drama: Black Malaysia (Viu)

Drama : Black (Malaysia)
Produksi : Alpha47 Films
Pengarah : Razaisyam Rashid, Kyroll Azri
Penulis Skrip : Bernice Low
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 17 Disember 2019
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Akbakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan, Mimi Lana, Azman Hassan

VIU kembali lagi dengan drama terbaru Black yg diadaptasi daripada drama korea menggunakan judul yg sama. bila tahu Viu remake drama ni, excited juga untuk tengok drama ni walaupun tak berjaya habiskan versi Korea punya. 

Black (Malaysia) mempunyai lapan episod dan dibarisi pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Johari, Zoey Rahman dan ramai lagi. drama ni boleh tengok di VIU, aku pun tak pasal pergi subscribe VIU untuk bulan ni semata-mata nak tengok drama ni.


Black mengisahkan Sofia (Siti Saleha) yg mempunyai keistimewaan untuk melihat bayang-bayang hitam yg menandakan kematian dan apabila menyentuh bayang tersebut, Sofia dapat melihat cara kematian mereka.

Sofia menganggap keistimewaan yg dimilikinya satu sumpahan kerana tidak dapat menyelamat mereka walaupun dia cuba membantu. oleh sebab itu, Sofia memakai cermin mata hitam untuk mengelak daripada melihat bayang-bayang hitam tersebut.

Suatu hati, Sofia bertemu dengan seorang detektif bernama Malik (Kamal Adli) yg percaya dengan keistimewaan yg dimilikinya. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan orang yg mempunyai bayang-bayang hitam daripada kematian.

malangnya usaha mereka gagal dan Malik pula terkorban dalam satu insiden tebusan. Sofia menyalahkan diri sendiri atas kematian Malik.


444 (Rashidi Ishak) datang ke alam manusa untuk menangkap 419 yg telah melanggar undang-undang kaum Bhaca. Bhava ini kalau manusia panggil bunian. salah satu cara untuk menjalankan misinya adalah meminjam badan kaum manusa.

Malik pula telah disahkan mati tetapi hidup semula apabila 444 menggunakan badan Malik. semua orang yg kenal Malik terkejut bila Malik yg telah disahkan mati tetiba hidup kembali tapi Malik telah hilang ingatan. iyelah mana nak ingat kalau Malik ni sebenarnya orang lain.

444 seorang yg hati kering, misinya dia adalah 419 dan hal lain memang dia malas nak ambil tahu. sampailah secara tak sengaja 444 dapat tahu yg ada orang cuba membunuh Malik dan pada hari kejadian memang ada orang sengaja menembak Malik.

444 cuba menyiasat kes lama yg Malik menyiasat dalam diam yg saling berkait dengan orang sekelilingnya. dia juga cuba menggunakan keistimewaan Sofia untuk menjejaki 419 dan dalam masa yg sama menyiasat kes yg sedang disiasat Malik.


kalau tak salah aku, versi korea lebih serius tapi versi Malaysia lebih ringan sikit kerana diselitkan babak komedi .menarik juga sebab ada beberapa part yg diubah sedikit supaya sesuai dengan citarasa penonton Malaysia tapi drama ni mungkin tak lepas nak tayang di tv sebab dialog Khir Rahman dalam ni banyak mencarut sampai aku pun terkejut juga pertama kali tengok babak macam ni dalam drama melayu.

bagi aku, Black versi Malaysia menarik juga untuk ditonton cuma ending dia agak tergantung sedangkan banyak lagi persoalan yg belum terjawab. maybe ada musim kedua, mana tau kan cuma mampu mengharap.

Review Drama Korea: Vagabond (2019)

Review Drama Korea: Vagabond (2019)

Title : Vagabond
Director : Yoo In Shik
Screenwriter : Jang Young Chul, Jung Kyung Soon
Network : SBS, Netflix
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Seunggi, Bae Suzy, Shin Sung Rok, Moon Jung Hee, Ryu Won, Lee Kyung Young, Hwang Bora, Lee Gi Young.

Review Drama Korea: Vagabond (2019)

Vagabond mengisahkan Cha Dalgeun yg mahu menyiasat misteri kapal terbang terhempas yg mana salah seorang mangsa nahas tersebut ialah anak buahnya

Cha Dalgeun seorang stuntman dan dia menjaga Hoon selepas kematian abangnya. Hoon sangat aktif dalam taekwondo, suatu hari persatuannya mendapat jemputan untuk mengadakan demo taekwondo di Morroco namun tragedi berlaku, apabila kapal terbang yg dinaiki mereka terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

Dalgeun mula menyiasat kes kapal terbang tersebut selepas terjumpa satu bukti yg menunjukkan terdapat terrorist dalam kapal terbang tersebut. pada mulanya Dalgeun cuba memberitahu bukti yg dijumpai malangnya tiada siapa yg percaya dan kerajaan juga seperti menutup mata daripada menyiasat kejadian tersebut.  Dalgeun tekad untuk mencari dalang sebenar walaupun nyawanya terancam.

Review Drama Korea: Vagabond (2019)

Go Haeri pula seorang ejen NIS dan pada mulanya Haeri sendiri tak percaya kapal terbang tersebut kena hijack tapi bila tengok bukti yg Dalgeun bagi dan dia sendiri kena serang baru Haeri percaya. 

Haeri mula menyiasat kes tersebut dan benda ni bukan senang sebab dalam NIS berlaku corruption dan dikawal oleh kerajaan, bukti yg ada dipadam malah kes tersebut cuba ditutup oleh pihak atasan tanpa alasan yg kukuh.

Review Drama Korea: Vagabond (2019)

kes ini sebenarnya berkaitan dengan jet fighting bidding, terdapat persaingan antara syarikat Dynamic dan syarikat John & Mark untuk mendapat kontrak dengan kerajaan. Dynamic dikatakan berpotensi untuk menang kontrak tersebut kerana mereka menggunakan teknologi terkini dalam pembuatan jet dan kapal terbang mereka dan harga yg ditawarkan lebih rendah berbanding syarikat saingan yg lain.

apabila kapal terbang buatan Dynamic terhempas ramai yg mempersoalkan teknologi yg mereka gunakan tapi hakikatnya orang ramai tidak tahu yg kapal terbang tersebut kena hijack. Dalgeun percaya John & Mark menjadi dalang yg menyebabkan kapal terbang tersebut terhempas. dakwaan tersebut bertambah kuat apabila pihak John & Mark sendiri mengupah orang untuk menbunuh Dalgeun.

Review Drama Korea: Vagabond (2019)

pada mulanya memang tak boleh nak salahkan NIS kerana pihak atasan yg tak benarkan mereka siasat kes ini dan kerajaan juga bagi arahan supaya kes ini ditutup segera. namun begitu, ada pengawai NIS yg tak boleh berdiam diri apabila bukti yg ada dihapuskan, nampak sangat ada benda yg tak kena. so Gang Joo Cheol dan Gi Taeung mula rekrut ejen NIS yg boleh dipercayai untuk siasat kes ini.

benda yg buat aku frust sangat dalam drama ni ialah ejen NIS yg macam useless giler. walaupun ada inisiatif mereka untuk siasat tapi yg buat semua kerja ialah Dalgeun, dialah yg tangkap suspek, dialah yg protect suspek habis tu apa function NIS dalam drama ni pun tak tahu kalau stuntman yg buat kerja mereka. mostly benda yg NIS buat ialah begaduh sesama sendiri.

bila tengok drama ni memang tak boleh nak percaya sesiapapun sebab masing-masing ada motif dan kepentingan sendiri. orang yg nampak baik tak semestinya baik dan orang yg nampak jahat tak semestinya dalang sebenar. keseluruhan jalan cerita Vagabond agak menarik juga cumanya ending dia tak macam ending, banyak persoalan yg belum terjawab so aku pun tak sure sama ada drama ni akan ada sambungan atau pun tidak.

Drama Januari 2020


Hai, 
update drama terbaru 
ada tiga drama yg aku tengah tengok sekarang ni.

Crash Landing On You


drama terbaru gandingan Hyunbin dan Son Yejin, mungkin drama ni akan jadi sedih tapi tak kisah la sebab drama ni memang best. drama ni postpone pula seminggu memang parah nak menunggu. currently dah tengok sampai episode 5, tak sanggup lagi nak tengok episode 6..hehe


The Secret Bride


drama thailand terbaru dan boleh tengok di website nekomeowmeow.com. drama ni kelakar sebab heroin dia jenis gila-gila lepas tu kena jadi spy untuk polis memang fail la kerjanya sebab tak ada pengalaman. yg tak bestnya tak jumpa link download pula. stress aku bila tengok drama yg duration dua ni dengan penuh tertib kalau boleh download memang laju je aku tengok citer ni. currently watching 8/18.

Black (Malaysia)


bila tahu malaysia remake drama Black ni agak excited juga nak walaupun aku tengok sekerat je versi korea. bagi aku drama terbitan VIU memang menarik sebab ada kelainan yg ingin ditonjolkan dalam drama melayu. setakat aku tengok ni nampak sangat menarik. currently watching 3/8.

My Drama List & Favourite Drama 2019


Assalamualaikum

aku nak list drama yg aku dah tengok sepanjang tahun 2019. tahun ini aku banyak tengok chinese drama, drama korea pula tak tahu kenapa macam kurang sangat padahal banyak je dalam list tapi bila nak tengok takde mood pula, harapnya tahun 2020 lagi banyak drama korea yg best dan gempak.

Korean Drama
1. Memories of Alhambra
2. Touch Your Heart
3. The Fiery Priest
4. He is Psychometric
5 Her Private Life
6. Voice 3
7. Angel's Last Mission
8. Hotel Del Luna
9. Doctor John
10. Vagabond

Chinese Drama
1. Ashes of Love
2. Eternal Love
3. Because of You
4. Go Go Squid
5. Gank Your Heart
6. Well Intended Love
7. Legend of Han Yun Xi
8. Medical Examiner Dr Qin
9. The King's Avatar

Thailand Drama
1. Look Mai Lai Sonthaya
2. Sampatan Hua Jai
3. Game Sanaeha
4. Padiwarada
5. The Sand Princess



My Favourite Drama 2019

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (Astro Ria)

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (Astro Ria)

Drama : Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
Slot : DramaVaganza Astro Ria
Episod : 24
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Uqasha Senrose, Nafiz Muaz, Yusof Bahrin, Elly Mazlein

Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Mengisahkan kehidupan Salsabila yg tinggal di kampung bersama ayahnya. Salsabila mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan dia berazam untuk mencari duit bagi membantu ayahnya. namun begitu Salsabila telah dipenjarakan kerana dituduh mencuri duit syarikat.

Kris Al-Hadi pulang ke kampung untuk menjaga datuknya dan juga membantu mengurus ladang milik datuknya. dari situ Kris berkenalan dengan Salsabila dan mula terpikat dengan gadis tersebut. Kris terkejut dengan nasib malang yg menimpa Salsabila dan dia yg mengetahui kisah sebenar cuba mencari jalan  mengeluarkan Salsabila daripada penjara. selepas Salsabila dibebaskan, hubungan mereka semakin rapat dan Kris banyak memberi kata-kata semangat dan membantu Salsabila mendapatkan pekerjaan di ladang datuknya.

konflik semakin memuncak apabila muncul Yasmin seorang pekerja baru di ladang tersebut yg mempunyai agenda tersendiri. Yasmin ialah tunang kepada Khairyl (abang Kris) yg dihantar oleh Khairyl untuk mencuri duit ladang. pelbagai helah dilakukan Yasmin termasuk cubaan menjerat Kris dengan mendakwa Kris melakukan perkara tidak senonoh kepada dirinya.

Pengalaman Beli Smartphone di Lazada


Pengalaman Beli Smartphone di Lazada | lately ni phone aku selalu buat hal, memula tu ingatkan masalah bateri tapi lepas tukar bateri pun bateri masih juga cepat habis. takkan aku nak uninstall semua aplikasi dalam phone aku kot so solution yg ada ialah tukar smartphone baru.

aku dah pakai phone Samsung Note 3 hampir lima tahun dari tahun 2015, kalau ikutkan hati memang sayang tapi aku terpaksa tukar sebab rimaslah bila nak kena charge phone ni itu belum lagi bila time dia hang, time tu memang stress tak terkata.

Bila nak beli smartphone baru ni aku menang tak tahu nak pakai jenama apa, serusly tak ambil tahu langsung pasal smartphone yg ada di pasaran sekarang dan bajet aku pula dalam RM800. dalam tengah survey tu berkenan dengan phone jenis kamera popup kat atas tu ternampak kat GoShop, harga pula dalam bajet aku so dah tekad nak beli time tu tapi sayang dah habis.

OPPO F11 VS VIVO V15

memula tu nak ambil Oppo iyelah tengok harga murah kat Go Shop tapi lepas survey balik dan tengok review di Youtube aku decide untuk ambil Vivo V15 dan kenapa bukan Vivo V17 yg terbaru di pasaran sebab aku nak jimat duit..haha

aku cari kat Shopee dan Lazada, last sekali dapat harga betul-betul dalam bajet aku di Lazada. ini first time aku beli smartphone secara online, takut juga sebenarnya tapi Alhamdulillah dapat seller ok, selepas dua hari barang sampai. ok sebenarnya terlewat sehari sebab aku order 24/12 lepas tu baru teringat esoknya cuti krismas nak tak terpaksa terpaksa tunggu sehari lagi sampai hari jumaat baru barang sampai depan rumah.

tadaaa~ siap dapat free gift sekali. terima kasih Vivo 😊


yg bestnya dengan smartphone ni kamera dia memang cantik, lagi-lagi bila selfie. kalau kaki selfie mesti suka dengan phone ni tapi aku suka phone jenis ni sebab tak ada notch kamera kat atas, bila tengok movie atau main game memang rasa puas. 

so kalau korang nak beli smartphone secara online, lebih baik cari di official store lepas tu baca review dulu kalau banyak review positf itu maknanya seller itu boleh dipercayai dan barulah boleh buat urusan jual beli.